Bila masuk kolej, ikat perut lagi. Sebungkus nasi beli mkn tgh hari berkongsi ke mlm. Walau waktu tu Kampung Baru meriah dengan pelbagai jenis makanan, pendam rasa saja. Jalan sambil mata tak pandang kiri kanan.
Masuk dunia pekerjaan sebagai wartawan pelatih dgn gaji permulaan RM550. Itulah utk makan, tambang bas dan sewa bilik juga duit utk hulur kat Ma. Makan ala kadar, setiap hari usung bekal. Hmmm...Kenangan.
Beberapa tahun kebelakangan ni Alhamdulillah, Allah amat baik kat aku. Dulunya mustahil, sekarang serba ada...boleh diadakan. Dulunya mimpi, sekarang beransur menjadi realiti. Berbelas tahun turun naik bas, lrt...Alhamdulillah ada si kecil buat usung badan ke sana sini. Dulu terpaksa bersesak 1 bilik 3 org penyewa.
Jadi apabila ada 'adik-adik' baru belajar hidup merungut gaji RM1800-2500 tak cukup nak tampung hidup, nak beli nasi bungkus setiap hari, bajet nak bercuti asyik miss, nak beli baju - sepatu terpaksa kira-kira...dan macam2 rungutan lagi, aku hanya senyum. Bukan sinis pada keinginan mereka yang mahu semuanya serba 'segera'.
Sekadar hanya berdoa dalam hati, moga suatu saat dia mengerti utk apa semua kepayahan yang harus dilaluinya hari ini. Paling penting, moga adik-adik ni terus bersangka baik padaNya. Dia Maha Tahu kerana Dia yang menciptakan kita dan kehidupan ini.
Jangan manja waktu diuji, jangan lemahkan hati dan jiwa. Kamu kena kuat, sebab tiada siapa dapat bantu kamu kalau kamu sejenis manusia manja. Bunyi macam kejam kan, hakikatnya itulah. Kalau kamu manja, orang bukan nak tolong tetapi menyampah nak layan. Tetapi kalau kamu kuat semangat, orang juga teruja nak bantu kamu. Ingat ye adik-adik, hidup ini bukan semakin mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan