Ini hari pertama aku berada di Taiwan. Sebaik saja
touch down kat airport jam 7.30 pm, terus dibawa ke Shilin Night Market. Tempat ni memang tersohor sebagai "raja
pasar malam" dan boleh dikatakan menjadi magnet bagi pelancong di Taipei,
ibukota Taiwan.
Di
sini ratusan kios memeriahkan seantero pasar,
menghadirkan keramaian hingga ke pagi. Bermula jam 4 petang, Shilin
yang terletak di sebelah utara Kota
Taipei dipenuhi pedagang dan sekali pandang macam ada pesta tapi dua kali
pandang mcm bazar kat Danau Kota, KL je la. Apa-apa pun, di sini sangat la
meriah. Macam-macam ada.
Apa yang di Shilin? Apa yang korang nak, semua ada di sini. Selain
makanan (untuk Muslim jangan sembarangan beli ye, kena sangat berhati2…aku cadangkan
korang beli buah-buahan segar je la) pasar ni menyediakan pelbagai jenis
ole-ole, produk fesyen termasuk baju, tas tangan (beg la), stoking, aksesori,
juga alat elektronik.
Di sini boleh tawar-menawar, sebab harga yang biasanya
terpampang bukanlah harga 'mati' tapi jangan tawar banyak sangat memadai dalam 10%
daripada harga jual. Harga yang mereka tawarkan tak terlalu tinggi, kita tak payah nak menawar habis-habisan untuk
dapat harga terendah, pengalaman aku semlm…puas hati sebab daapt harga yang berbaloi
dengan barang yang nak dibeli.
Misalnya, peniaga letak harga 300NT (RM30), aku dapat tawar 200-250NT (RM20-25). Lagi satu, peniaga kat sini berbahasa Mandarin, tapi tak ada masalah sebab kita boleh guna kalkulator untuk sesi tawar-menawar.
Misalnya, peniaga letak harga 300NT (RM30), aku dapat tawar 200-250NT (RM20-25). Lagi satu, peniaga kat sini berbahasa Mandarin, tapi tak ada masalah sebab kita boleh guna kalkulator untuk sesi tawar-menawar.
Lagi best, sesuai dengan musim (sekarag musim sejuk),
Shilin menawarkan produk sesuai musim.
Adoyai, rambang mata tengok baju sejuk dan kasut-kasut yang cantik dijual dgn harga yang
sangat berbaloi. Misalnya, kalau di KL jual RM300 tapi kat sini boleh beli dengan
harga RM100-150 je!
Dalam pada tu, aku suka tengok peniaganya, mereka ikut trend, pakai
boots, bermake-up dan hias kedai mereka dengan cara yang sangat menarik. Selain
ramah, mereka juga bersih dan berbudi bahasa dengan pembeli.
Apa yang aku beli kat Shilin ni? Hahaha…aku beli selendang,
cantik sgt. Harganya pun murah, RM10 je. Kalau beli di KL maybe dlm RM30
sehelai. Aku borong selendang 6 helai utk dihadiahkan kat family dan kengkawan.
Oh ye, aku ada beli ‘baju iphone’. Unik dan murah, RM10 je.
Memandangkan baru sampai kota Taipei, jadi mood nak bershopping tak ada la membuak sangat. Kena simpan sikit duit untuk hari-hari berikutnya, mana tahu ada pasar malam lain yang lagi vass ‘kannn! Oh ye, nak ucap TQVM kat SLE dan PHP Travel & Tours Sdn Bhd., sebab jemput join trip ni.
Ok lah kengkawan, aku sambung merepek esok lak ye. Badan penat ni, nak rehat dulu sebab esok kena bangun sangat la pagi. Biasalah ikut rombongan, semuanya berjadual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan