'DIA' buat hal lagi! Baru je nak elok...lancar 2-3 bulan, sekarang back to 'normal'!!! Aku tak pastilah, Uolls stress ke tak apabila kitaran haid tak teratur. Dulu-dulu, time masih mudah belia memang tak kisah pun haid nak datang ikut time or langgar time. Datelinenya pun aku tak pernah ambil tahu, maklumlah tengah muda bergetah lagi. DussS!!!
Sekarang
ni, dah tukar 360 darjah. Sejak umur masuk 3 siri ni, mula merungsing
macam-macam. Apabila baca pasal penyakit-penyakit wanita ni, gerun dan
ngeri berminggu-minggu. Google sana...Yahoo sini, demi mendapatkan info lebih detail (sebenarnya cari sumber yang melegakan hati sendiri, sengal!).
Sorrylah nak bercerita hal peribadi sikit (tak suka, or geli jangan baca...pejam mata eh...ekekeke)., aku ni sejak kali pertama 'pandai' period
dalam hidup memang kitarannya tak pernah betul. Ada 4 kali je setahun,
5-6 kali setahun...setahun sekali pun ada, dan tiga tahun kebelakangan
ni semakin kitarannya swings lain macam!!!
Semalam, time google tu, jumpalah beberapa info pasal period
tak teratur ni. Macam-macam versi, tetapi secara keseluruhannya sama
je. Antara yang aku baca, keterangan daripada Pakar Perunding Perbidanan
& Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam
(PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat (zaman bila punya info aku tak pasti, sebab ramai sangat yang share info lebih kurang sama).
Menurut doktor pakar ni;
Kitaran
haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron
iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam
uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan
runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28
hari atau 26 hingga 35 hari.
Manakala pendarahan haid pula
biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid
terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga
ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak
kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran
hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang
menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.
Tanpa
ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan,
hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah
sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang
terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses
ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada
penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
Ramai
menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio
tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan
struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid
tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan
pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita
berkenaan mengalami masalah kesuburan.
Ini kerana jika tidak
berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk
hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku
pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat
jarang atau tidak terjadi langsung.
Bagaimanapun, haid yang tidak
teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid
tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam
badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan
berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur.
Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari
(PCOS).
Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan
berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen
(kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai
dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko
mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara
berterusan.
Aduhai...stressnya baca semua info ni dan fikir kenapalah aku kena hadap benda 'aneh-aneh' ni. Lepas tu, waktu share dengan member...depa kata kalau esok-esok nak plan ada baby jadi susah sebab jadual haid aku 'meraban'. Waaa...! Aku nak baby wey...!!!
Oh, btw...selain masalah haid tak teratur ni. Ada kes lain jugak yang yang menambah beban dalam kepala, setiap kali period jumlah 'kotoran'
yang keluar buat aku 'kecik hati'! Serius, sudahlah datangnya tak
menentu...kadang muncul, kadang ghaib...bila ada, macam main 'cak-cak'
je.
Ada member kasi petua, time first day period
tu silalah makan buah betik. InsyaAllah, darah haid akan keluar dengan
lancar. Iya, itu yang aku nak sangat. Memang aku nak cuba, tak naklah
aku simpan 'sisa kotor' dalam badan...aku tak nak ada masalah lain yang
lebih besar lagi. Aku ni dahlah tak berduit sangat, kalau dapat sakit
aneh-aneh yang 'makan' belanja besar mana nak dicekau duit beriban-riban???
Oklah...itu je aku nak kongsi kat sini, mana tahu kot ada daripada Uolls yang baca cerita stress
aku ni ada tip berguna boleh dimanfaat bersama. Kalau ada sila-silalah
ye, sedekahkan tip/petua tu kat aku...tolong kesian kat aku yang tak
berapa nak muda belia ni, eh.
Buat adik-adik yang masih
di alam muda belia tu, kalau ada masalah macam 'hakak'
ni...bawak-bawaklah ambil tahu apa yang perlu. Jangan tiru cara 'hakak'
yang pemalas nak jaga diri ni, bila dah 'teruk' baru menggelupur. No...no...no...not good for you dear! So, please...jaga diri dan hidup baik-baik. I love you...muahhh! (...dah kenapa pulak neh...??? Ekekeke...sindrom orang stress, gedik tak kena tempat...sila abaikan kalau 'geli-geleman'!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan