Hasilnya:-
- Belum jugak gebu dan selembut makan di kedai.
- Masih gagal menebar, jadi lapisan roti agak tebal. tapi tengah panas-panas tu memang layan je cicah dengan kuah kari atau gula.
Adeh, time tu rasa memang rasa nak rembat sebiji 'banglow' 7 bilik, dengan dapur seluas sebiji rumah aku sekarang! Sayang sekali, tiadalah daya upaya nak mengadakannya. Hajat tu besar, tapi kemampuan terhad. Apa-apa pun, semoga ada rezeki daripadaNya. Mana tahu 'kan, tuah ayam nampak di kaki. Tuah aku siapa yang tahu...ngeeee ^_^
Dahlah, jangan membebel banyak. Layan je gambar roti aku ni ye. Oh, btw...hari ni aku buat #homemade #roticanaitelur cicah dengan kari ayam tanpa santan. Perghhh...Dia punya syahdu, Tuhan je yang tahu.
Doh yang dah 'masak' selepas lebih 1/2 diuli. |
Dapat 9 ketui, cukuplah untuk makan sorang kan. |
Serius cakap ni, tengah panas-panas ko layan...memang tak terasa ia adalah buatan sendiri. Macam makan kedai punya je hahahaha. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan