Hari ini, sebaik sj sedar drpd tido aku memikirkan soal berhenti
kerja (bukan berhenti drpd bekerja, selagi bernyawa kena bekerja
bukan!). Lepas solat Subuh pun masih memikirkan hal sama (padahal waktu
merebahkan kepala di bantal x fikir langsung soal nk berhenti or apa,
cuma pk apa nk buat pg esoknya).
Iya, entah kenapa
hari ini atau dlm erti kata lebih tepat, sepanjang hari aku memikirkan
soal berhenti kerja dgn serius sekali. Turut difikirkan juga apa nk buat
lepas berhenti kerja? Nak dptkan duit utk langsaikan loan kereta, rumah
dan tanggungjawab kepada Ma dari mana? Sampai sakit kepala lastnya
migraine menyerang...hahahhahaa...parah bila migraine tangkap kepala,
apa pun x boleh!
Paling segera melintas difikiran aku
skrg adalah proses merealisasikan impian aku utk ada kopitiam sendiri,
biar kecil dan sederhana tp mampu aku 'wujudkan' sendiri. Lalu, aku
congak2 simpanan yg ada, belum utk smpi peringkat mencukupi...jauh sgt
lg!
|
Dah
lama berhajat nak beli mixer ni, akhirnya dpt dh dok menjanda kat tepi
dapur...bila dah ada telan byk2 pulak vitamin M tuh. Hai lah Anis, bila
la nk insaf ni! |
Sumpah, i luv baking. Membaking buat aku 'hidup',
hati bernyanyi riang walau belum tentu ada yg mencicipnya berkata
"...ummmmh sedapnya!" Aku membaking sedari 0, tiada peralatan yg
lengkap...main redah dan hentam sj, hinggalah secara bertahap aku mampu
beli apa yg perlu. Alhamdulillah, peralatan membaking hampir2 lengkap
keseluruhannya (sekurang2nya bg aku la). Cuma belum berkemampuan membeli
oven berkapasiti selayaknya digunakan apabila dpt tempahan luar
jangkaan.
Pun aku sgt2 hepi, sebab aku sedang
melakukan apa yg sgt2 aku minati. Tapi, sebenar2nya, aku bukanlah minat
memasak sgt...sgt pemalas sebenarnya! Herannya, entah kenapa tiba2 minat
membaking...memasak... dan mencuba pelbagai resipi yg dikutip di laman
sesawang. Ye, aku suka proses D.I.Y...bukan tak minat join kelas memasak
or membaking. Tp, sumpah aku malas belajar kalau groupnya ramai2. Nanti
aku x fokus...biasanya ke laut terjunnya kepala otak aku time tu.
Hahahahaha...itulah kelemahan aku!
|
Nanti kena tambah rak buku, semlm baru beli 2 buku pasal baking. Aku yg giler buku hahahaha! |
Buku pasal baking jgn ckp...berlambak2, pantang
jumpa mesti beli. Kalau dh suka satu2 buku tu, aku sanggup ingat perut.
Kumpul buku pasal masak, sama seronoknya dgn kumpul novel. Kalau
disusun, sama tinggi je hahahaha.
|
Otak tgh jahat, beliau menghasut aku beli oven ni pulak...ayooooo! |
Ok berhenti kerja, kenapa aku nk berhenti kerja?
Stress! Sumpah, mmg aku minat gila line yg aku sertai sekarang. Walaupun
x pernah mimpi membabitkan diri dalam bidang penulisan a.k.a wartawan,
tp aku syg...syg sgt2 bidang kerjaya yg menemukan aku dgn pelbagai
pengalaman...suka duka...pahit manis semuanya aku dpt. Jadi kenapa aku
gatal nk berhenti kerja? Stress! Sumpah, stressnya sampai aku rasa mcm
nk muntah kaler hijau!!!
Aceli byk yg aku nk
kongsikan kat sini, tp kepala otak aku skrg tgk sibuk suruh baking
sesuatu. Btw, td aku ada tgk resipi pau sambal udang. Nampak senang dan
sedap...so teringin nk try. Apa kata aku stop merepek sampai takat ni
dulu. Nanti aku sambung merepek lg sampai korang pulak yg muntah kaler
hijau-pink hahahahaha ;-P