Seorang
lelaki dan wanita berkahwin dan majlis perkahwinan mereka sungguh
meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia itu. Suatu acara yang luar biasa
mengesankan semua orang.
Pengantin perempuan begitu anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dalam tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai.

Beberapa
bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, saya baru
membaca sebuah artikel di majalah mengenai bagaimana menguatkan tali
perkahwinan" katanya sambil menghulurkan majalah itu.
"Begini,
kita sama-sama mencatat hal-hal yang kurang kita sukai daripada
pasangan kita. Kemudian, kita membahas bagaimana mengubah hal-hal itu
dan membuat hidup kita bersama lebih bahagia"
Suaminya setuju dan mereka mulai memikirkan hal-hal daripada pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal itu untuk kebaikkan bersama.

Malam
itu mereka sepakat untuk berpisah kamar dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka siap
mendiskusikannya.
"Saya
akan mulai duluan ya", kata si isteri. Dia lalu mengeluarkan daftarnya.
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 halaman. Ketika dia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai daripada suaminya, dia
memperhatikan bahwa airmata suaminya mulai mengalir. "Maaf, apakah saya
harus berhenti?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan" jawab suaminya. Lalu si istri terus membacakan semua yang terdaftar, lalu melipat kertasnya dengan sopan dan di letakkan di atas meja kemudian berkata dengan bahagia... "Sekarang giliran abang membacakan daftarnya".
Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatu pun di kertas ini. Bagi Abang, bahawa kamu sudah sempurna, dan Abang tidak mahu mengubahmu. Kamu adalah dirimu sendiri. Kamu cantik dan baik bagi Abang. Tidak satu pun daripada peribadimu yang Abang rasa kurang"
Si isteri tersentak dan tersentuh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya, dia tunduk dan menangis.
Dalam hidup ini, banyak kali kita berasa dikecewakan, tertekan dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal itu.

Hidup
ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan. Mengapa harus
menghabiskan waktu memikirkan sisi buruk, mengecewakan dan menyakitkan
jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita?
Kita menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan cuba melupakan yang buruk.
Cinta tidak pernah memandang kekurangan orang yang kita sayangi dan cintai. Cinta hanya membawa kebahagian dan saling berkongsi untuk memahami kekurangan masing-masing. Mencintai dengan apa adanya.
Cinta tidak pernah menyakiti, sebaliknya menambah kedewasaan dan cara berfikir untuk memandang hidup, sebagai kasih kurnian Allah yang terbaik. Cintailah semua makhluk dengan harapan semua berbahagia katakan kepada pasangan kita : I Love U Just The Way You Are....

Jangan
biarkan kekurangan yang kita lihat daripada pasangan kita akan
mengalahkan dan menutupi semua kelebihan, kebaikan dan keutamaan
pasangan kita...no body perfect!
p/s: dikutip drpd laman sesawang dan diedit semula. Sharing-caring with luv ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan