Jumaat, 4 Jun 2010
Rindu...
Jam 4.25 minit pg, terjaga dr lena n langsung x blh tido semula. Aku pandang ‘anak gorila’ di sebelah, nyenyaknya dia tido-dgn iringan irama yg menyesakkan telinga. Tp bukan krn itu puncanya aku terjaga.
“Aku rindu ABAH!”
Ya, aku rindu insan itu. Insan yg mengajar aku erti kepahitan hidup itu, x kan kutemui wajahnya di mana2 lagi. Namun, insan itu buat setiap detikku diburu rindu x berpenghujung. Membuat hari2 yg aku lalui, bagaikan awan diarak mendung kelabu! Melumpuhkan semangat juang yang dulu x pernah surut dlm diri ini! Hebat & tragis, kehilangan insan itu hampir2 menjadikan aku gila!!!
Dinihari yg sepi, aku bingkas bangun-mandi, solat dan berYassin-sekali gus bertasbih mohon kedamaian rasa. Dlm tasbih yg pjg, kerinduanku kian memuncak menghantar rasa sebu dan sendu yg x mampu kukekang lagi. Dada seakan mau pecah mengekang rasa, senduku bertukar tangis membuat jiwa makin lara.
Tak mampu kupujuk hati, laju aku bergegas masuk ke perut kereta…tanpa menunggu enjin panas…aku memecut ke arahnya. Aku mahu ke situ, walau aku tahu insan itu bukan lagi di situ. Aneh, sudah gila barangkali hatiku saat itu.
Tak sampai 40 minit, aku tiba di situ-sepi-hati digigit pilu! Bertemu air mata yg sedari td setia meneman, derapan langkah lesu ke arahnya.
“ABAHHH!!!” Lumpuh sendi ku saat kaki tepat di pusaranya. Aku mengongoi bagaikan anak kecil, bayangan kenangan bersamanya melintas satu persatu… Arghhhhhhhhhhhhh…ABAH, tahu tak….hati ini sakit…sakit terhiris sepi, saat Abah melangkah pergi…Saat itu dan kini, aku bagaikan jatuh dan sendiri…sepi membunuh gembira dlm hati!!!
….redha lah Nis, jangan begini lagi!!!
*Remli Ibrahim @28.02.2010
Label:
Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan