Wilma Muhammad sebagai Penghias Muka Depan Jelita |
Agak
mengejutkan apabila mendengar khabar Wilma kembali mewarnai dunia
hiburan setelah 11 tahun menyepikan. Teruja untuk mendengar sendiri
khabar itu, lantas aku mengundang wanita ini ke studio Jelita.
Sesi bergambar bersama editor, makeup artis, penaja busana & semestinya Wilma Muhammad |
Tepat
waktu dijanjikan, wanita tinggi lampai ini muncul dengan gaya serba
polos. Tanpa secalit mekap mewarnai wajah, Wilma masih jelita pada usia
38. Penampilannya juga masih santai, sama seperti dulu. Langsing dan
kelihatan masih ‘bergetah’. Bukan itu sahaja, auranya ketika beraksi di
depan kamera masih menarik dan mengkagumkan. Spontan, lincah dan
fotogenik!
Bertemakan cinta dan kasih sayang, Wilma berkongsi cerita mengenai
kisah hidupnya setelah kematian suami tercinta, juruterbang Firefly,
Mahir Effendi Mahmud, 37, akibat serangan jantung pada 27 Januari 2011.
Nak tahu perkembangan terbaru Wilma? Boleh! Jangan lupa dptkan Majalah
Jelita edisi Februari 2012. Di dalamnya aku muatk catatan temubual
bersama aktres kelahiran Lahad Datu, Sabah ini pada awal Disember 2011.
Bersama Wilma yg sgt2 sporting n sweet dan tudung aku 'togol', gara2 selendangkan guna utk shooting ni. |
Petikan temubual aku bersama Wilma Muhammad:
"Ya,
saya akui selepas suami meninggal, memang sukar untuk saya mencari
kekuatan, teutama bangun dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak
saya. Namun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan, saya
kuatkan semangat untuk keluar mencari kerja tetap.
Sebenarnya, sewaktu arwah masih ada saya melakukan pernigaan kecil-kecilan. Tapi, tak cukup untuk bergantung sepenuhnya pada sumber itu. Jadi, itu saya mengambil keputusan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu kota.
Mengenai anak pula, apa pun yang berlaku saya akan pastikan mereka dijaga dengan rapi dan mendapat keperluan yang cukup daripada saya. Jadi mungkin saya akan berfikir untuk terus berlakon selepas ini jika filem pertama berjalan seperti yang dirancangkan, InsyaAllah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan