.

Khamis, 6 November 2014

Chenta vs Petai...

Chenta macam petai, busuk kohong sekali pun tetap nak makan. 
Merembes liur mengenang kenikmatan rasanya. 
Chenta... Jangan sampai mati waras!

Rabu, 5 November 2014

Hangat...

Hanya satu kata buatmu; Hangat! 
Iya, chenta kamu seperti secangkir kopi...hangat, pahit tetapi enak. Asyikkk...



#coffee #chenta

Oh uncle teksi...

TADI hantar kereta pegi service, petang baru siap sebab tak book dulu. So, kenalah ambik teksi nak balik. Dapat teksi dengan pemandunya Cina, umur lingkungan 50-an, tapi fasihnya cakap Melayu berloghat Kelantan.

Aku: Uncle asal Kelantan?
Uncle teksi: Dok, kito orang Kedoh. Tapi gak, Mok kito nikoh kali keduo dgn ore kelate. Muloh (arwah) Mek (mak) ni sayang benar ko 'Cik" (ayah). Lepah nikoh, terus dok Pasir Puteh sampai ko habis umur dio.Kito ikut sekali...ngaji...nikoh pun sa'no.

Aku: Ooo...dah lama Uncle duduk KL?

Uncle teksi: Ado dale (dalam) 4 tahun. Tapi gak, beso doh kecek kelate...jadi pekak (pekat loghat kelantan).

Aku: Anak Uncle berapa orang?

Uncle: 5 ore jah, besa belako doh. Hok bosu baru jah buleh anok minggu lepas. Suko la kito boleh cucu baru. Bose dok grumoh...cucu dok asrama.. tu bawak teksi ni...ada saing boleh lawan kecek. Serupo adik la...nok kecek dengan kito. Tapi gak, rama ore KL ni tok suko ko ore kelate. Pelik la...kelate tu dok atas bumi Malaysia jugok...buke wujud kot dunio lain. Oh...pelik la!

Aku: Tak semua macam tu Uncle, tapi memang ada.

Uncle teksi: Bakpo tak doknyo...rama...cer adik tengok kalau berlaku apo-apo hok tok molek...pakat tuduh ke ore kelate dok buat. Kalau miskin tu napok ke negeri kelate jah...gi kelate dok lagi tok tahu! Gi la tgk sendiri...memey la ado hok susoh...tapi gak hok kayo belana...ghumoh besar2...kijo sendiri. Demo tok jadi kuli ore...muda-muda jadi bos.

Aku: Kenapa Uncle tak dok kelate?

Uncle teksi: Ore grumoh kito dok jago menantu kat Damansara. Dia ada kanser perut...anok kecik lagi. Kito kalau boleh memey nok hidup mati kelate jah...tapi gak Tuhan kata ada kijo besar...kita selesai dulu lah. Pahtu...pikirlah pasal hidup kito pulok. Menantu pun serupo anok jugok...dio pun anok yatim...ngaji tinggi...kijo bagus...comey...tapi gak, ujian Tuhan ni tak kiro sapo...


*Bengkak dada aku dengar cerita Uncle teksi tu. Terkedu. Orangnya sangat tenang...ramah. Katanya, dia saja keluar bawak teksi sebab bosan duduk KL, tak boleh nak berkebun mcm kat kg dia. Allahu Akbar...pengorbanan ibu bapa...besar sgt!

Selasa, 4 November 2014

Banana Cake vs Sambal Sotong...



NI aktiviti selepas Subuh dan balik dari kerjaan.

Hujung minggu tu hari, ada beli pisang untuk buat goreng pisang makan dengan taburan cheese dan coklat. Hari ni, ada bakinya dan dah ranum sangat sampai semerbau bau satu ruang dapur. Maka, kenalah gigih buat sesuatu kalau tak memang jadi rezeki tong sampah! Huish...syaiton sangat perangai, 'kan! Jadinya, kita bikin kek pisang bodoh-bodoh. Bubuh apa aje yang ada dalam kabinet dapur.

Tak sampai sejam, siap dua biji kek. Alhamdulillah. Satunya aku hadiahkan kat orang sebelah rumah dan sebahagian lagi, aku hulur kat jiran tingkat bawah. Selesai, terus pergi kerja.

Bila sibuk proses bahan itu ini, tak terasa laparnya. Kebetulan, on the way ke tempat kerja pagi tadi sempat ngap 3 ketul kek pisang. Tak apalah, balik kerja boleh masak. So dari pagi sampai jam enam petang pulun kerja je, boleh balik cepat.

Sampai rumah lebih kurang 7.15 malam. Memandangkan tak ABC (Allah bagi cuti...hehehe), maka boleh terus masuk dapur. Dalam kepala dah awal-awal set nak masak sambal sotong. Lama jugak tak makan sotong, asyik ikan dan ayam je. Tukar seleralah malam ni 'kan.

Macam biasa, cili dan bawang semua aku dah kisar awal-awal. So, bila nak guna capai aje dalam peti ais. Kerja memasak jadi senang dan cepat, kalau semua benda yang disiapkan lebih awal. Biasa, bahan kisar yang aku buat boleh bertahan sampai 10 hari...insyaAllah tak masam, pucat atau busuk. Kadang-kadang, tak sempat 10 hari dah habis pakai.

Sambil tunggu sambal tumis kering airnya, tanak nasi. Bila sambal sotong siap, nasi pun dah masak. Alhamdulillah. Jam 8 malam dah boleh dinner. Iya, satu lauk je aku masak. Oh ye ada sebiji terung yang aku 'masak' atas nasi (time nasi tu kering airnya, aku letak terung kat atas...bila nasi masak, terung tu akan masak sekali...cantik je masaknya...senang kerja 'kan).

Syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan. Cukup makan, walau tak mewah mana. Tetap kenyang walaupun hanya satu lauk, paling penting tak membazir. Aku ni kadang, satu jenis lauk pun berhari-hari nak habis (sebab jenis tak reti nak bajet masak sikit-sikit, lagi satu hal...masak banyak sekali gus senang tak payah masak hari-hari).

#bananacake #sambalsotong

Isnin, 3 November 2014

Stressnya, haid tak teratur...

'DIA' buat hal lagi! Baru je nak elok...lancar 2-3 bulan, sekarang back to 'normal'!!! Aku tak pastilah, Uolls stress ke tak apabila kitaran haid tak teratur. Dulu-dulu, time masih mudah belia memang tak kisah pun haid nak datang ikut time or langgar time. Datelinenya pun aku tak pernah ambil tahu, maklumlah tengah muda bergetah lagi. DussS!!!

Sekarang ni, dah tukar 360 darjah. Sejak umur masuk 3 siri ni, mula merungsing macam-macam. Apabila baca pasal penyakit-penyakit wanita ni, gerun dan ngeri berminggu-minggu. Google sana...Yahoo sini, demi mendapatkan info lebih detail (sebenarnya cari sumber yang melegakan hati sendiri, sengal!).

Sorrylah nak bercerita hal peribadi sikit (tak suka, or geli jangan baca...pejam mata eh...ekekeke)., aku ni sejak kali pertama 'pandai' period dalam hidup memang kitarannya tak pernah betul. Ada 4 kali je setahun, 5-6 kali setahun...setahun sekali pun ada, dan tiga tahun kebelakangan ni semakin kitarannya swings lain macam!!!

Semalam, time google tu, jumpalah beberapa info pasal period tak teratur ni. Macam-macam versi, tetapi secara keseluruhannya sama je. Antara yang aku baca, keterangan daripada Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat (zaman bila punya info aku tak pasti, sebab ramai sangat yang share info lebih kurang sama).

Menurut doktor pakar ni;
Kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.



Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.


Aduhai...stressnya baca semua info ni dan fikir kenapalah aku kena hadap benda 'aneh-aneh' ni. Lepas tu, waktu share dengan member...depa kata kalau esok-esok nak plan ada baby jadi susah sebab jadual haid aku 'meraban'. Waaa...! Aku nak baby wey...!!!

Oh, btw...selain masalah haid tak teratur ni. Ada kes lain jugak yang yang menambah beban dalam kepala, setiap kali period jumlah 'kotoran' yang keluar buat aku 'kecik hati'! Serius, sudahlah datangnya tak menentu...kadang muncul, kadang ghaib...bila ada, macam main 'cak-cak' je.

Ada member kasi petua, time first day period tu silalah makan buah betik. InsyaAllah, darah haid akan keluar dengan lancar. Iya, itu yang aku nak sangat. Memang aku nak cuba, tak naklah aku simpan 'sisa kotor' dalam badan...aku tak nak ada masalah lain yang lebih besar lagi. Aku ni dahlah tak berduit sangat, kalau dapat sakit aneh-aneh yang 'makan' belanja besar mana nak dicekau duit beriban-riban???

Oklah...itu je aku nak kongsi kat sini, mana tahu kot ada daripada Uolls yang baca cerita stress aku ni ada tip berguna boleh dimanfaat bersama. Kalau ada sila-silalah ye, sedekahkan tip/petua tu kat aku...tolong kesian kat aku yang tak berapa nak muda belia ni, eh.

Buat adik-adik yang masih di alam muda belia tu, kalau ada masalah macam 'hakak' ni...bawak-bawaklah ambil tahu apa yang perlu. Jangan tiru cara 'hakak' yang pemalas nak jaga diri ni, bila dah 'teruk' baru menggelupur. No...no...no...not good for you dear! So, please...jaga diri dan hidup baik-baik. I love you...muahhh! (...dah kenapa pulak neh...??? Ekekeke...sindrom orang stress, gedik tak kena tempat...sila abaikan kalau 'geli-geleman'!)


Ahad, 2 November 2014

Tiara Jacquelina yang humble...

SAJA nak cerita sikit pasal selebriti 'bergetah' ni. Kebetulan jumpa beliau Jumaat lepas, time sidang akhbar penangguhan Konsert PLG Reunion yang sepatutnya dipentaskan pada 27 November hingga 1 Disember 2014, dianjak ke tarikh baharu iaitu 20-24 Mac 2015.

Sepanjang pembabitan aku dalam dunia penulisan dan kewartawanan, Puan Sri Tiara Jacquelina atau lebih mesra dengan sapaan Tiara (...from now, aku suka nak panggilnya Tiara J *_*) memang humble orangnya. Mudah memberi kerjasama dan tak lokek senyum. Paling berkesan di hati, beliau kalau buat sesuatu tak ada istilah 'ala kadar'. Semuanya dilakukan sebaik mungkin demi kepuasan sendiri dan semua orang.

Jumaat lepas, walaupun keadaan kesihatan peti suaranya tak baik tetapi dia tetap gigih nak bercakap dan memberi maklumat pasal penangguhan konsert PGL. Beliau juga masih ada masa 'berkeliling' menyapa rakan media dari meja ke meja, sambil senyum ramah menunjukkan smart phonenya yang tertera gambar (di bawah) dan kuntuman senyum manis - mesra.

Act, aku suka Tiara ni sejak zaman beliau bercouple dengan arwah Hani Mohsin. Bagi aku (waktu itu), mereka pasangan yang sangat serasi. Walaupun mereka sudah berpisah, aku tetap minat mereka berdua (dan walaupun sekarang Hani dah tiada).

Hasil kerja seni Tiara, jarang aku miss. Termasuk yang terbaharu, pementasan teater P. Ramlee The Musical. Bagi aku, Tiara antara wanita berdarah seni yang sentiasa bekerjasa keras untuk menghasilkan hasil seni yang bermutu. Beliau sentiasa mahu memberi yang terbaik, walaupun mengundang risiko besar kepada diri sendiri.

Misalnya dalam keadaan peti suaranya sedang kritikal ketika ini dan dalam proses rawatan pakar, Tiara tetap meneruskan latihan seperti biasa. 'Hilang' suara bukan alasan baginya untuk mengalah pada usaha yang diperjuangkan, sebaliknya dia tak betah diam. Pelbagai cara alternatif dicuba semata-mata nak recover secepat mungkin. Aduhai Tiara, kamu memang wanita awesome!

Beliau juga antara wanita yang 'menyumbang' semangat dan kekuatan untuk aku berusaha menghasilkan karya seni sendiri. One day...yes...one day...aku tengah gigih usaha ni. Uolls doakan, ye.

Get weel soon Tiara J, I dah tak sabar nak nonton PGL Reunion tahun depan.
Banyak yang aku nak bebelkan pasal wanita istimewa seorang ni, tetapi aku ada kerja lain nak kena buat dulu. InsyaAllah, one day (iya...iya...one day lagi...ekekeke!) aku sambung eh.










Sabtu, 1 November 2014

Secangkir kopi dan Pisang Goreng Cheese Chocolate...

KALI pertama aku rasa Pisang Goreng Cheese Chocolate waktu berulang-alik dari KL-Jakarta tahun 2004-2009, tetapi waktu tu Pisang Goreng Pontianak lebih popular. Bagi aku kedua-duanya sangat sedap, apatah lagi dimakan waktu masih panas (...hish, buruk rupanya bila gigih menggigit makanan panas hehehe).

Apabila berada di Jakarta (daerah Cibubur, Kota Wisata), selalunya lepas habis kerjaan aku dan Kak Ina (Krisna) akan singgah beli dua jenis Pisang Goreng (ni aku nak buat pesanan penaja sikit, biasa orang dok sebut-sebut Goreng Pisang Cheese - salah ok. Sebutan yang betul, Pisang Goreng - Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak - DBP - Harap maklum ye!) ni untuk bekal kudap-kudapan waktu nonton sinetron. Kalau dua minggu ada kat sana, maka dua minggu jugaklah dok berbaris beli benda sama. Syorga weh...makanan depa sedap, murah...sangat unik dan kreatif.

Di negara kita, setengah tahun kebelakangan ni Pisang Goreng Cheese Chocolate atau sekadar Pisang Goreng Cheese tiba-tiba menjadi fenomena. Gerai pisang goreng muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan di merata tempat, paling strategik di kaki lima jalan raya.

Aku tak ketinggalan kembali mengimbas memori makan pisang goreng panas ni, bosan versi beli (jenuh nak beratur...macam nak beli tiket tengok bola sepak pulak!) maka aku buat sendiri. Tak susah mana, caranya pun ikut cara dan cita rasa kita. Nak salut tepungnya ala-ala je, atau rangup or macam mana sekalipun, terpulang. Begitu juga 'aksesorinya', nak tabur cheese semata-mata, nak less cheese...more cheese or extra with chocolate..any sauce like strawberry, berry...apa ajelah...bubuh ikut suka tekak kita 'kan!

Pagi tadi, aku merajinkan diri buat goreng pisang yang ditabur cheese juga chocolate dan goreng pisang dengan taburan cheese aje. Selain untuk makan sendiri, motif utamanya nak balas pinggan jiran (kakak tingkat bawah yang tiga hari lepas hulur Laksa Penang yang supersedap, thank you Kak Sya.).


Tepung goreng pisangnya aku guna bahan asas biasa, tepung beras, garam, kunyit serbuk dan susu segar. Cheesenya pulak aku guna block cheese yang dibeli di kedai bakery. Semuanya pakai terjah je (macam biasa, sebab aku ni Pemalas!) hehehe...!

Waktu hulur sepinggan Pisang Goreng Cheese dan Pisang Goreng Cheese Chocolate kat Kak Sya, muka dia bukan main teruja lagi. Anak-anaknya dah meluru ke muka pintu.

Kata Kak Sya, sejak sebulan lalu dia asyik bertunggu tangga depan gerai pisang goreng setiap petang. Lebar senyum dia anak-beranak sambil hidu haruman pisang goreng yang masih berasap. Happy me, Alhamdulillah, gembirakan orang itu je hadiah dan sedekah yang mampu aku kirim setakat ni.



#PisangGorengCheeseChocolate #PisangGorengCheese