PAGI ni terkelam-kabut sikit sebab terbabas, lepas Subuh pi sambung tidur memang 'terbaik'lah kan. Jam 11.00 pagi ada assignment bersama
Anuar Zain kat IJN (Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak KL).
Huru-hara mandi dan bersiap. Makan memang tak sempat, tak apalah nanti
sampai IJN boleh makan dulu kalau sempatlah.
Alhamdulillah, jam 10.40 pagi sampai di lokasi tugasan. Lega, ada masa lagi nak ambik nafas, relax sambil sarapan. Act,
dah dua tiga kali ke sini pun still tak hafal lagi arah tujuan nak ke
sesuatu bahagian. Masih tercari-cari letaknya kafe awam, dekat 5 minit
mencari baru jumpa...arghhh!
Ingat nak makan nasi lemak, tapi tersalah kaunter dan malas nak beratur panjang kat kaunter sepatutnya jadi aku order
aje apa yang ada. Pilihan aku untuk sarapan hari ni, Bakso. Simple,
kang terkenyang sangat payah nak buat kerja. Silap2 mau berdengkur time PC (press conference).
Siap makan, terus bergegas ke dewan sidang media (press conference). Dah ramai rakan media lain mengambil tempat, ramai juga yang datang walaupun assignment waktu pagi (sebab biasanya assignment hiburan dibuat jam 2pm ke atas, memandangkan ia membabitkan orang2 korporat jadi dibuat waktu pagi...gamaknya la).
Jam
11.30 pagi, Anuar Zain muncul dengan smartnya diiringi CEO IJN dan
doktor2 pakar IJN. Sama seperti kebiasaannya, Anuar dengan senyum manis
dan ramahnya menyapa media. Dia memang polite dan humble, sebab itu dia disenangi ramai. Bak kata orang kuat IJN, Anuar ni ikon kasih sayang hehehe.
Sidang
media pagi ni berkisar mengenai persembahan amalnya pada 5 Disember
2014 dan bertujuan untuk mengutip dana bagi mengisi tabung pesakit
jantung kanak-kanak. Persembahannya pada makan malam anjuran Pusat
Jantung
Kanak-kanak Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN) itu
diadakan secara jualan tiket individu dan meja.
"Jika kita tidak boleh membantu dari segi kewangan, masih boleh bantu
dari segi tenaga dan saya percaya ramai di luar sana berkemampuan
untuk menghulur derma bagi membantu tabung Kumpulan Sokongan (Support
Group) PCHC yang diwujudkan khusus untuk pesakit dan keluarga
kongenital, " kata Anuar yang turut mengakui sebagai selebriti tanah
air, dia juga ada tanggungjawab sosial untuk dilaksanakan dan menerusi
persembahan amal itu nanti dia juga mengajak orang ramai hadir membantu
usaha mengutip dana yang diperlukan. (...untuk berita selanjutnya Uolls boleh baca klik sini).
Sebelum sesi interview
bersama media, Anuar sempat buat lawatan singkat ke wad kanak-kanak
pesakit jantung. Allahu Akbar, time ni rasa lemah je hati aku yang
sangat 'kapas' ni. Tengok anak-anak kecil berselirat wayar di badan
bukan satu pemandangan yang best, ok! Aku juga kagum dengan
semangat ibu bapa mereka yang tetap tabah meskipun dilanda ujian hebat.
MasyaAllah dan Anuar memang berjiwa penyayang. Lama betul dia
peruntukkan masa untuk beramah mesra dengan pesakit dan keluarga. Nampak
sungguh aura prihatinnya.
Habis PC, masuk office sekejap. Biasalah kena ketuk story dulu kang editor Inspirasi Magazine memetir Uolls, heheheh! Lagipun malas nak tangguh kerja, sementara ada mood baik proses bahannya cepat-cepat. Kalau dah hilang intro dalam kepala, lebam biji mata depan laptop pun tak siap walau sebaris ayat.
Selasa, 30 September 2014
Isnin, 29 September 2014
Bila Fynn Jamal berkongsi pesan...
Perkongsian daripada Fynn Jamal...
ibu pesan pada aku pada hampir malam perkahwinan aku--
macammana payah pun hidup suami isteri satu hari nanti..tidur berasingan jangan walau sekali.

Marah macammana, bengang macammana-- ajar diri agar tidak biasa tidur tanpa salah satunya.
Rimas macammana, merajuk macammana-- tidur mesti satu selimut berdua.
Pastu bangun pagi tu buat2lah terlanggar tersangkut jari tersauk rangkul konon2 tak sengaja. hahaha.
Padahal. HAHAHAAH.
This is the man Allah amaanah me with. no marriage face no difficulties.
giler apa lancar je hidup. mana ada.
But we can all try to make things easier for each other.
Buruk mana pasangan kita-- buruk kita entah macammana; kira untung dia sudi terima kita. kan?
Mari jadi perfect for each other, dan bukan kita nak yang perfect sahaja.
kita pun bukan perfect mana.
thank you

#fynnJamal #kongsi #sharing
Sabtu, 27 September 2014
About moving on...
Aku baca kat fb post, 1. الحزن الهم (sedih & dukacita), 2. الجوع (kebulur - lapar) dan 3.السهر (tidak tidur malam) antara 'tabiat' yang merosakkan badan.
Malangnya, semua tu memang aku selalu buat. Cerita-cerita yang dah berpuluh, berbelah, bertahun, berbulan, berminggu & berhari-hari pun aku masih semakkan dalam kepala...dalam hati. Kadangkala, seharian aku boleh bazirkan masa dok memikir kenapa, mengapa, sebab apa sesuatu benda tu jadi kat aku (padahal benda tu dah berlalu berzaman-zaman).
Bab kebulur tu memang selalu sangatlah jadi kat aku terutama bila kemalasan tahap gaban. Aku boleh dok menghadap laptop dengan seharian tak makan (sayangnya tak kurus-kurus, aneh-aneh je 'kan). Time makan aku memang tak betul dan tak bertime, kalau datang meroyan memasak - makan...memang melayan. Tak jadi kerja dibuatnya, bila malas...roti kering pun jadi!
Tak tidur malam...aku tak tahu kenapa, tapi memang payah betul nak tidur. Jam 3-4 pagi mata masih segar bugar. Time tu jugak banyak idea datang menyerbu...tak payahlah gigih pujuk mata suruh tidur, tak makan saman!
So apa aku nak buat, any solution yang Uolls ada untuk aku? Serius, aku nak ubah tiga benda tu...tapi aku tak tahu dengan cara apa. Pernahlah jugak beli ubat tidur, tapi aku tak berani nak telan selalu kang jadi macam mayat berjalan pulak!
Macam-macam cara jugak aku cuba, pi bercuti, masuk spa...dengar music relaxing, luah perasaan kat blog ni...makan benda berzat (hey...badan aku cukup zat pasal tu tak kurus2 hahaha), solat sunat, baca buku...semuanya dah aku buat. Hasilnya, sama macam tak buat apa-apa. Kesannya, aku payah bangun pagi (lepas Subuh asyik nak tidur balik, payahlah rezeki aku nak masuk 'kan). Migraine tak baik-baik, berat badan tak seimbang dengan ketinggian = gemS la tu!
Act, keadaan ni tambah teruk sejak empat tahun kebelakangan ni. Sejak2 aku hilang beberapa orang BFF...terutama dua orang ni (Selipar Jepun dan si Z). Arwah Selipar Jepun pergi secara tiba-tiba, tak ada sakit...tak ada apa-apa, semuanya macam mimpi. Si Z pulak, kami mangsa keadaan. Keadaan yang 'tak mengizinkan' untuk kami terus bertemanan dan dia memilih menghilang walaupun seharusnya tak perlu. Apa-apa pun, itu hak dia dan aku kena hormat (apa lagi yang aku mampu, 'kan).
Aku dah hilang dua insan penting dalam hidup aku...yang pernah sanggup buat apa saja untuk kegembiraan aku atas nama kasih sayang dan persahabatan. Allahu Akbar, Dia saja Maha Mengerti betapa sukarnya menghadapi 'kehilangan' mereka berdua.
Sejak kedua-duanya 'hilang' dari hidup aku, semuanya jadi serba tak kena. Kucar-kacir, tapi aku tahu...aku kena redha...ini semua ketentuanNya. Macam mana aku jaga elok-elok, kalau Dia tak 'setuju' tak jadi jugak 'kan. Nak redha...kena ambil masa dan aku (dengan sangat) tengah berkompromi dengan masa untuk merawat segalanya. InsyaAllah. Doakan aku ye, kawan-kawan.

Rabu, 24 September 2014
Kalau aku kaya (Part 1)...
RASANYA bukan aku seorang je yang pernah/ selalu berangan, "kalau aku kaya". Betul tak? Huish tak ngaku, takpe simpan rahsia Uolls tu...aku tak kesah hehehe!
Act, aku paling suka berangan-angan. Macam-macam yang diangankan. Berangan bukan keluar modal pun 'kan, so 24 jam boleh berangan (kekdahnya kalau dah 24 jam berangan je kerjanya, bilakala nak jadi kenyataan? Lu pikirlah sendiri!).
Malam ni payah betul nak lelap mata, semua serba tak kena. Boring belek phone, keluar bilik ngadap tv...biji mata tetap segar bugar. Hmmm...nampak gaya ada harapan tido lambat, bangun pun lambat (nasib baik ABC - Allah bagi cuti...hehehe).
Memandangkan mata dan badan tak nak beralah, akhirnya aku on laptop dan taip entry ni hehehehe. Hurmmm...kita back to the story, pasal berangan "kalau aku kaya' tadi. Yup, aku paling suka berangan. daripada angan-angan tu aku terjemahkan menjadi 'idea' untuk kesinambungan hidup aku dan sangat penting dalam proses bekerja (berangan ni memang salah satu part penting dalam kerja seorang penulis...ekekekeke...ini pendapat peribadi aku tau, tak membabitkan mana-mana penulis lain bahahaha).
Apa yang aku angankan? Aku berangan jadi orang kaya la...kalau aku kaya...macam-macam nak buat, semua benda nak ada lengkap dalam hidup...hehehe. Antara sesuatu yang aku nak ada kalau aku kaya? Hemmm... (jap...tempek gambar, sedap sikit nak bercerita ada inspirasi hahaha).
Kalau aku kaya; ni 'la ruang dekorasi ruang tamu idaman aku. Simple, tak serabut tapi nampak elegan sangat. Kombinasi warna pun sejuk mata, kalau dapat paduan merah-putih or purple-putih pun gempak jugak.
Kalau aku kaya; ruang santai dambaan aku yang macam dalam gambar ni. Ala-ala open air dan menghadap laut yang terbentang luas...saujana mata memandang gitu. Bayangkan, pemandangan indah waktu matahari nak naik dan turun...perghhh...sumpah, aku in love dengan sunset dan sunrise, tengoklah hari-hari pun tak jemu.
Kalau aku kaya; macam ni lebih kurang ruang 'movie time' yang aku nak'kan ada dalam rumah. Semua orang yang aku sayang dok berkumpul dalam ruang ni, gelak sama-sama, menjejeh airmata sama-sama, jerit sama-sama...pendek kata pakat bersama. Tak payah gigih nak keluar masuk panggung, kumpul semua kita dalam ruang ni...sambil makan yang enak-enak versi home made. Perghh!
Kalau aku kaya; memandangkan aku kaya 'kan...so setiap dua bulan or sebulan sekali mesti ada 'acara' dinner kat tepi pantai macam dalam gambar tu dan memandangkan juga aku ni kaya...kan kan...kan...so, rumah aku mesti dekat pantai...jadi tak ada ler masalah nak buat sesi ni setiap hari pun kan...Syorga sangat kan...hahaha.
Secara keseluruhannya, macam ni 'lah kediaman impian aku kalau aku kaya. Rasanya, angan-angan aku kaya ni versi biasa je 'kan...kan...kan...Uolls punya sure lebih hebat. Silap-silap ada kapal terbang sebiji depan rumah ekekeke.
... dan aku tak malu mengaku, memang hari-hari aku doa minta kekayaan daripada Allah. Minta kaya bukan semata-mata nak hidup selesa macam yang aku bayangkan tu...tapi cukup bermakna kalau aku dapat peluang berbakti kepada orang lain dengan lebih baik lagi. Kalau aku kaya, tak ada masalah untuk aku tolong siapa saja yang memerlukan...tanpa perlu fikir panjang soal bajet aku sendiri cukup ke tak.
Aku selalu sedih hati, bila hanya mampu tolong ala kadar je sedangkan keinginan nak menolong lebih lagi tu sangat meronta-ronta. Sangat membahagiakan bila dapat buat orang lain senyum kelegaan, keluar dari kepayahan hidupnya.
Aku dah lalui, betapa susahnya nak meneruskan hidup dalam keadaan serba tak ada. Nak sekolah tinggi berkira-kira, nak makan secukupnya pun tak mampu apatah lagi tolong orang. Jadi, sejak aku pandai berdoa...aku asyik mohon Allah beri aku kekayaanNya. Walaupun belum diberiNya, aku percaya Dia ada cara tersendiri untuk buat aku mampu merealisasikan impian aku. InsyaAllah. Aamiin.

Selasa, 23 September 2014
I love 'me time'...
BILA dah penat kerja, badan letih lenguh. Otak lemah nak hadam semua masalah... me time 'lah terapi paling best. Macam orang lain, aku pun ada cara sendiri nak rehatkan diri sambil kumpul tenaga baru untuk meneruskan hidup.
Ada tak kat sini yang suka pi pasar? Usha' ikan...sayur...buah segar...barang pelik-pelik yang payah nak jumpa kat pasar raya? Kalau ada kita memang geng! Bila dapat luangkan masa (yang selalu ke laut dalam tu) pi pasar basah, akulah orang paling bahagia dan gumbira. Biji mata terus jadi rambang tengok itu ini, kalau boleh semua benda aku nak sebat dan rembat masuk dalam bakul belanja. Mungkin Uolls yang muda belia or ada yang sebaya aku (agak-agak umur aku berapa? ekekeke...) pikir betapak 'Acik-aciknya' lifestyle aku 'kan. Tak kisahlah, janji aku happy ye dak...*Wink*!
Act, kalau Uolls tengok aku ni secara mata kasarnya, nampak macam sejenis perempuan pemalas. Iya, P.E.M.A.L.A.S! Memang pun, itu aku tak nafikan...termasuk selalu berada di zone kemalasan tahap dewa bab nak update blog ni. Ekekeke!
Hakikatnya, dapur dan pasar antara tempat aku tumpahkan segala galau di hati dan sangatlah bahaya bila aku pi pasar time tengah sentap dengan sesiapa, sure Uolls boleh bayangkan betapa ketatnya muka aku time tu wahahahaha! Juga sangat bahaya bila aku pi pasar or masuk dapur time happy, habis segala benda aku rembat beli dan habis segala jenis masakan aku buat!
Macam pagi ni, aku off day sebab semalam kerja sampai 4 pagi. Hari ni, awal-awal lagi aku dah keluar check stock kat Chow Kit. Segala jenis seafood aku angkut, daripada ikan sampai ke siput sedut. Dalam kepala macam-macam jenis masakan nak buat. Ekekeke!
Selesai beli barang basah, macam biasa merewang kat kedai periuk belanga. Cuci mata je, nak membeli tu lain kali kot. Lagipun, bajet semuanya dah tercurah kat barang dapur. Walaupun cuma cuci mata dah cukup seronok sambil berangan bila-bila masa ada bajet lebih boleh beli ikut suka mana yang berkenan.
Tak terasa tiga jam dalam perut Chow Kit, perut pun dah berock kapak bagai. Cepat-cepat aku pecut si comel balik rumah, bukan apa kalau perut kosong melebiji jam 12 tengah hari masaklah aku nak melayan 'angin masuk perut', puan seri migraine pun akan bertandang tanpa dijemput. Hurmmm... sejak2 usia kian beringkek-tingkek ni, macam-macam ragam dibuatnya. Kalau tak jaga betul-betul, memang tak boleh buat keje. Asyik nak hadap sakit je...jahanam hidup. Oh dammm, dah kertu aku ni hah!
Sampai rumah terus berkejar ke dapaur. Hari ni, aku pilih masak sotong dan ikan goreng. Sotong tu aku masak sambal tumis je versi campak sekor2 dalam kuali dengan limpahan cili kisar superduperspicy. bukan malas nak potong comel-comel ye, alasannya dalam perut sotong tu penuh telur. Kang kalau hiris bulat-bulat, menggeletis semua telur keluar. Oh tidak...sayang dowh! Jadinya, aku terjunkan je sotong tu sekor demi sekor dalam kuali.
Sambal Tumis sotong siapalah tak reti nak buatkan, rasanya semua pandai godek ikut cita rasa sendiri. Ada suka sambal melimpah, ada jugak versi sambalnya ala-ala je. Kalau ikut versi aku memang sesimple yang mungkinlah, biasalahkan...P.E.M.A.L.A.S!
Bahan-bahan dalam sambal tumis sotong ni cuma ada, cili kering 20 tangkai, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, gula, garam dan sedikit sos cili (paling penting bab masak sambal tumis ni, minyak kena secukupnya, cili kena kasi masak betul-betul...bawang tu tumis kasi wangi betul...gula garam secukup rasa, kompem tak payah letak bahan perasa lain hehehe). Siap! Serius Uolls, makan dengan nasi panas-panas homakai...memang tak nampak bulan bintangnya. Syorga sangat!
Ma selalu pesan, kalau masak dengan jiwa, makanan akan rasa sangat sedap walaupun bahannya simple aje. Memandangkan aku tak berapa gemar makan kat luar dan selesa masak sendiri walaupun lauknya superbiasa...kenalah rajin stalker resipi kat mana-mana.
Act aku memang rajin kumpul macam-macam resipi, berlambak-lambak dalam folder resipi. Cumanya, nak mencuba buat sendiri tu je yang malas. Iya, sekali lagi malas menjadi alasan paling besar dalam hidup aku. Entah bilakala nak rajin tak tau. Oklah...nak sambung kerja, tengah ada mood nak mengarang ni baik pulun cepat-cepat. Kalau dah masuk zone mental block kang jahanam. Okbai!

Ahad, 21 September 2014
Kala aku mahu...
Aku mahu ke hutan, melepas resah suara hati
Aku mahu ke pantai, berteriak sekuat hati
Aku mahu ke langit, memeluk bintang hati
Kala aku mahu ikut hendaknya hati...
Jumaat, 19 September 2014
Bila empat beradik datang 'memetir'...
Sekejapan,
isi rumah rasa amat sunyi tatkala deruman enjin hilang dari
pendengaran. Iya, dah balik empat beradik yang bertandang 3 hari 2 malam
di rumah. Punyalah susah payah nak angkut mereka datang, tiga hari rasa
macam tiga jam je.
Amni, Amzar, Amri dan Amiran, kalau datang rumah 'Umminya' memanglah riuh seisi alam. Memetir sana sini....jenuh nak tegur. Tiga hari jugak time makan aku tak betul, sibuk menguruskan keperluan depa. Mkn pagi, tengahari, petang, malam dan tengah malam. Penat, tapi seronok. Itulah keseronokan yang orang bujang mcm aku tak selalu dapat rasa. Hanya time cuti sekolah, itu pun kalau depa tak busy.
Ambil depa hari Rabu pagi, seharian biarkan mereka melepak kat rumah je. Makan tidur, main games. Apa lagi nak buat kalau dah duduk rumah bertingkat-tingkat. Anak ajak berjalan aku ngeri, maklumlah sekarang banyak sangat kes culik budak...budak hilang. Ngeri oi!
Aku tahu depa bosan, berkurung dalam rumah. Tak apalah janji depa selamat, biar bosan daripada kalau jadi apa-apa aku menyesal tak sudah. Lagipun bukan senang nak jaga empat orang sekali gus kat kawasan awam. Sekelip mata je apa-apa boleh jadi!
Khamis, aku plan nak bawak depa pergi Taman Tasik Titiwangsa. Sayangnya, depa kat bangun pukul 12.30 tengah hari. Mandi...makan...memetir sana sini dah pukul 2. Kat kawasan rumah ni pulak, kalau balik lambat tak ada parking. Jenuh pulak, kang. So, sekali lagi...depa layan movie kat youtube. Dari Upin Ipin...God Of The War...melalut sampai ke lagu kanak-kanak. Hahaha...kesian depa.
Malamnya, aku nekad bawak depa keluar saja sambil makan malam. Pukul 7pm depa dah bersemangat bersiap (sempat lagi aku buat lawak, main nyorok-nyorok konon dah tinggalkan depa).
Amri: Ummi...Ummi...?
Amiran: Ummi mana, takde da?
Amri: Ummi mandi kot...Ummi...Ummi
Amzar: Ummi dah keluar tak, tinggal kita da!
Aku dah tergelak2 belakang pintu bilik stor. Dekat 15 minit aku kepanasan tunggu depa cari aku dalam bilik tu, hampeh. Pakat dok gegar panggil...Ummiiii!
Akhirnya aku yang angkat bendera putih, muncul dengan muka sengih puas hati dapat merungsingkan depa. Bukan main ceria lagi muka Amri dan Amiran...hahahaha!
Tempat makan pilihan kami, restoran Upin Ipin. Aku pun tak tahu apa menu yang best, tapi sajalah beli jiwa depa. Upin Ipin memang kartun kegemaran depa, kurang-kurang ada kenangan best untuk depa.
Dalam restoran ni (Upin Ipin) menunya biasa-biasa je la...nak kata sedap tu atas cita rasa masing-masing. Memandangkan niat aku nak 'meraikan' anak-anak buah, so abaikan cita rasa peribadi aku. Macam biasa, aku biarkan depa pilih apa nak makan. Budak-budak tengok gambar semua sedap, semua nak sampai rambang biji mata. Huhuhu!
Dua
jam jugaklah melayan perut masing-masing sambil nonton kartun Upin
Ipin, itu yang melekakan depa sampai makanan pun tak habis. Hurmmm...on the way balik,
singgah pulak beli jajan. Perut dah kenyang, tangan penuh jajan...balik
rumah sambung memetir. Pukul 2.30 pagi baru senyap sunyi, huish gila
depa ni dah pagi baru nak tido!
Hari ni, angkut depa p Giant sambil nak beli barang basah untuk masak tengah hari. Amri dan Amiran macam biasa usha' mainan. Aku abaikan...tak nak biasakan. Asal datang rumah ummi mesti 'rembat' mainan. Esok-esok kalau aku tak mampu, kesian sebab dah terbiasa. Biarlah depa nangis, kalau ajar mintak dapat...mintak dapat...esok-esok datang jumpa mak sedara sebab dapat 'habuan' je. Aku nak depa jumpa aku sebab kasih sayang...rindu dan nak bermanja, bukan mainan. Sesekali no problem....bukan satu kemestian nanti mak ayah depa gak yang susah. Aku pun tak nak 'pegang' depa dengan kebendaan. Paham tak maksud aku ni? Tak paham? Abaikan!
Balik membeli itu dan ini, masak makanan untuk depa. Simple je pun, pilihan Amni...Ayam Goreng dengan kicap manis Jalen. Itu je, senang gila. Amri, Amzar dan Amiran...ikut je la tak banyak hal. Senang 'kan jaga depa. Hehehe!
Itulah cerita sekitar tiga hari ni, tengah menaip ni...act aku rasa nak jerit kuat-kuat. Aku rindu depa...aku rindu suara-suara yang memetir gedik depa. Semuanya dah balik, entah bila ada masa nak datang lain (walaupun bukannya jauh sangat pun...tapi masing-masing ada jadual hidup 'kan).
Aku selalu harap, depa taklah cepat besar. Aku masih tak puas nak bermanja dengan depa, kalau dah besar esok belum tentu depa nak dipeluk. diajak bergurau dan bermanja...'kan! Hurmmm...aku yang selalu kesunyian macam ni 'lah. Bila orang datang rumah, riuhlah sekejap. Bila depa balik, bercakaplah dengan blog ni hah! Oklah...aku nak p layan air mata sat...Adios!
Amni, Amzar, Amri dan Amiran, kalau datang rumah 'Umminya' memanglah riuh seisi alam. Memetir sana sini....jenuh nak tegur. Tiga hari jugak time makan aku tak betul, sibuk menguruskan keperluan depa. Mkn pagi, tengahari, petang, malam dan tengah malam. Penat, tapi seronok. Itulah keseronokan yang orang bujang mcm aku tak selalu dapat rasa. Hanya time cuti sekolah, itu pun kalau depa tak busy.
Ambil depa hari Rabu pagi, seharian biarkan mereka melepak kat rumah je. Makan tidur, main games. Apa lagi nak buat kalau dah duduk rumah bertingkat-tingkat. Anak ajak berjalan aku ngeri, maklumlah sekarang banyak sangat kes culik budak...budak hilang. Ngeri oi!
Aku tahu depa bosan, berkurung dalam rumah. Tak apalah janji depa selamat, biar bosan daripada kalau jadi apa-apa aku menyesal tak sudah. Lagipun bukan senang nak jaga empat orang sekali gus kat kawasan awam. Sekelip mata je apa-apa boleh jadi!
Khamis, aku plan nak bawak depa pergi Taman Tasik Titiwangsa. Sayangnya, depa kat bangun pukul 12.30 tengah hari. Mandi...makan...memetir sana sini dah pukul 2. Kat kawasan rumah ni pulak, kalau balik lambat tak ada parking. Jenuh pulak, kang. So, sekali lagi...depa layan movie kat youtube. Dari Upin Ipin...God Of The War...melalut sampai ke lagu kanak-kanak. Hahaha...kesian depa.
Malamnya, aku nekad bawak depa keluar saja sambil makan malam. Pukul 7pm depa dah bersemangat bersiap (sempat lagi aku buat lawak, main nyorok-nyorok konon dah tinggalkan depa).
Amri: Ummi...Ummi...?
Amiran: Ummi mana, takde da?
Amri: Ummi mandi kot...Ummi...Ummi
Amzar: Ummi dah keluar tak, tinggal kita da!
Aku dah tergelak2 belakang pintu bilik stor. Dekat 15 minit aku kepanasan tunggu depa cari aku dalam bilik tu, hampeh. Pakat dok gegar panggil...Ummiiii!
Akhirnya aku yang angkat bendera putih, muncul dengan muka sengih puas hati dapat merungsingkan depa. Bukan main ceria lagi muka Amri dan Amiran...hahahaha!
Tempat makan pilihan kami, restoran Upin Ipin. Aku pun tak tahu apa menu yang best, tapi sajalah beli jiwa depa. Upin Ipin memang kartun kegemaran depa, kurang-kurang ada kenangan best untuk depa.
Dalam restoran ni (Upin Ipin) menunya biasa-biasa je la...nak kata sedap tu atas cita rasa masing-masing. Memandangkan niat aku nak 'meraikan' anak-anak buah, so abaikan cita rasa peribadi aku. Macam biasa, aku biarkan depa pilih apa nak makan. Budak-budak tengok gambar semua sedap, semua nak sampai rambang biji mata. Huhuhu!
![]() |
| Amzar |
![]() |
| Amri |
![]() |
| Amiran |
Hari ni, angkut depa p Giant sambil nak beli barang basah untuk masak tengah hari. Amri dan Amiran macam biasa usha' mainan. Aku abaikan...tak nak biasakan. Asal datang rumah ummi mesti 'rembat' mainan. Esok-esok kalau aku tak mampu, kesian sebab dah terbiasa. Biarlah depa nangis, kalau ajar mintak dapat...mintak dapat...esok-esok datang jumpa mak sedara sebab dapat 'habuan' je. Aku nak depa jumpa aku sebab kasih sayang...rindu dan nak bermanja, bukan mainan. Sesekali no problem....bukan satu kemestian nanti mak ayah depa gak yang susah. Aku pun tak nak 'pegang' depa dengan kebendaan. Paham tak maksud aku ni? Tak paham? Abaikan!
Balik membeli itu dan ini, masak makanan untuk depa. Simple je pun, pilihan Amni...Ayam Goreng dengan kicap manis Jalen. Itu je, senang gila. Amri, Amzar dan Amiran...ikut je la tak banyak hal. Senang 'kan jaga depa. Hehehe!
Itulah cerita sekitar tiga hari ni, tengah menaip ni...act aku rasa nak jerit kuat-kuat. Aku rindu depa...aku rindu suara-suara yang memetir gedik depa. Semuanya dah balik, entah bila ada masa nak datang lain (walaupun bukannya jauh sangat pun...tapi masing-masing ada jadual hidup 'kan).
Aku selalu harap, depa taklah cepat besar. Aku masih tak puas nak bermanja dengan depa, kalau dah besar esok belum tentu depa nak dipeluk. diajak bergurau dan bermanja...'kan! Hurmmm...aku yang selalu kesunyian macam ni 'lah. Bila orang datang rumah, riuhlah sekejap. Bila depa balik, bercakaplah dengan blog ni hah! Oklah...aku nak p layan air mata sat...Adios!
Langgan:
Ulasan (Atom)