.

Selasa, 15 Jun 2010

"I love it when a plan comes together"

Mlm kelmarin, pulang dr kepenatan aku sengaja mendera tubuh yg penat nonton flm The A-Team, walaupun ada member mengoffer versi dvd cetak rompak. Katanya clear, tp dgn niat nk menghilangkan ketegangan dlm kepala aku pilih nonton versi layar lebar.

Emmm...nonton sendirian mmg membosankan, tp idea tu lebih baik drpd aku mendera tubuh yg penat kat rumah melihat n melayan kesengalan minah2 bimbo yg makin x sedarkan diri.

Asalnya, aku nk main masak2 cuz dh lama x msk sendiri-asyik melayan kerja n deadline segala bagai. So, aku mmg dh plan nk msk mknan kegemaran aku-sambal tumis udang.

Tp nan ado lah khabarnya bila minah2 sengal di rumah melayan perangai jijik mrk yg x reti2 nk kemas dapur n basuh pinggan mangkuk serta periuk belanga sampai penuh sinki.

Bukan le aku x leh basuhkan, tp dh kerap sgt jd tukang cuci...mengalahkan aku ni kuli depa! Bukan berkira ye, kalau aku kira nanti takut x mampu nk bayar.Ah pedulikan pasal mrk, x untung pun bercerita pasal mrk...

Baik aku citer pasal hal lain yg lebih membina kecergasan minda. Okeh...berbalik pada filem yg aku nonton ni, filem ini diangkat drpd siri tv favorite era 80-an dgn judul yg sama. Watak paling popular pastinya geng A-Team iaitu Bradley Cooper, Quinton "Rampage" Jackson, Sharlto Copley n Liam Neeson. Ada juga si cantik manis (yg penampilannya cukup smart di mata aku nih...i like), Jessica Biel.

The A-Team memapar keseluruhan gaya yang agak berbeza berbanding siri TV, cuz lebih kasar n ganas. Cuma agak straight to the point, n memeningkan kepala. Yang bestnya, filem ni memaparkan aaksi-aksi menarik sepanjang masa. Selain jenaka yg menghiburkan.

Yg melekat di hati aku ketika nonton citer ni, Murdock - pilot yg pura-pura m'derita sakit jiwa dan 'si gorila' Baracus pakar dlm bidang mekanik n sanggup membaiki-pulih@menggodam mcm2 mesin. Kelemahannya-alergik naik kapal terbang hinggakan dia mesti dipukul atau disuntik bius sebelum 'diterbangkan'.

"I love it when a plan comes together"
-John 'Hannibal' Smith

Agak bosan kerana tiada dia meneman di sebelah, yg ada cuma 'sepasang' kekasih yg diragui jantina salah seorang drpdnya (lelaki-pengkid-kekeliruan identiti) :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan