![]() |
| Kak Zeda, Wawa, Azie, Kak Emma n Ila (tiada dlm gambar cuz jd tukang snap) |
Rabu, 29 Februari 2012
Rindu serindu rindunya... ;-(
Mood aku skrg adalah...tgh rindu sgt kat kengkawan yg ada dlm
gambar di bawah ni. Aceli kurang sorang lg dlm gambar ni, pose sama tp
mesti ada sorang yg xde sebab jd tukang snap. Kengkawan, di mana pun
kalian berada, rinduku sentiasa bersama kalin-insyaAllah.
Khamis, 23 Februari 2012
Al-Fatehah, semoga rohmu dicucuri rahmat Faris Nur Daniel...
![]() |
| Tabahlah ibu, redhalah atas pemergian anakmu ini. Kredit gambar-Shamrulismawi Abah BlackPearl |
Innalillah hiwa ina hiroji'un... Dari kejauhan ini, hanya salam takziah sj yg mampu saya hulurkan buat sahabat, Shamrulismawi Abah BlackPearl,
isteri dan ahli keluarganya atas pemergian anakanda tercinta; Faris
Nur Daniel pada pagi tadi. Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Redha
dan tabahlah atas ujian ini kerana, sesungguhnya tiada yg kekal bersama
kita di dunia ini. Ada yg diberiNya, ada yg diambilNya semula.
Al-Fatehah buat roh anakanda Faris Nur Daniel ...semoga syurga tempatmu syg
Al-Fatehah Faris Nur Daniel. Semoga syurga tempatmu syg...
![]() |
| Keadaan Faris ketika bertarung dgn maut-kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl |
![]() |
| Kau pergi jua Faris-semoga tenangmu di sana. Kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl |
![]() |
| Kasihnya ibu hingga ke akhir hayat Faris, setia di sisi tanpa jemu. Namun Dia lebih menyayangi Faris. Kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl |
Ahad, 19 Februari 2012
Faris Nur Daniel, bertahanlah syg...
![]() |
| Faris, Faris mesti kuat syg. Semua org syg Faris. Mahu lihat Faris kembali senyum syg-kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl |
![]() |
| Senyum kembali begini Faris. Bertahan ye syg...tolong la Ya Allah, Engkau kasihanilah anak kecil ini dan berilah kesembuhan kepadanya Ya Allah. Kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl |
Sabtu, 18 Februari 2012
Semoga Faris Nur Daniel cepat sembuh...
Walaupun ada dikalangan kalian yg tak mengenali anak teman aku ni, namun aku dgn rendah hati memohon doa yg tulus ikhlas drpd semua rakan2 di FB ini-doakan yg terbaik utk adik Faris. Semoga Allah meringankan kesakitan yg ditanggungnya begitu juga kesedihan ahli keluarga Faris. Al-Fatihah, semoga Faris sembuh dan dpt tersenyum kembali seperti sedia kala. Amin.
* Utk rekod: Faris Nur Daniel dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH @ barah darah dan dirawat di Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center).
Infro drpd muka buku Abah @ Shamrulismawi Abah BlackPearl :
Ramai yang bertanyakan keadaan terkini faris...
Dia masih kritikal dgn 100% ban...tuan oksigen. Mengikut kata doktor, hatinya agak membengkak & paru2 sudah kurang memberikan reaksi....
Kaki & muka faris kelihatan agak kembang. Rambut juga telah mula gugur...
Pohon rakan2 sekalian terus terusan mendoakan supaya penyakit yg dihidapinya hilang & cepat sembuh...
Seluruh ahli keluarga saya dari Penang juga sudah sampai disini...See More

Sabtu, 4 Februari 2012
Entah kenapa...?
Hari ini, sebaik sj sedar drpd tido aku memikirkan soal berhenti
kerja (bukan berhenti drpd bekerja, selagi bernyawa kena bekerja
bukan!). Lepas solat Subuh pun masih memikirkan hal sama (padahal waktu
merebahkan kepala di bantal x fikir langsung soal nk berhenti or apa,
cuma pk apa nk buat pg esoknya).
Iya, entah kenapa hari ini atau dlm erti kata lebih tepat, sepanjang hari aku memikirkan soal berhenti kerja dgn serius sekali. Turut difikirkan juga apa nk buat lepas berhenti kerja? Nak dptkan duit utk langsaikan loan kereta, rumah dan tanggungjawab kepada Ma dari mana? Sampai sakit kepala lastnya migraine menyerang...hahahhahaa...parah bila migraine tangkap kepala, apa pun x boleh!
Paling segera melintas difikiran aku skrg adalah proses merealisasikan impian aku utk ada kopitiam sendiri, biar kecil dan sederhana tp mampu aku 'wujudkan' sendiri. Lalu, aku congak2 simpanan yg ada, belum utk smpi peringkat mencukupi...jauh sgt lg!
Sumpah, i luv baking. Membaking buat aku 'hidup',
hati bernyanyi riang walau belum tentu ada yg mencicipnya berkata
"...ummmmh sedapnya!" Aku membaking sedari 0, tiada peralatan yg
lengkap...main redah dan hentam sj, hinggalah secara bertahap aku mampu
beli apa yg perlu. Alhamdulillah, peralatan membaking hampir2 lengkap
keseluruhannya (sekurang2nya bg aku la). Cuma belum berkemampuan membeli
oven berkapasiti selayaknya digunakan apabila dpt tempahan luar
jangkaan.
Pun aku sgt2 hepi, sebab aku sedang melakukan apa yg sgt2 aku minati. Tapi, sebenar2nya, aku bukanlah minat memasak sgt...sgt pemalas sebenarnya! Herannya, entah kenapa tiba2 minat membaking...memasak... dan mencuba pelbagai resipi yg dikutip di laman sesawang. Ye, aku suka proses D.I.Y...bukan tak minat join kelas memasak or membaking. Tp, sumpah aku malas belajar kalau groupnya ramai2. Nanti aku x fokus...biasanya ke laut terjunnya kepala otak aku time tu. Hahahahaha...itulah kelemahan aku!
Buku pasal baking jgn ckp...berlambak2, pantang
jumpa mesti beli. Kalau dh suka satu2 buku tu, aku sanggup ingat perut.
Kumpul buku pasal masak, sama seronoknya dgn kumpul novel. Kalau
disusun, sama tinggi je hahahaha.
Ok berhenti kerja, kenapa aku nk berhenti kerja?
Stress! Sumpah, mmg aku minat gila line yg aku sertai sekarang. Walaupun
x pernah mimpi membabitkan diri dalam bidang penulisan a.k.a wartawan,
tp aku syg...syg sgt2 bidang kerjaya yg menemukan aku dgn pelbagai
pengalaman...suka duka...pahit manis semuanya aku dpt. Jadi kenapa aku
gatal nk berhenti kerja? Stress! Sumpah, stressnya sampai aku rasa mcm
nk muntah kaler hijau!!!
Aceli byk yg aku nk kongsikan kat sini, tp kepala otak aku skrg tgk sibuk suruh baking sesuatu. Btw, td aku ada tgk resipi pau sambal udang. Nampak senang dan sedap...so teringin nk try. Apa kata aku stop merepek sampai takat ni dulu. Nanti aku sambung merepek lg sampai korang pulak yg muntah kaler hijau-pink hahahahaha ;-P
Iya, entah kenapa hari ini atau dlm erti kata lebih tepat, sepanjang hari aku memikirkan soal berhenti kerja dgn serius sekali. Turut difikirkan juga apa nk buat lepas berhenti kerja? Nak dptkan duit utk langsaikan loan kereta, rumah dan tanggungjawab kepada Ma dari mana? Sampai sakit kepala lastnya migraine menyerang...hahahhahaa...parah bila migraine tangkap kepala, apa pun x boleh!
Paling segera melintas difikiran aku skrg adalah proses merealisasikan impian aku utk ada kopitiam sendiri, biar kecil dan sederhana tp mampu aku 'wujudkan' sendiri. Lalu, aku congak2 simpanan yg ada, belum utk smpi peringkat mencukupi...jauh sgt lg!
| Dah lama berhajat nak beli mixer ni, akhirnya dpt dh dok menjanda kat tepi dapur...bila dah ada telan byk2 pulak vitamin M tuh. Hai lah Anis, bila la nk insaf ni! |
Pun aku sgt2 hepi, sebab aku sedang melakukan apa yg sgt2 aku minati. Tapi, sebenar2nya, aku bukanlah minat memasak sgt...sgt pemalas sebenarnya! Herannya, entah kenapa tiba2 minat membaking...memasak... dan mencuba pelbagai resipi yg dikutip di laman sesawang. Ye, aku suka proses D.I.Y...bukan tak minat join kelas memasak or membaking. Tp, sumpah aku malas belajar kalau groupnya ramai2. Nanti aku x fokus...biasanya ke laut terjunnya kepala otak aku time tu. Hahahahaha...itulah kelemahan aku!
![]() |
| Nanti kena tambah rak buku, semlm baru beli 2 buku pasal baking. Aku yg giler buku hahahaha! |
![]() |
| Otak tgh jahat, beliau menghasut aku beli oven ni pulak...ayooooo! |
Aceli byk yg aku nk kongsikan kat sini, tp kepala otak aku skrg tgk sibuk suruh baking sesuatu. Btw, td aku ada tgk resipi pau sambal udang. Nampak senang dan sedap...so teringin nk try. Apa kata aku stop merepek sampai takat ni dulu. Nanti aku sambung merepek lg sampai korang pulak yg muntah kaler hijau-pink hahahahaha ;-P
Rabu, 1 Februari 2012
The making of...cover Jelita Februari 2012
![]() |
| Wilma Muhammad sebagai Penghias Muka Depan Jelita |
Agak
mengejutkan apabila mendengar khabar Wilma kembali mewarnai dunia
hiburan setelah 11 tahun menyepikan. Teruja untuk mendengar sendiri
khabar itu, lantas aku mengundang wanita ini ke studio Jelita.
![]() |
| Sesi bergambar bersama editor, makeup artis, penaja busana & semestinya Wilma Muhammad |
Tepat
waktu dijanjikan, wanita tinggi lampai ini muncul dengan gaya serba
polos. Tanpa secalit mekap mewarnai wajah, Wilma masih jelita pada usia
38. Penampilannya juga masih santai, sama seperti dulu. Langsing dan
kelihatan masih ‘bergetah’. Bukan itu sahaja, auranya ketika beraksi di
depan kamera masih menarik dan mengkagumkan. Spontan, lincah dan
fotogenik!
Bertemakan cinta dan kasih sayang, Wilma berkongsi cerita mengenai
kisah hidupnya setelah kematian suami tercinta, juruterbang Firefly,
Mahir Effendi Mahmud, 37, akibat serangan jantung pada 27 Januari 2011.
Nak tahu perkembangan terbaru Wilma? Boleh! Jangan lupa dptkan Majalah
Jelita edisi Februari 2012. Di dalamnya aku muatk catatan temubual
bersama aktres kelahiran Lahad Datu, Sabah ini pada awal Disember 2011.
![]() |
| Bersama Wilma yg sgt2 sporting n sweet dan tudung aku 'togol', gara2 selendangkan guna utk shooting ni. |
Petikan temubual aku bersama Wilma Muhammad:
"Ya,
saya akui selepas suami meninggal, memang sukar untuk saya mencari
kekuatan, teutama bangun dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak
saya. Namun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan, saya
kuatkan semangat untuk keluar mencari kerja tetap.
Sebenarnya, sewaktu arwah masih ada saya melakukan pernigaan kecil-kecilan. Tapi, tak cukup untuk bergantung sepenuhnya pada sumber itu. Jadi, itu saya mengambil keputusan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu kota.
Mengenai anak pula, apa pun yang berlaku saya akan pastikan mereka dijaga dengan rapi dan mendapat keperluan yang cukup daripada saya. Jadi mungkin saya akan berfikir untuk terus berlakon selepas ini jika filem pertama berjalan seperti yang dirancangkan, InsyaAllah."
Langgan:
Catatan (Atom)