Petang tadi, selesai urusan kerja aku memenuhi permintaan Suraya (*bukan nama sebenar) utk lepaking
dan berbincang sesuatu berkait kerja. Kepenatan sebenarnya, kebetulan
hari ni tugasan agak mencabar kesabaran jadinya emosi turut terpancing
tanpa sengaja. Hmmm...!
Aku pilih tempat bertemu di Festival City Mall, dekat dgn rumah. Hehehe! Suraya tak banyak songeh, ikutkan saja. Agaknya takut aku cancel date, so lambat lagilah dapat jumpa. Ye, jadual kerja aku agak padat kebelakangan ni. Byk yang perlu diuruskan sendiri...huh!
Jam
6.30 ptg, aku sampai di kafe yang dijanjikan. Rupa-rupanya, Suraya
sudah tercatuk menunggu berteman secawan kopi. Mukanya ceria apabila
nampak kelibat aku, dia melambai-lambai macam anak kecil nampak muka
ibunya. Hahaha!
Sebaik aku duduk, dia terus bertanya macam-macam. Hai' la budak ni...
Suraya: "Ketatnya muka, penat ke?"
Aku: "Boleh tahan. Awal ko sampai, tuang kerja ke?"
Suraya: "Aku MC hari ni dan esok, malas nak kerja so ambik MC."
Aku: "Perghhh... Hebat, malas kerja ambik MC."
Suraya: "Kalau ambik cuti, banyak soalnya. So, aku MC la. Hahaha... Eh, ko nak minum apa? Aku nak belanja ni."
Aku: "Memang patut ko belanja aku, aku baru plan nak balik tido lepas assignment tadi. Aku nak Honey Lemon."
Suraya: "Beresss!"
Lama
kami bersembang, macam-macam topik keluar dan kebanyakannya bab tak puas
hati dia pada seseorang. Sudah bertahun, masih ada lagi yang berbekas
di hati dia sedangkan ramai kawan-kawan kami menyangka (termasuk aku)
semuanya sudah selesai.
Suraya: "Susah aku nak maafkan dia, baik dengan dia pun sebab nak mudahkan kerja aje. Ko ingat aku ikhlas suka dia, boleh blah!"
Aku: "Ko ni, tak payahlah simpan lama-lama. Buat apa nak simpan rasa benci tu sampai mati...buang masa!"
Suraya: "Ko dah lupa apa dia dah buat kat aku? Sampai mati pun aku tak lupa!"
Aku: "Selagi ko tak lupakan, selagi tu ko 'sakit'.
Benda yang 'sakit' disimpan lama-lama boleh jadi virus yang membunuh
rasa bahagia dan tenang ko. Ko nak macam tu?"
Suraya: "Tu 'la masalah ko, baik sangat sebab tu ramai orang pijak2 je kepala ko tu. Orang layan ko mcm taik pun ko still buat baik. Apa ko dapat?"
Aku: "Aku dah selesaikan 'bahagian' aku, kalau
orang-orang still nak layan aku mcm tu... maka itu urusan dia dengan
Allah 'la. Aku nak hidup tenang, malas nak fikir benda yang menyakitkan
hati. Macam ko ni, apa ko dapat. Depan macam nak cium orang tu satu
badan, belakang ko maki hamun. Dosa tau tak!"
Suraya: "Hidup ni kena hipokrit, baru senang
kerja. Macam ko, asyik mengalah aje. Orang tuduh ko mcm2 pun ko diamkan
aje, sebab tu selalu kena buli! Nasib aku kenal diaorang gitu2 aje,
kalau tak memang nahas!"
Aku: "Biarlah. Aku penat beremosi dan aku tak dapat apa-apa kalau aku ikutkan emosi aku tu. Macam sekarang, aku happy. Walau tak senang, tapi tak pernah stress mcm dulu. Tak apa mengalah sekarang, insyaAllah ada bahagian aku nanti. Allah knows better."
Suraya: "Ko banyak berubah ye, kalau dulu bila stress
diam membisu sampai orang tuduh ko mcm2. Padahal bagi aku, baik ko diam
daripada naik hantu. Mak takut kalau ko naik hantu...hahaha..."
Ya, dulu apabila stress aku akan 'menjauh' daripada 'bau2' manusia. Bukan moody, tetapi aku takut berlaku tindakan under control. Kalau terjadi, memang parah. Cukuplah dulu2 aku pernah jadi manusia out spoken
sampai ada yang makan hati dan ingat bertahun-tahun. Sampai tulis surat
berkajang2 meluah isi hati gara-gara bercakap ketika amarah sedang
memuncak. Cukup menginsafkan aku, lalu nekad mengubah sikap. Marah-diam!
Alhamdulillah, aku nampak sangat berkesan. Cuma, tidak kepada orang-orang tertentu (mereka anggap aku moody,
tak fikir perasaan orang dan asyik ikut kepala aku saja!) Tak apalah,
segelintir cuma, kebanyakannya ok2 saja. Lagipun, apabila berada di 'silent mode' memang aku tak 'kacau' orang sebab aku sibuk berfikir hahahaha. Takkan aku nak harap orang lain tolong fikir, 'kan.
Syukur, hari demi hari aku semakin matang mengawal emosi. Sekarang, kalau stress atau ada problem yang mengganggu emosi, aku masih boleh gelak sakan. Masih berselera makan, layan movie dan lagu di youtube atau sibuk like gambar kawan-kawan di Instagram. Atau main masak-masak resipi baru.
Ya,
itulah dunia baru aku sekarang. Memang banyak sekali yang berubah.
Terlalu banyak. Mungkin kerana aku tak perlu bertemu lagi orang-orang
yang selalu berfikir negatif pasal diri aku, jadi emosi pun lebih stabil
dan dapat berfikir dengan jernih. Ruang minda lebih 'dingin', hasilnya
aku semakin kreatif dengan projek2 gila.
Maka, betullah kata pepatah, "once you let go of negative people, positive ones appear."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan