SEJAK dua tiga bulan ni, tiba-tiba aku menjadi manusia super-busy.
Tak cukup dengan kerjaan yang bertimbun, aku gigih menyita waktu untuk
mendengar luahan teman-teman yang memerlukan telinga, bahu dan mulutku.
Eh, hebat sangat ke aku ni?
Mungkin, kalau tak kenapa aku dicari-cari dengan ayat-ayat;
"Nis, aku nak jumpa ko sekarang!"
"Beb, ko ada mana? Aku perlukan ko, sekarang!"
"N, tolong I...I kena jumpa u hari ni, please!!!"
"Gua lagi perlu Lu ni, call back...super-urgent ni!"
"Kak, tolong saya...tolong bagi saya semangat. Saya tengah lemah ni!"
Hampir setiap hari, talian whatsapp / telegram / private call / private sms, malah inbox fb/instagram aku
penuh dengan 'permohonan-permohonan' begitu dan aku acapkali rasa
sangat bersalah kalau terlupa, atau tak cukup waktu nak melayani
permintaan mereka.
Memang aku tak dapat duit daripada memenuhi semua itu, tetapi aku dapat imbuhan lebih besar dan berharga iaitu KEPUASAN.
Iya,
aku puas, gembira, tenang dan bahagia bilamana dapat MEMBANTU mereka
bertenang, lega, senyum kembali, semangat semula dan paling penting, MOVE On daripada apa-apa juga permasalahan yang dicerita dan dikongsikan kepada aku.
Aku
berasakan aura positif itu sejak 10 tahun dulu, bilamana teman-teman
sering curhat (curahan hati) kat aku mengenai masalah mereka. Ada
macam-macam, sampai kadang aku nyaris tak lena tidur gara-gara mencari
solusi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.
Siapa aku untuk membantu menyelesaikan masalah mereka? Kaunselor bertauliah? Ahli motivasi terlatih? Pakar psikologi?
Tidak,
aku tak mempunyai sehelai pun sijil / diploma / ijazah / master/ PHD
atau apa-apa saja pengiktirafan secara formal dalam bidang
'menyelesaikan konflik hidup orang lain'.
Kalau minta aku hulurkan semua itu, memang aku tak ada! Aku hanya seseorang yang dari dulunya sampai sekarang menekuni bidang Journalism.
Aku gembira berada dalam bidang ini, kerana aku mampu 'bertemu' siapa
saja melalui tulisan-tulisanku. Sama ada di blog ini, majalah, web
portal, post motivasi aku di wall fb mahupun di Instagram. Aku bahagia sekali.
Sebatas
kemampuan aku, aku amat bahagia, gembira dan bersyukur dapat membantu
mereka mencari jalan keluar daripada kemelut masalah. Walau apa pun juga
permasalahan mereka, aku cuba biar hanya sekadar mampu memberi buah
fikiran.
Modal aku cuma air liur dan insyaAllah, keikhlasan.
Alhamdulillah,
ada saja teman dan kenalan yang mencari. Walau ada dikalangan mereka
hanya mencari 'waktu perlu' saja kemudian 'menghilang' selepas itu, bagi
aku itu biasa. Berbaik sangkalah, mungkin mereka segan nak ganggu hidup
aku yang sentiasa busy dengan kerjaan dan hobi mengarut meraban.
Mungkin juga mereka malu nak tanya pendapat atau nasihat aku (mana
tahu, masalah itu sangat sensitif dan bersifat peribadi), atau apa
sajalah... dan waktu mereka 'kembali' mencari aku untuk berbahagi rasa,
aku terima dengan lapang dada.
Paling penting bagi aku,
dapat membantu apa-apa saja yang termampu. Biar aku tak punya wang
untuk membantu, tetapi masih ada banyak cara lain buat meringankan beban
di hati dan fikiran mereka.
"Alhamdulillah Nis, leganya hati aku ni lepas dengar cakap ko."
"Kenapalah aku tak terfikir macam tu ye, beb. Huh...nasib baik aku jumpa ko!"
"Berkat nasihat U, sekarang I dah boleh
berfikir dengan tenang. Walaupun kita jarang jumpa, tetapi U selalu sudi
dengar problem I."
'Kak, terima kasih ye. Selalu bagi saya semangat, selalu ada bila saya perlukan seseorang untuk mencari kekuatan."
ALLAHU AKBAR respond begitu sudah cukup mahal buat aku. Buat aku tersenyum-senyum bahagia depan laptop (waktu baca email), phone (waktu baca sms / whatsapp / telegram / belek post IG / fb)
dan surat. Benarlah kata bijak pandai, membahagiakan orang lain itu
kesannya turut membahagiakan hati kita. "Ikhlaskan waktu kamu untuk
mereka yang memerlukan, insyaAllah Dia memberi kamu lebih berharga
daripada itu." Alhamdulillah.
Hari demi hari, aku
berasa tidak semestinya aku bukan siapa-siapa maka aku terhalang
daripada memberi manfaat kepada orang lain. Tidak semestinya aku bukan
seseorang yang berpengaruh dari segi sijil, nama atau kuasa, maka aku
terbantut untuk menghulur buat fikiran, nasihat atau semangat kepada
orang lain.
Pucuk pangkalnya, 'kan kemahuan...hati dan
mana tahu, semua ini adalah latihan, ujian dan sumber pengalaman untuk
aku menjadi MOTIVATOR suatu hari nanti? Siapa tahu'kan, Allah itu
Perancang Maha Hebat! Dia punya rencana terbaik untuk aku disebalik
semua ini. InsyaAllah, Aamiin.
Jumpa lagi di part II, ada cerita lebih hot untuk aku kongsikan. Aku nak sambung kerjaan nih ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan