Rabu, 16 Januari 2013
Selasa, 15 Januari 2013
Penangan Rita Rudaini & Adi Putra dlm Sehangat Asmara...hangat!!!
Ingat lagi waktu cover Anugerah Skrin 2012 (ASK), bilamana pasangan Adi Putra & Rita Rudaini digandingkan di atas pentas ASK. Setiap kali pasangan ni keluar,
maka bergema dewan PWTC dgn jeritan & siulan peminat2 fanatiknya. Perghhh…hebat sungguh
penangan pasangan ni.
Walaupun Adi Putra dah kawin, tetapi peminatnya bukan main
ramai (terutama perempuan la kan). So, aku rasa dgn populariti mereka berdua,
rasanya tiada masalah utk memancing peminat menonton drama adaptasi, Sehangat
Asmara. Harap2, tak ada yg 'makan hati' ye hahahaha.
Waktu majlis pelancaran drama Sehangat Asmara dibuat di
Publika, Solaris, aku agak sibuk. So, tak sempat la nak berkejar ke sana. Jadi,
untuk bahan berita mengenai drama ni korang boleh baca petikan di bawah ni yg
aku kutip daripada Mstaronline termasuk gambar2nya hehehe. Selamat membaca
berita ^_^
KUALA LUMPUR: Penerbit drama adaptasi novel terbaharu
Sehangat Asmara iaitu Global Station berharap ia bakal mengulangi fenomena
dicetuskan Adam & Hawa.
Penerbit Eksekutifnya, Adila Ramly berkata, pihaknya percaya
beberapa persamaan pada kedua-dua drama itu mampu menarik minat penonton yang
mengikuti Adam & Hawa sebelum ini.
"Kami berharap Sehangat Asmara dapat menyamai atau
memberikan lebih impak daripada Adam & Hawa apabila ditayangkan nanti. Beberapa elemen Sehangat Asmara seperti tema
percintaan dan barisan pelakon yang mantap mampu menarik perhatian
penonton," katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran drama
bersiri 33 episod itu di Publika, Solaris Dutamas di sini, petang Selasa.
Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini membariskan antaranya
Rita Rudaini, Adi Putra, Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda,
Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. Bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap
Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).
Adila berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan drama
berkenaan kerana konflik dalam novel nukilan Aisya Sofea itu.
"Saya meminati cerita novel itu. Malah, sejak di bangku
sekolah saya sudah membacanya. Saya percaya tema hubungan dua darjat, percintaan dan
konflik dalam cerita ini dekat dengan penonton," katanya.
Drama ini berkisar mengenai ranjau dalam hubungan dua
darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang
berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia. Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang
ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang
sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara.
![]() |
Rita bergandingan dengan Adi sebagai pasangan
suami isteri. (Sumber gambar: Mstaronline)
|
Kempen 'Cabaran 21 hari Listerine...
Hari ni 'jenguk' workstation sekejap je, ada la dlm 1 jam. Lepas
tu, terus bergegas ke One Utama ada pc Cabaran 21 hari Listerine®.
Selain cover produk, plannya nak jumpa selebriti2 yg sesuai utk ruangan
seni hibur aku (Majalah Jelita). So, mana2 yg sesuai boleh la 'cekau'
buat story.
...dan hari ni untung jugak sebab dapat bekalan Listerine® utk 21 hari. Hehehe... x yah beli utk 21 hari. Oh ye, kenapa 21 hari? Kata Pengarah Komersial Johnson & Johnson Consumer Malaysia dan Singapura, Eunice Tan, kalau kita boleh melakukan sesuatu secara berterusan sepanjang tiga minggu, berkemungkinan besar amalan ini akan diteruskan sepanjang hidup. Jadi, Cabaran 21 Hari Listerine® bukan sahaja untuk erkumur mulut, tetapi mengamalkannya sebahagian daripada rutin kebersihan mulut sekurang-kurang dua kali sehari.
Jadi, Listerine®, jenama pembersih mulut terkemuka Malaysia kini bekerjasama dengan 21 selebriti tempatan memulakan kempen seluruh negara hari ini bertujuan membantu golongan orang dewasa Malaysia meningkatkan kesihatan mulut mereka.
Kempen yang dikenali sebagai Cabaran 21 Hari Listerine® ini mencabar orang dewasa untuk menambahbaik kesihatan mulut mereka dengan menggunakan cecair kumur Listerine® dua kali sehari 21 hari berturut-turut, dengan jaminan pemulangan wang (*Tertakluk terma dan syarat) bagi sesiapa yang tidak merasakan apa-apa perbezaan pada penghujung 21 hari.
Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® berupaya meliputi semua permukaan di dalam rongga mulut dan mengurangkan bakteria yang terkumpul. Ini sangat penting kerana bakteria yang terkumpul akan membentuk lapisan karang gigi, seterusnya menyebabkan gingivitis atau bengkak gusi berdarah. Gingivitis pula boleh membawa kepada periodontitis, satu masalah yang tidak boleh dibaiki yang boleh menyebabkan kehilangan gigi.
Seperti biasa, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Kajian menunjukkan berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik selepas memberus dan menggunakan flos gigi boleh mengurangkan sehingga 52% karang gigi dan 21% berbanding memberus dan menggunakan flos sahaja.
Malangnya, kesedaran mengenai kepentingan menggunakan cecair kumur mulut antiseptik masih rendah. Walaupun doktor gigi dan pengamal penjagaan kesihatan mulut mengesyorkan menambah pembersihan mulut antiseptik dalam rutin membersihkan mulut, kebanyakan orang dewasa Malaysia hanya mengamalkan memberus sahaja kerana menyangka memberus gigi sahaja sudah mencukupi.
*p/s: Jadi, jom kita pakat berkumur dengan Listerine® sepanjang 21 hari berturut-turut. Gigi sihat, nafas pun segar.
...dan hari ni untung jugak sebab dapat bekalan Listerine® utk 21 hari. Hehehe... x yah beli utk 21 hari. Oh ye, kenapa 21 hari? Kata Pengarah Komersial Johnson & Johnson Consumer Malaysia dan Singapura, Eunice Tan, kalau kita boleh melakukan sesuatu secara berterusan sepanjang tiga minggu, berkemungkinan besar amalan ini akan diteruskan sepanjang hidup. Jadi, Cabaran 21 Hari Listerine® bukan sahaja untuk erkumur mulut, tetapi mengamalkannya sebahagian daripada rutin kebersihan mulut sekurang-kurang dua kali sehari.
Kempen 21 hari
Memberus
gigi hanya membersihkan 23 peratus bahagian mulut. Berkumur dengan
cecair kumur mulut antiseptik sangat penting untuk menghapuskan bakteria
di kawasan mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. Sayangnya, kajian
menunjukkan hanya 23.6 peratus (Sumber: Kantar Worldpanel – Semenanjung
Malaysia, Ogos 2012) rakyat Malaysia yang mengamal membersihkan mulut
dengan cecair kumur dengan kerap.Jadi, Listerine®, jenama pembersih mulut terkemuka Malaysia kini bekerjasama dengan 21 selebriti tempatan memulakan kempen seluruh negara hari ini bertujuan membantu golongan orang dewasa Malaysia meningkatkan kesihatan mulut mereka.
Kempen yang dikenali sebagai Cabaran 21 Hari Listerine® ini mencabar orang dewasa untuk menambahbaik kesihatan mulut mereka dengan menggunakan cecair kumur Listerine® dua kali sehari 21 hari berturut-turut, dengan jaminan pemulangan wang (*Tertakluk terma dan syarat) bagi sesiapa yang tidak merasakan apa-apa perbezaan pada penghujung 21 hari.
Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® berupaya meliputi semua permukaan di dalam rongga mulut dan mengurangkan bakteria yang terkumpul. Ini sangat penting kerana bakteria yang terkumpul akan membentuk lapisan karang gigi, seterusnya menyebabkan gingivitis atau bengkak gusi berdarah. Gingivitis pula boleh membawa kepada periodontitis, satu masalah yang tidak boleh dibaiki yang boleh menyebabkan kehilangan gigi.
Seperti biasa, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Kajian menunjukkan berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik selepas memberus dan menggunakan flos gigi boleh mengurangkan sehingga 52% karang gigi dan 21% berbanding memberus dan menggunakan flos sahaja.
Malangnya, kesedaran mengenai kepentingan menggunakan cecair kumur mulut antiseptik masih rendah. Walaupun doktor gigi dan pengamal penjagaan kesihatan mulut mengesyorkan menambah pembersihan mulut antiseptik dalam rutin membersihkan mulut, kebanyakan orang dewasa Malaysia hanya mengamalkan memberus sahaja kerana menyangka memberus gigi sahaja sudah mencukupi.
*p/s: Jadi, jom kita pakat berkumur dengan Listerine® sepanjang 21 hari berturut-turut. Gigi sihat, nafas pun segar.
![]() |
| Iklan utk Kempen Cabaran 21 hari Listerine |
| Semua berbau sedap tau... |
| Ini utk rakan media *_* |
| Sebahagian daripada 21 selebriti yg menyahut cabaran 21 hari, antaranya Dynas, Atilia, Scha dan Awal. |
| Bekalan utk 21 hari |
| Hehehe saja2 snap dari tepi. |
Sweet day with sweet friend's...
Lepas beberapa hari gigih berhempas-pulas memproses bahan dan
menyiapkan semua layout, akhirnya semlm secara 'rasminya' team Majalah Jelita closing (bungkus dateline la ^_^). Tapi sebenarnya tak bole sebut dateline sebab dah sampai tahap 'deadline' hahahaha!!!
So, blk kerja semlm dgn perasaan gumbira dan lega, aku membaking choc cupcakes (yg akhirnya jd rupa choc muffin wakakaka). Niat nak 'belanja' team Jelita makanan yg sweet, supaya semua happy dan lega lepas gigih bekerja.
...tapi dek salah sukat, dapat sikit je choc muffinnya-ada la dalam 15 biji jek (sebijik aku ngap nak rasa tahap kesedapannya hahaha). Pagi ada assignment, so aku tinggalkan je kat 'meja makan' Jelita. Pandai2 lah amik ye kengkawan...^_^
1 jam kemudian
Dapat notification FB, rupanya Ai (grafik Jelita) tag gambar geng2 dok 'belasah' choc muffin kat opis hehehe. So sweet je depa bergambar, suka buat agenda bila aku xde kat opis...x aci betul. Apa pun terima kasih sebab sudi makan ye. Dah, jom layan gambar2 kat bawah ni *_*

| Inilah kejadiannya, choc cupcakes yg dah jadi choc muffin |
![]() |
| Selepas kena ngap 1 biji, tinggal 14 biji ^_^ |
![]() |
| Mcm over moist lak cake ni |
![]() |
| Inilah gambar yg aku maksudkan, tqvm Ai (Aishah Mohd Shah). Juga utk Bazzilah, Yuse, Athirah, Shikin & Fred (satu-satunya 'bunga' dalam department kami)^_^ |
Isnin, 14 Januari 2013
Ahad, 13 Januari 2013
Sabtu, 12 Januari 2013
Semoga Siti Nurhaliza terus istiqomah...
Mengenali penyanyi tersohor ni sejak dia menjadi juara Bintang HMI
1995. Sejak itu, atas nama kerja aku selalu ikuti perkembangannya.
Masih ingat lagi matanya yg merah menahan tangis tatkala diasak pelbagai
soalan mengenai keengganannya bergambar dengan mana2 lelaki. Juga masih
segar dlm ingatan, senyum manisnya nan mesra apabila aku ckp..."nanti
kirim salam mak ye" dan dia jawab, "...amboi baik dgn mak ye".
Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, orgnya cukup menyenangkan, tak lokek senyuman dan selalu berusaha memberi kerjasama yg baik kepada rakan media. Jadi, tak hairanlah apabila dia cukup disenangi rakan2 media lain. Dia juga tak ada perangai 'diva' walaupun sudah berada di taraf antarabangsa. Malah, masih santun menyapa walaupun berstatus VIP. Bukan niat nak puji melambung, tapi sebagai org media, aku cukup senang dgn cara Siti 'melayan' wartawan.
...dan Alhamdulillah, akhirnya pada 11 Januari 2013, Siti terbuka dan rela hati utk bertudung 'sepenuhnya'. Semua dah tahu 'kan Siti bertudung penuh sejak ulang tahun kelahirannya yg ke-34. “Syukur, inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Siti pernah kata dulu, Siti akan berhijab penuh dan ini masanya Siti tunaikan janji itu. Hari jadi Siti yang ke 34 kebetulan jatuh pada hari Jumaat, Siti mengambil keputusan untuk berhijab penuh. Apa-apa pun, Siti tak mahu komen lebih pasal perubahan ini. Cuma, doakan Siti untuk terus melakukan yang terbaik." begitulah lebih kurang kata Siti mengenai perubahan dirinya.
Siti tampil secara 'rasmi' dengan hijab penuh ala Hana Tajima di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara. Pada majlis itu, Siti turut menyumbangkan lagu berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.
Penampilannya cukup manis dan anggun apabila mengenakan gaun nude colour (cokelat lembut) rekaan, Rizman Ruzaini, dipadankan dengan tudung litup rona serupa.Bukan tudung dan gaun saja rona serupa, Siti turut memadankan penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna sama. Semoga Siti terus istiqomah dgn perubahannya dan sama2 kita doakan yg terbaik buatnya.

| So sweet 'ratu hati' Malaysia ni kan |
![]() |
| Bertudung ala Hana Tajima membuat Siti tambah anggun dan bergaya ^_^ |
![]() | |
| 34 penuh hikmah.. |
![]() |
| Siti bertuah kerana disayangi ramai... |
![]() |
| Makin manis Siti sejak bertudung penuh 'kan... |
Langgan:
Catatan (Atom)