Iya, entah kenapa hari ini atau dlm erti kata lebih tepat, sepanjang hari aku memikirkan soal berhenti kerja dgn serius sekali. Turut difikirkan juga apa nk buat lepas berhenti kerja? Nak dptkan duit utk langsaikan loan kereta, rumah dan tanggungjawab kepada Ma dari mana? Sampai sakit kepala lastnya migraine menyerang...hahahhahaa...parah bila migraine tangkap kepala, apa pun x boleh!
Paling segera melintas difikiran aku skrg adalah proses merealisasikan impian aku utk ada kopitiam sendiri, biar kecil dan sederhana tp mampu aku 'wujudkan' sendiri. Lalu, aku congak2 simpanan yg ada, belum utk smpi peringkat mencukupi...jauh sgt lg!
Dah lama berhajat nak beli mixer ni, akhirnya dpt dh dok menjanda kat tepi dapur...bila dah ada telan byk2 pulak vitamin M tuh. Hai lah Anis, bila la nk insaf ni! |
Pun aku sgt2 hepi, sebab aku sedang melakukan apa yg sgt2 aku minati. Tapi, sebenar2nya, aku bukanlah minat memasak sgt...sgt pemalas sebenarnya! Herannya, entah kenapa tiba2 minat membaking...memasak... dan mencuba pelbagai resipi yg dikutip di laman sesawang. Ye, aku suka proses D.I.Y...bukan tak minat join kelas memasak or membaking. Tp, sumpah aku malas belajar kalau groupnya ramai2. Nanti aku x fokus...biasanya ke laut terjunnya kepala otak aku time tu. Hahahahaha...itulah kelemahan aku!
Nanti kena tambah rak buku, semlm baru beli 2 buku pasal baking. Aku yg giler buku hahahaha! |
Otak tgh jahat, beliau menghasut aku beli oven ni pulak...ayooooo! |
Aceli byk yg aku nk kongsikan kat sini, tp kepala otak aku skrg tgk sibuk suruh baking sesuatu. Btw, td aku ada tgk resipi pau sambal udang. Nampak senang dan sedap...so teringin nk try. Apa kata aku stop merepek sampai takat ni dulu. Nanti aku sambung merepek lg sampai korang pulak yg muntah kaler hijau-pink hahahahaha ;-P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan