Mengenali penyanyi tersohor ni sejak dia menjadi juara Bintang HMI
1995. Sejak itu, atas nama kerja aku selalu ikuti perkembangannya.
Masih ingat lagi matanya yg merah menahan tangis tatkala diasak pelbagai
soalan mengenai keengganannya bergambar dengan mana2 lelaki. Juga masih
segar dlm ingatan, senyum manisnya nan mesra apabila aku ckp..."nanti
kirim salam mak ye" dan dia jawab, "...amboi baik dgn mak ye".
Dato' Siti Nurhaliza Taruddin,
orgnya cukup menyenangkan, tak lokek senyuman dan selalu berusaha
memberi kerjasama yg baik kepada rakan media. Jadi, tak hairanlah
apabila dia cukup disenangi rakan2 media lain. Dia juga tak ada perangai
'diva' walaupun sudah berada di taraf antarabangsa. Malah, masih santun
menyapa walaupun berstatus VIP. Bukan niat nak puji melambung, tapi
sebagai org media, aku cukup senang dgn cara Siti 'melayan' wartawan.
...dan
Alhamdulillah, akhirnya pada 11 Januari 2013, Siti terbuka dan rela
hati utk bertudung 'sepenuhnya'. Semua dah tahu 'kan Siti bertudung
penuh sejak ulang tahun kelahirannya yg ke-34. “Syukur, inilah doa
daripada orang ramai dan peminat. Siti pernah kata dulu, Siti akan
berhijab penuh dan ini masanya Siti tunaikan janji itu. Hari jadi Siti
yang ke 34 kebetulan jatuh pada hari Jumaat, Siti mengambil keputusan
untuk berhijab penuh. Apa-apa pun, Siti tak mahu komen lebih pasal
perubahan ini. Cuma, doakan Siti untuk terus melakukan yang terbaik."
begitulah lebih kurang kata Siti mengenai perubahan dirinya.
Siti
tampil secara 'rasmi' dengan hijab penuh ala Hana Tajima di majlis
resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex
dan Leuniey di Hotel Royale Damansara. Pada majlis itu, Siti turut
menyumbangkan lagu berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.
Penampilannya
cukup manis dan anggun apabila mengenakan gaun nude colour (cokelat
lembut) rekaan, Rizman Ruzaini, dipadankan dengan tudung litup rona
serupa.Bukan tudung dan gaun saja rona serupa, Siti turut memadankan
penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna sama.
Semoga Siti terus istiqomah dgn perubahannya dan sama2 kita doakan yg
terbaik buatnya.
|
So sweet 'ratu hati' Malaysia ni kan |
|
Bertudung ala Hana Tajima membuat Siti tambah anggun dan bergaya ^_^ |
|
34 penuh hikmah.. |
|
|
Siti bertuah kerana disayangi ramai... |
|
Makin manis Siti sejak bertudung penuh 'kan... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan