.

Selasa, 15 Jun 2010

"I love it when a plan comes together"

Mlm kelmarin, pulang dr kepenatan aku sengaja mendera tubuh yg penat nonton flm The A-Team, walaupun ada member mengoffer versi dvd cetak rompak. Katanya clear, tp dgn niat nk menghilangkan ketegangan dlm kepala aku pilih nonton versi layar lebar.

Emmm...nonton sendirian mmg membosankan, tp idea tu lebih baik drpd aku mendera tubuh yg penat kat rumah melihat n melayan kesengalan minah2 bimbo yg makin x sedarkan diri.

Asalnya, aku nk main masak2 cuz dh lama x msk sendiri-asyik melayan kerja n deadline segala bagai. So, aku mmg dh plan nk msk mknan kegemaran aku-sambal tumis udang.

Tp nan ado lah khabarnya bila minah2 sengal di rumah melayan perangai jijik mrk yg x reti2 nk kemas dapur n basuh pinggan mangkuk serta periuk belanga sampai penuh sinki.

Bukan le aku x leh basuhkan, tp dh kerap sgt jd tukang cuci...mengalahkan aku ni kuli depa! Bukan berkira ye, kalau aku kira nanti takut x mampu nk bayar.Ah pedulikan pasal mrk, x untung pun bercerita pasal mrk...

Baik aku citer pasal hal lain yg lebih membina kecergasan minda. Okeh...berbalik pada filem yg aku nonton ni, filem ini diangkat drpd siri tv favorite era 80-an dgn judul yg sama. Watak paling popular pastinya geng A-Team iaitu Bradley Cooper, Quinton "Rampage" Jackson, Sharlto Copley n Liam Neeson. Ada juga si cantik manis (yg penampilannya cukup smart di mata aku nih...i like), Jessica Biel.

The A-Team memapar keseluruhan gaya yang agak berbeza berbanding siri TV, cuz lebih kasar n ganas. Cuma agak straight to the point, n memeningkan kepala. Yang bestnya, filem ni memaparkan aaksi-aksi menarik sepanjang masa. Selain jenaka yg menghiburkan.

Yg melekat di hati aku ketika nonton citer ni, Murdock - pilot yg pura-pura m'derita sakit jiwa dan 'si gorila' Baracus pakar dlm bidang mekanik n sanggup membaiki-pulih@menggodam mcm2 mesin. Kelemahannya-alergik naik kapal terbang hinggakan dia mesti dipukul atau disuntik bius sebelum 'diterbangkan'.

"I love it when a plan comes together"
-John 'Hannibal' Smith

Agak bosan kerana tiada dia meneman di sebelah, yg ada cuma 'sepasang' kekasih yg diragui jantina salah seorang drpdnya (lelaki-pengkid-kekeliruan identiti) :(

Ahad, 13 Jun 2010

Kamu???


Kenapa harus kamu...???
Membuat aku tak mampu melupakanmu...
Kenapa harus kamu...???
Membuat aku tak'kan pernah sanggup berpaling
Tak'kan pernah dapat melupakan bayangmu dibelentara hati
Kenapa harus kamu...?
Membuat cintaku buta pada yg lain
Egokah aku masih mengharap madu kasih denganmu?


Kenapa harus kamu...???

Rabu, 9 Jun 2010

Diari lama-part 1...


"Anis Mastura Binti Remli Demi Allah, Nikah Dengan Aku!!!" (09.10.2006)

Ungkapan itu buat aku terkesima. Lama sekali. Aku pandang wajah lelaki itu, tak berkedip sedikit pun. Kemudian, tawaku terlepas menodai kebisuan antara kami.

‘Sawan ke mamat ni…’ hati kecil berbisik sendiri, x berani menghamburkannya ke gegendang telinganya krn aku pasti, kepalaku pasti diluku2nya.

“Aku serius ni! Kenapa gelak?”

Mau nyer aku x gelak, buang tabiat ajak aku nikah…aweknya nk campak ke laut mana? Ke Laut merah???

“Ko ni, dah la ajak aku nge-date kat taman permainan…pastu ajak aku nikah lak. Ko yang sawan ke aku yg kena sampuk jembalang taman?”

Lelaki itu garu2 kepala, alah bukan gatal pun tp dah tabiat dia mcm tu…kalau dia hangin satu badan, gitulah rupenyer…!!! Tapi aku wat x reti jek, malas nk layan kesengalannya mlm tu.

Sebenarnya mlm tu, byk benda yg bermain kat kepala otak aku. Kebetulan, lagik 2 hari nk fly ke Jakarta. Kerja…kerja…kerja n kerja lagik. Nak muntah hijau pun ada, tp kalau x wat kerja poket no money lah…kahkahkah!

“Aku penat tgk ko kerja mcm ni, asyik fly je…mengalahkan pramugari!”

“Bih tu, ko nk ganti tempat aku?”

“Sebab tu aku ajak ko kawin, aku mampu tanggung hidup ko…ko boleh dok umah je layan apa yg ko suka nk layan.”

Amboi sajak nyer bahasa, ingat aku ni hape…aku x nk jd ‘anak ayam’ sesiapa. Aku suka apa yg aku buat, walaupun penat n ada masa aku rasa mcm nk berubah jd manusia ‘hijau’ tp aku x pernah sanggup nk tinggal kerja aku.

“Aku dh biasa mcm ni’lah, dulu kecik2 pun aku dh biasa hidup susah…mkn pakai x menentu tp aku membesar dgn normalnya jugak. Sama mcm sekrg, aku percaya keadaan ni tak lama-yg penting aku suka kerja ni, aku puas tgk hasilnya.”

Lelaki tu tunjuk muka x puas hati, ah lantaklah-gila nk kawin ngan aku…x pasal2 aku yg dpt sawan! Lagipun, aku selesa mengekalkan dia sebagai kawan baik aku-antara yg terbaik pernah ada dlm dunia persahabatan aku.

“Aku tau, ko jenis gila kerja…sgt gila, sampai lupa keperluan diri. Kerja ko, asyik nk menyempurnakan hidup org lain. Tp, org lain ada pk pasal hidup ko?”

Aku sengih! Mamat ni mmg masak benar dgn kisah hidup aku, cuma dia x masak lagi dgn corak pemikiran aku. Paling penting, corak pemikiran kami mmg x sama tp dia boleh faham-cuma mlm tu dia jd x paham pulak…nape ek???

“Kita kawinlah, aku faham ko-ko faham aku. Aku mampu bahagiakan ko, aku yakin!”

“Wey…wey…wey…jgn la skema sgt lol- ko ni wat tahi telinga aku cair nih!”

Muka dia dh cemberut seribu, mengalahkan tok aki 20 cicit! Aku kuis2 rumput kering dengan selipar jepun, tiba2 rasa lemas n menyampah nk duduk lama2 depan mamat nih.

“Aku balik dululah, nk kemas barang…nanti ada yg tertinggal x pasal2 ko jd mangsa.” Aku angkat kaki n laju je tinggalkan dia terkontang2 sorang kat taman permainan tuh.

“Nis, aku selalu ada untuk ko…bila2 masa, kat mana pun!” adoyai, dah mcm iklan Digi pun ada nih. Aku sengih jek, x nk dia perasaan muka aku yg terharu dgr ayat2 skema dia tuh. Apa pun dia mmg sahabat yg baik, terlalu baik yg pernah aku ada!

“Hepi besday Nis…aku tetap tunggu ko terima hadiah besar ni!” Laungnya, buat langkah aku terhenti…Oh, my besday rupenya! Motif bagi aku hadiah kawin, mmg nk bagi aku sawan lah nih!!!

Ahad, 6 Jun 2010

Si merah itu...

Semlm aku p The Curve, jauh gak dr rumah tp gatal tangan hala En.Omee ke sana. Asyik berlegar sekitar rumah, busan! Kebetulan ari ni x de asimen or pertemuan adik-beradik, nk balik serdang pun harus Ma x ada kat umahnyer.
So, lepas xtvt basuh kain n mengemas bilik sekali gus ruang tamu juga meja komputer-aku bersiap ke destinasi yg nk dituju. Bkn ler ada benda urgent yg nk dicari pun, saja nk perabihkan minyak...kahkahkah!

Smpi di The Curve, parking kete n cari mkn cuz perut dah berdisko sorang2...rancaknya kemain lagik.Huh! Pas mkn, aku berlegar2 lah tanpa tujuan...ada rasa pelik, cuz jln sengsorang...ada gak terpk nk blah jek, tp sepasang mata sepit ku tetiba terpesona melihat sepasang sepatut merah yg tertayang di depanku. Wah, ronanya sungguh menggoda!Hehehe...

Belek punya belek, timbullak keinginan nk beli walaupun harganya mencecah RM200. X pernah kubuat beli sepatu rege segitu, x mungkin gak nk letak kat tapak kaki rege semahal tu sekalipun ada manusia yg murah hati nk belikan utk aku-beli buku lg berbaloi2.

Problemnya, hati dh tangkap cintan ngan sepatu merah tu...mcm mana? Aku keluar butik tu dgn hati berbaur2, sambil marah2 diri sendiri cuz gatal kaki masuk ke situ. Lama aku berdiri dpn butik tu sambil bersembang sorang2...nk beli x nk beli...beli ke x...harus ke x????

Sepatut merah + RM300 x tapak kaki=OH TIDAK!!! Akhirnya, dgn semangat kentalnya aku masuk ke dlm butik tu n sound amoi yg jg kat dlm tu...

"Sorry dear, boleh u sorok kasut merah ni kejap x? Lepas i keluar baru u letak balik kat rak sana, boleh?" Amoi seksi berbetis bunting padi tu senyum makna kat aku, sambil kata

"Beli saja ma, bukan mahal...RM299 sj...cantik, ada size ma!" Huh, amoi ni nk merasa sup kepala lutut ke?

Aku sengih lg sambil wat muka x paham..."x pe, nanti thn dpn i dtg beli ma...skrg u simpan sana sekejap ya."

Sepatut merah, selamat tinggal syg...!

Jumaat, 4 Jun 2010

Rindu...


Jam 4.25 minit pg, terjaga dr lena n langsung x blh tido semula. Aku pandang ‘anak gorila’ di sebelah, nyenyaknya dia tido-dgn iringan irama yg menyesakkan telinga. Tp bukan krn itu puncanya aku terjaga.
“Aku rindu ABAH!”

Ya, aku rindu insan itu. Insan yg mengajar aku erti kepahitan hidup itu, x kan kutemui wajahnya di mana2 lagi. Namun, insan itu buat setiap detikku diburu rindu x berpenghujung. Membuat hari2 yg aku lalui, bagaikan awan diarak mendung kelabu! Melumpuhkan semangat juang yang dulu x pernah surut dlm diri ini! Hebat & tragis, kehilangan insan itu hampir2 menjadikan aku gila!!!

Dinihari yg sepi, aku bingkas bangun-mandi, solat dan berYassin-sekali gus bertasbih mohon kedamaian rasa. Dlm tasbih yg pjg, kerinduanku kian memuncak menghantar rasa sebu dan sendu yg x mampu kukekang lagi. Dada seakan mau pecah mengekang rasa, senduku bertukar tangis membuat jiwa makin lara.

Tak mampu kupujuk hati, laju aku bergegas masuk ke perut kereta…tanpa menunggu enjin panas…aku memecut ke arahnya. Aku mahu ke situ, walau aku tahu insan itu bukan lagi di situ. Aneh, sudah gila barangkali hatiku saat itu.

Tak sampai 40 minit, aku tiba di situ-sepi-hati digigit pilu! Bertemu air mata yg sedari td setia meneman, derapan langkah lesu ke arahnya.
“ABAHHH!!!” Lumpuh sendi ku saat kaki tepat di pusaranya. Aku mengongoi bagaikan anak kecil, bayangan kenangan bersamanya melintas satu persatu… Arghhhhhhhhhhhhh…ABAH, tahu tak….hati ini sakit…sakit terhiris sepi, saat Abah melangkah pergi…Saat itu dan kini, aku bagaikan jatuh dan sendiri…sepi membunuh gembira dlm hati!!!

….redha lah Nis, jangan begini lagi!!!

*Remli Ibrahim @28.02.2010

Jumaat, 14 Mei 2010

Arghhh...rindu


Rindu sedang melanda Cik Snapsqueen a.k.a. Anis ketika ini!

Ya! Aku rindu' pantai, baunya dan senja nan indah berlabuh di hujung sana. Emmm...lama aku x melihatnya.

Rindu menggamit keinginan menyusuri gigi pantai sambil menguis pasir dgn hujung jari kaki, mencari kulit siput yang cantik dan adakala tinggal serpihan.

Pantai, bagaikan penyembuh duka dan sedih. Juga pembakar semangat yg lesap entah ke mana. Malah, ada ketika, muncul keinginan utk mengajak 'dia' bersama melewati saat itu...bersama melihat riak air dan biasannya.

Lebih indah, pabila dpt duduk berdua menanti senja tiba atau berjalan di gigi air sambil membiarkan ombak mengusik jemari kaki. Arghhhh...indahnya alam khayalku!!!

Isnin, 3 Mei 2010

‘Si minah 'pokodot'’


Hari ni agak kelam-kabut, byk benda last minute yg nk dibereskan…huh tension ya ampun. 9am sampai opis terus ketuk story cuz kena keluar collect pakaian utk shooting esok.

Jam 1pm, kengkawan bising ajak makan…perut pedih la…bunyi dangdut n mcm2, tinggal keje jap ikut derang p mkn.

Hmmm...mknan msk mulut tp x tau p mana-huhuhu sengal sgt rasanya hidup aku seminggu dua ni, bdn n kepala yg migrain pun mcm x berani nk tunjuk over mrk…kahkahkah.

1.45pm sambung keje semua-ketuk2 story dgn muka ketat (kata Shahila Ahmad-Ila n Salwa Zulkafli)…hahahahaha, ada aku kesah!!! Last2 jam 5.45 baru boleh keluar opis n aku angkut Ila sekali cuz dia kena hantar barang kat Euro Moda Jln TAR.

Dlm kete, dok sembang2 la pasal kesengalan memasing n keadaan penuh emosi-time deadline biasalah semua urat terangsang…wakakakaka! Lepas drop Ila depan Sogo, aku cari parking cuz aku nk ke Pertama Compleks-Pesona Amin Butik.

Dh 1 jam tunggu, Amin x muncul2. Tepat jam 8, dia call katanya x sempat naik ke butik cuz kena berkejar balik rumah berkemas utk ke Jakarta pulak…hmmm sian dia pun bz gak. So, pembantunya yg siapkan semua pakaian yg aku pilih…huhuhu penuh tangan n sgt berat.
Sampai kat parking (Sogo), dh campak semua brg kat dlm kete n start enjin baru aku perasan x de duit nk bayar parking…(huh tepuk dahi sendirik n merunggut pd diri sendirik). Keluar kete, patah balik utk ke atm…punya la pjg manusia beratur-depa ni x dak keje ke…hari bekerja pun boleh p shopping?

Dkt setengah jam beratur-time aku nk keluar duit tetiba mesin atm wat hal…waaaaa O.O.S la pulak eeee tensionnya. Kebetulan mesin yg di sebelahnya mmg dh O.O.S dr awal lagi. Hmmm…nk x nk, kena la la beratur lagi kali ni kat line cimb lak…tunggu lagik!
Selesai urusan keluarkan duit, aku segera ke tangga bergerak (hahahahaha bergerak katanya, tp x gerak pun).

Dlm pusu2 manusia tu, aku ternampak kelibat sepasang kekasih ni (aku bajet depa ni beli brg2 nk kawin cuz brg2 yg depa pegang mmg ke arah tu-ada sejadah, set minyak wangi, kasut 2 kotak n brg2 lain). Pandai depa pilih masa, ye la kalau p membeli time hujung minggu sure serabut ngan org kan.

Aku singgah jap kat McD beli askrim, rasa dahaga tp x nk minum air-just nk telan benda yg sejukkan tegak…hahahaha. Tgh dok menjilat askrim menujuk ke tempat parking kete, aku lalu la depan deretan kete ni-sekali ternampak seorang perempuan bertudung ‘pokodot’ (polka dot)dok menindih muka seorang mamat dlm kete jenama proton wira!

Si gadis 'pokodot' tu mmg x perasan aku lalu depan kete depa pasal tgh asyik melempiaskan ghairahnya. Cuma si mamat kena gomol tu je perasan, mungkin dia beritahu si minah 'pokodot' aku nampak perbuatan derang, cepat2 si minah tu tenangkan diri-mukanya tunduk je (malu kot-aku bajet macam tu la) n baru aku teringat bahawasanya si minah 'pokodot' itew adalah minah 'pokodot' yg sama aku nampak kat tangga td…wah x dpt menahan gelora batin kot so tempat parking pun x jd hal…apa der -p la hotel bajet ke, tak pun bawah pokok yg x dak lampu kiri kanan…apa brg beromen dlm kete kat tempat parking huhuhu.

Aku buat muka x paham, terus jalan sambil jilat aiskrim n sambil berdoa dlm hati jgn buat perangai bodoh mcm tu pada masa depan…huhuhu! Sampai kat kete, terus masuk-start enjin n jln keluar ke kaunter pembayaran…sekali lagi aku nampak wira ni-tp kete mrk bergerak sgt kemut mungkin nk elak dr aku nampak muka mereka (ada aku kesah ke!!!)

Tp depa x leh kemut lebih2 cuz dtg sebijik kete hon kete depa-tanda suruh drive kasi laju skit- sekali gus bg peluang aku tgk muka depa ni sekali lg…hahahahaha kantoi gak kan!!! Aku sakan gelak sengsorang dlm kete. Hilang jap stress dlm kepala dgn kejadian sengal itew…mcm2 hal ada kat KL ni kan….sgt S.E.N.G.A.L!!!