Jangan
bersedih, meskipun kau berasa sangat sakit dengan apa yang dikatakan
orang lain kepadamu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah pada kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur hingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau berasa tersisih daripada kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih, tidak akan membuahkan hasil,
Tidak
akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik.
La
tahzan
Bersedih
tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih
tidak akan menghasilkan kerja yang memuaskan,
Bersedih
tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih
tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih
tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih
juga tidak membuat mu boleh diterima didalam lingkunganmu..
Hidup
ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi
yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa
Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah
setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian
dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti
ada makna disebalik itu semua,
Cuma
bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..
Jika
ini ketentuan Allah,
Mari
kita cuba tabahkan hati,
kerana
pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana
kita manusia biasa,
Tidak
terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah
rahsianya..
Hidup
ini terus berputar!
Tiada
masa untuk berlengah!
Tiada
masa untuk berpatah!
Mari
kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan
bersama doa tulus suci,
kerana
doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan
dari yang Empunya segalanya..
Dan
pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana
takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir
dari manusia yang lemah,
Takdir
dari Tuhan Yang Maha Mencipta,
Simpan
segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang
penuh sirat pengajaran.
Disebalik
yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau
ridha akan ketentuan Ilahi..
La
tahzan. La tahzan. La tahzan wahai sahabat!
Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
"Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan