.

Ahad, 27 September 2015

Sakan jumpa pasar lambak...

Beberapa hari lepas, otw ke Jerteh, Terengganu, jumpa pasar lambak ni kat tepi jalan. Tak tahu apa orang tempatan panggil pasar ni. 

Singgah, Allahu, seronok sakan dapat tengok sayur, ikan segar, bau ikan asin, etok salai, kuih-muih dan ragam penjual serta pembelinya.

Jiwa kampung buat orang yang tak berkampung seperti aku sangat tersentuh sayu, dalam hati berbisik alngkah seronoknya ada kampung. 

Takdir Tuhan, tertulis sudah kampung cuma di ibu kota yang penuh kabus buatan setiap kali penghujung tahun.

Dari tepi jalan, aku menyusur masuk dan singgah menjamu mata di setiap tapak jualan. Perasaan teruja memang susah nak diluahkan dengan kata-kata. 

Bukan rambang mata lagi. Tamak haloba terus hahaha, kalau boleh semua nak diangkut sumbat dlm kereta. 

Apa lagi bila peniaganya dgn manis menawar barang jualan mereka. "Dik, marilah sayur sega2 ni. Peta ado, lanas ado...pise molek-molek buat goreng..." Aduhai..., mencair ^_^

Walaupun tak dapat singgah lama, tapi dalam masa tak sampai 30 minit aku sempat rembat 6 papan petai RM3, jeruk maman, duku langsat, kain sarung batek 6 pasang RM15 utk 2 helai, etok salai RM3, ikan tamban asin 1/2 kg RM6, nise kerek 12 keping RM6. Beras pulut 1 kg...apa lagi eh lupa hahaha *_*

Oklah, now turn ampa cuci mata tengok gambar yang sempat aku snap waktu dalam pasar ni, serius best. Kampung habis dan sangat meriah Uolls...Ngeee!





Sorry, tak banyak kenangan dapat aku rakam di sini. Sibuk membeli itu dan ini. Next time kalau lalu jalan ni, ada rezeki boleh singgah lagi. InsyaAllah. 

Isnin, 21 September 2015

Gila meroti dan mendonut...

Masalah aku selalunya, apabila teringin mesti terus nak buat. Sejenis perangai tak menyempat-nyempat, contohnya hari ni (sebenarnya dari semalam lagi, tapi sebab teringinnya tengah malam...dek sayangkan tidur aku pendam dalam-dalam keinginan tu...hahaha...!), gigih meroti dan mendonut.

Asalnya nak buat roti sosej, ala yang roll dengan sosej sebatang tu. Sayangnya dah lama sangat tak beli atau buat stock sosej. So nan ado, yang ada cuma crab stick. Tibai je 'lah. Tapi tak tahu mana silapnya, mungkin doh terlebih zat air...susah benar nak roll dengan crab stick tu. Jadi, aku tibai je ikut suka (memang ke laut rupanya...nanti aku tayang eh). Sebahagian besarnya aku buat roti manis dan burger Malaysia.

Dalam bab memasak ni, walaupun biasa buat ikut resipi dan kaedah sama, adakalanya tak menjadi jua. Ada la tu silap kat mana-mana, biasanya kalau terlebih teruja tu ada maka berlaku kejadian-kejadian lawak tak yang tak lawak sebenarnya (sebab sakit hati dah buat penat-penat tak menjadi kemudiannya gigih pikir kenapa pulak kali ni tak menjadi).

Doh roti dan donut kali ni dapat banyak jugak (untuk seorang makan memang sangat banyak ok), so sebahagian besarnya aku frozenkan. Roti tu aku kasi jiran sebab kejadiannya just nice, kemain happy si jiran dapat roti manis debab *_*

Nah, tengoklah sesi membuat dan rupa kejadiannya. Aku halalkan korang gelak secara berjemaah hehehehe ^_^




Jumaat, 18 September 2015

Terima kasih dengan sangat Ya Allah...


Hari ni, sudah masuk tiga dekad kemiskinan dan kepayahan 'berlalu' dari hidup aku juga keluarga. Alhamdulillah, walaupun tidak sesenang mana, syukur kehidupan kami lebih selesa dan terurus.

Maaf, bukan niat aku nak buka pekung di dada sendiri. Sekadar catatan peringatan buat diri sendiri, agar suatu masa nanti andai ada rezeki aku diberiNya lebih kesenangan dan keselesaan hidup, maka aku tak lupa diri dan ruang lingkup aku. Sekadar hanya, itu!

Sebagai pasangan suami isteri yang cuba memperjudikan nasib jauh di rantau orang, aku percaya dan sedar bukan mudah bagi Ma dan arwah Abah untuk membina kehidupan yang selesa. Apatah lagi kedua-duanya bukanlah berpelajaran tinggi, sekadar punya bakat dan kemahiran diri. Itulah yang digunakan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup kami sekeluarga.

Alhamdulillah, berkat Abah yang pandai memasak terutama buat roti canai, kelebihan itu digunakan sebaiknya untuk mencari rezeki buat keluarga. Ma pula, sanggup bekerja di kilang mi, tauhu dan kasut demi menambah pendapatan.

Aku akui, perjalanan hidup kami 9 beranak tidak mudah. Sering dilanda ujian yang cukup menggugat kesabaran dan kecekalan hati. Tidak jarang aku dengar Ma dan Abah bergaduh gara-gara ketidakcukupan sumber kewangan untuk menampung makan minum dan persekolahan anak-anak.

Punya tiga anak perempuan dan empat anak lelaki, bukan mudah. Anak lelaki khususnya, lasak dan kuat makan. Kurang perhatian juga buat mereka degil dan sukar ditegur, anak perempuan pula tergugat emosi gara-gara tanggungjawab menguruskan rumah dan adik-adik.

Aku dan kakak sejak kecil sudah terbiasa dengan kerja rumah dan menguruskan adik-adik. Malah, kami berdua turut menyambut kelahiran adik kedua bongsu dan bongsu di rumah gara-gara tak sempat bawa Ma ke hospital.

Kalau nak cerita keadaan rumah kami dulu, rasanya kalau waktu itu ada rancangan tv Bersamamu tentunya kami sekeluarga menjadi salah seorang pesertanya. Tanpa kemudahan elektrik dan air, sampai sekarang aku masih tak percaya bagaimana kami mampu membesar dengan baik.

Keadaan rumah yang uzur, dinding papan yang berlubang dan zink bocor di merata-rata buat keluarga kami tersisih daripada jiran tetangga, tetapi di rumah usang yang kami sewa dengan harga RM30 (sebelum kemudiannya dinaikkan ke RM60) itulah tempat kami mengadun kehidupan yang semakin hari kian mencabar.

Ma, tentunya tertekan dengan keadaan hidup yang tak sempurna seperti pasangan suami isteri lain. Kami (anak) pula, lebih tertekan lagi kerana semuanya serba kurang. Kasut sekolah tak mampu berganti walaupun tapak kaki sudah dimakan jalan tar, ke sekolah berjalan kaki juga tanpa wang belanja. Perut kosong hanya diisi sekeping lempeng bodoh sampai ke habis waktu sekolah. Minum hanya air paip di kantin atau bilik air.

Waktu itu, apabila hujan lebat turun menimpa zink rumah dan membasahi ruang dalam rumah, aku selalu berdoa..."YA Allah, cepatlah aku besar. Aku nak kerja, aku nak cari duit. Nak beli rumah selesa untuk Ma dan adik-adik. Nak masak makanan sedap dan berkhasiat untuk mereka." Dalam doa, sedu-sedan tak kedengaran, dek curahan air hujan yang cukup deras dan kasar.

Bertahun-tahun melayari kehidupan yang serba payah, tak mudah. Hati memberontak tatkala diterjah dek emosi. Apatah lagi saat terpaksa menolak beberapa peluang bagus hanya kerana kami tak berkemampuan. Kata Ma, kami dapat makan dua kali sehari dan ke sekolah sudah cukup baik. Janganlah meminta lebih, memang tak dapat.

Dulu, waktu ada acara sukan, aktiviti unit berseragam atau rombongan sekolah, aku dan kak selalu dengan terpaksa melepaskannya. Alasan, kami tak mampu. Kami banyak tanggungjawab dan tugas di rumah. Masa remaja kami dihabiskan dengan urusan rumah tangga dan mengasuh adik-adik.

AllahuAkbar...

Bulan berganti tahun, apabila semua keperitan itu berlalu satu persatu, setiap kali mengenangnya aku akan terfikir, benarkah semua keberuntungan, kemujuran dan keselesaan yang sedang aku nikmati ini adalah realiti? Benarkah ini bukan mimpi indah di siang hari?

Hari ini, kediaman kami sudah selesa. Walau tak mewah dan tersergam indah, tetapi memadai  buat kami. Makan cukup, rehat cukup. Diberi peluang dan ruang mempunyai kerjaya yang baik, dapat berjalan ke sana sini malah merentasi lautan dan awan nan biru. Alhamdulillah, syukur dengan sangat.

Betapa baiknya Allah kepada kami sekeluarga walaupun kami bukanlah hambaNya yang baik, jauh sekali sempurna, tetapi Dia Maha Pemurah dan Penyayang, melimpahkan kepada kami rezeki dan kesihatan tanpa batas. Sentiasa mendengar rintihan dan aduan kami hingga kami berada di tahap ini. MasyaAllah.

Terima kasih dengan sangat Ya Allah, atas limpah kurniaMu sepanjang kehidupan kami atas muka bumiMu yang penuh rahmat dan nikmati ini. Ampuni kami Ya Allah kerana sering alpa dengan segala nikmatMu. Bimbinglah hati-hati kami ya Allah agar sentiasa bersyukur dan merendah diri atas segala rahmat, nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Janganlah Engkau biarkan kami hanyut dan tenggelaman dalam kelazatan zatMu Ya Allah. Jangan tinggalkan kami walau sedetik pun. Lindungilah hati-hati kami daripada perasaan ego, bongkak, tamak, sombong, dengki, khianat, iri hati, marah dan malas. Berkatilah hidup kami dunia akhirat Ya Allah. Limpahkanlah keampunanMu kepada kedua-dua ibu bapa kami. Limpahkanlah rahmat, keberkatan dan kasih sayangMu nan tiada taranya itu kepada kedua-duanya. Selamatkan dan lindungilah ibu bapa kami dari seksa kubur dan azab api neraka, Ya Allah. Kasihani mereka Ya Allah. Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami adalah dari orang-orang yang rugi. Ya Allah, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Rabu, 16 September 2015

Homemade roti canai lagi...

Masih dalam mood kegilaan meroti, tadi malam uli lagi doh roti canai untuk sarapan hari ni. Kalau sebelumnya dalam doh tu cuma bubuh air garam, tepung gandum dan air suam juga susu sejat. Kali ni aku try letak sebiji telur, guna air paip biasa dan uli lama sikit.

Hasilnya:-
  • Belum jugak gebu dan selembut makan di kedai.
  • Masih gagal menebar, jadi lapisan roti agak tebal. tapi tengah panas-panas tu memang layan je cicah dengan kuah kari atau gula.
Sambil melenyek (sebab tak pandai tebarkan, so kita lenyek2 sampai senipis boleh la)  tu, dok pikir nak mencari alas batu tebal khas untuk meroti, menguli keropok lekor dan lain-lain. Kemudian pikir pulak, dapur bujangku memang sempit mana nak ditala semua barang masak-memasak tu?

Adeh, time tu rasa memang rasa nak rembat sebiji 'banglow' 7 bilik, dengan dapur seluas sebiji rumah aku sekarang! Sayang sekali, tiadalah daya upaya nak mengadakannya. Hajat tu besar, tapi kemampuan terhad. Apa-apa pun, semoga ada rezeki daripadaNya. Mana tahu 'kan, tuah ayam nampak di kaki. Tuah aku siapa yang tahu...ngeeee ^_^

Dahlah, jangan membebel banyak. Layan je gambar roti aku ni ye. Oh, btw...hari ni aku buat #homemade #roticanaitelur cicah dengan kari ayam tanpa santan. Perghhh...Dia punya syahdu, Tuhan je yang tahu.

Doh yang dah 'masak' selepas lebih 1/2 diuli.
Dapat 9 ketui, cukuplah untuk makan sorang kan.
Serius cakap ni, tengah panas-panas ko layan...memang tak terasa ia adalah buatan sendiri. Macam makan kedai punya je hahahaha.

Selasa, 15 September 2015

Pesan untuk diri sendiri...


Ma saya pun pesan jugak, kalau kita buat salah dengan orang. Kena cari orang tu sampai dapat dan minta maaf. Kalau tak sanggup nak sebut 1 per 1 salah kamu pada dia (sebab takut menyukarkan lagi keadaan), cukup minta maaf sepenuh hati atas apa-apa saja yang kamu dah lakukan kepada dia. Dosa kamu kepada manusia takkan lepas sekali tak minta maaf, Tuhan juga takkan 'lepaskan' kamu. AllahuAkbar 😔

Isnin, 14 September 2015

Homemade roti canai + Abah...

Petang semalam, entah ke macam mana boleh tergerak hati nak menguli doh roti canai. Mungkin sebab terbawa-bawa perasaan seronok makan roti canai waktu pagi berteman seorang pesara polis yang lucu lagi sporting yang membahasakan dirinya 'Tok Yusof', orang Pulau Mutiara. Fasih bercakap Jepun dan banyak ilmu bergurau ^_^

Terima kasih 'Tok Yusof, teman sarapan pagi sambil berkongsi lawak yang betul-betul melegakan otak ^)

Mungkin dek rasa seronok tu, membawa ke petang mood aku cukup bagus dan rajin semacam. Maka, terhasilkan #misisnapsqueen ni. Actually, ni lah pertama kali aku cuba buat #homemade #roticanai. Berpandukan resipi 'agak-agak', aku beranikan diri mencuba. Petang semalam cuma buat dohnya dulu, hari ni baru canaikan doh tu.

First try, memang gelak sorang-sorang kat dapur. Dapat resipi, "Ko agak2 je, nak detail aku tak reti. Mak aku main agak2 je, biasa orang dulu2 kan."

Ok tak pe, kita try. Tak try tak tau kan, resipi detail pun kalau tak try, salah teknik tak jadi gak.

Ok, aku izinkan geng blogger semua gelak secara berjemaah dan aku tetap nak tempek hasil first try kat sini hahahhaa.

Tak kisah kalau korang nak gelak berguling-guling pun, sebab aku sendiri gelak jugak hahaha.
Tadaaa...homemade #roticanai . Walaupun arwah Abah dulu buat dan jual roti canai. Tapi anak-anaknya haram tak belajar, sengal! Buat kuah dal pun tak reti, so mkn la dgn gula pasir hahhaa. Takpelah, biar lambat asalkan ada usaha nak cuba ye dak.

Hasil try:-
  • Kena uli doh lebih lama lagi, ni sy uli ikut suka padahal kena biar adunan lembut betul mcm doh donat tu.
  • Kena belajar tebar, ni aku guna dulang. So hasil tak nipis sgt.
  • Aku suka roti yg nipis dan ranggup, jadi aku lebih suka roti canai versi 4 segi. 
Nak gelak ada, nak nanges ada. Nak kutuk diri sendiri pun ada. "Abah, orang dah reti buat #roticanai sendiri☺️. Masa Abah ada orang tak ada keinginan nak belajar buat, sibuk kerja. Sibuk dgn kemarahan sendiri. Abah, di mana tumpahnya kuah dal kalau tak kat roti canai 'kan. Tapi hari ni orang buat roti canai ni makan dgn gula je. Orang belum reti masak kuah dal. Nanti orang belajar lagi dengan Pakcik Google."

Ahad, 13 September 2015

Alahai si ikan puyu...

Ada member kata, mahalnya ikan puyu yang ko beli. Sampai RM8 sekor, kat kampung seluk je dalam sungai/sawah. Dah tu kat KL ni aku nak seluk tang mana? Sungai Klang? Sawah padinya celah mana? Tepi KLCC? Adeh...!

Pagi semalam punya cerita. Tak tau apa motif pembelian, nampak org jual #ikanpuyu kat pasar tani. Beli 2 ekor RM8. Pastu, balik menung tak tahu nak diapakan. Nak bikin pekasam tak reti, nak goreng mcm biasa sgt.

Memandangkan bahan utk masak #ikanpuyu tadi tak lengkap, kita simpan dulu dlm peti. Mlm ni, kita makan bihun #bakso dulu. Bila buat sendiri, mestilah selambak bakso dlm pinggan.

Abaikan je rupa #bakso yang tak berapa comey tu, sebab rasanya memang awesome! Mewah daging dan kenyal. Puas hati masak sendiri walaupun rupa tak secantik beli siap. Hehehe.