.

Jumaat, 16 Disember 2011

Marathon Beto + Geng Surau = M.A.Y.A.T

 Beto versi samseng 'Geng Surau'. Gambar-Google
Apabila deadline bahan dan layout JELITA bungkus secara rasminya semlm, maka aku pun memulakan xtvt 'mengular' dgn alasan nk rehatkan kepala otak yg sekian minggu semak!

Oh...sgtlah seronoknya menikmati detik2 yg santai, damai dan bahagia. Tambah pulak, bos2 xde...makin heaven rakyat jelata menghadapi kehidupan 'aman' mereka. Paling best, utk beberapa hari hokey...x ke sgt heaven tu!

Dekat setengah hari aku pulun download Ost Geng Surau. Serius, aku mmg xde time nk hadap tv...boleh dikatakan xtvt hadap tv lepas balik kerja or pd cuti rehat hujung minggu mmg xde. Ada je benda yg aku kena buat kat umah, so dgn kata lain aku byk tgk movie & ost versi download. Dan jgn le pelik if aku selalu je ketinggalan LRT bab2 citer Melayu nih.

Hokey, berbalik pd Ost Geng Surau yg aku download semlm. Siapa pernah tengok citer ni? Hermmm...time member2 dok gembang pasal ost ni, aku ingatkan drama Melayu versi budak2 punya. Nama pun geng surau khenn...so aku buat dek je la.

Tapi lepas aku dok google pasal Beto, tajuk citer ni terselit kat senarai drama2 lakonannya. So, secara automatiknya aku pun terujalah nk nonton. Maka, gigihlah aku mencari link utk download citer ni. Tapi amik masa gak, cuz bukan selalu aku ada time & boleh skodeng blog2 yg ada kat dlm Internet nih. Pg semlm, aku jumpa 1 blog yg baik punya tempek 20 episod Geng Surau. Wah, sgt meriah rasanya hari2 yg aku lalui semlm (...hehehe hiperbola sgt khenn..!)

Mula2, aku baca review blog tu pasal cerita ni, puji-pujian tu buat aku semakin semangat mendownload sampai khatam (sampai lebam)! Hahaha...sanggup x kuar lunch time, sgt gigih khenn!


Meh, aku nk review gak skit pasal citer nih;-

Dlm ost ni ada lagu yg aku minat-Sepohon Kayu ;-)
Pelakon : Beto Kusyairy, Amran Ismail,Razak Ahmad, Azhan Rani, Sulaiman Yassin (Mat Over), Intan Nur Saina, Zazleen Zulkifli,Zarina Zainorddin, Rosnah Mat Aris, Anita Baharom,Sherin Merlis

Sinopsis:
Selepas tiga tahun meninggalkan kampungnya, Razif cuba menyesuaikan diri dengan suasana kampung dan masyarakat di situ. Tapi, ada orang kampung yang masih tak percayakan Razif terutama Pak Suradi (Mat Over), Pak Abu (Azhan Rani) dan Tok Imam Hisham (Razak Ahmad).

Razif yang semakin matang dan dengan sokongan beberapa rakan karibnya (terutama Uddy) berusaha menambat hati orang kampung dengan mewujudkan pelbagai kegiatan di surau kampung itu. Antara kegiatan yang dilakukan di surau kampung mereka, mengutip derma untuk surau dan mengadakan ceramah agama.

Mereka juga cuba jadikan surau sebagai pusat komuniti masyarakat dan bukan saja untuk mendirikan solat lima waktu. Sepatutnya semua aktiviti kemasyarakatan bermula di surau itu. Sebagai remaja, Razif juga terjerat dalam percintaan, namun cintanya tidak kesampaian. Apabila Razif keluar dari pusat pemulihan, gadis yang dicintai, Azreen (Anita Baharom) bertunang dengan rakan baiknya, Lokman (Amran Ismail). Dan tanpa Razif sedar, Uddy (Intan Nor Saina) sangat menyintainya dan sanggup menunggu serta menerima Razif seadanya. Uddy juga sanggup buat apa saja untuk mengambil hati Razif.

                                                                             ***
Sinopsis versi aku:)
Ost ni mengisahkan Razif a.k.a 'mayat' (lakonan mantap + selamba daripada Beto Kusyairy) bekas samseng 'besar' yang baru keluar dari pusat pemulihan akhlak pulang ke kampung halamannya.

Samseng si ‘mayat’ ni memang tak ingat dunia. Tahap kenakalan Mayat ni mmg bikin org kg ngeri la. Habis kambing Pak Abu lakonan slamba Azhan Rani jadi korban gara-gara si mayat ni. Tu belum lg kes pedajal cikgu kat sekolah dia. Muka dia bila tgh gelak jahat tu...Perghhh...mmg bikin hati panas lah!
Muka 'suci' Razif
Kepulangan dia ke kg sebab nk tebus semula kesalahan yang pernah dilakukan dulu. Kecoh jugaklah time mula2 dia balik ke kampungnya tu. Ramai yg takut, mana tak nya, satu kampung dah tahu mayat tu samseng besar.

Tapi, rupa-rupanya mayat ni betul2 dah berubah jadi baik.  Dia x nk org panggil Mayat lg, tp Razif. Dia juga berusaha sama ajak orang berbuat baik. Lama-kelamaan org kg boleh terima dia.

Selain Beto, dlm citer ni aku suka watak Uddy ( Intan Nor Saina). Watak dia cuba pikat hati Razif mmg menjadi (so sweet & gedik hahahaha). Sebenarnya, Uddy ni mmg minat dekat Razif  dari kecil lg. Mcm2 dia buat, tp aksi dia cuba ngorat Razif masa kecik mmg lawak dowh. Cute n menggelitis jek tgk aksi dia. Hahaha...kecik2 dh gedik! Hehehe...

Si Uddy ni punya la setia kat Razif, tahap kat mana ada Beto eh...Razif, kat situ sure la ada Uddy. Walaupun dlm hati ada taman warna warni bagai, dia tak mengaku  sukakan Razif. Kesian pulak tgk Uddy bila dapat tahu, Razif berbaik balik dgn Azreen (Anita Baharom). Mmg Uddy sentap habis sampai. 

Waktu Razif kembali pada Azreen, Uddy dah jarang ikut ke mana Razif pergi. Mungkin sebab dh terbiasa Uddy ada, lepas tu tetiba xde Razif tercari-cari  kelibat Uddy. Hmmm...biasalah khenn, time ada depan mata mcm xde rege...apabila xde tercari2 la pulak!

Dipendekkan cerita, lepas beberapa eksiden...maka terbongkar segala rahsia pasal Azreen, time ni barulah Razif sedar siapa selama ini yg setia kat dia. Selain itu, aku gelak habis tgk gelagat Abg Imam, Cikgu Suradi dan Abu. Mmg senak perut dowh tgk feel depa nih.

Overall, tak rugi tak Geng Surau ni...banyak pengajaran, tapi perkembangan setiap watak dan plotnya mmg best la.. selebihnya, kalau korang nk tau kena la nonton sendiri. Lg pun lain org, lain pendapat dan cita rasanya khenn!

Mek Mulung (Part 2):..

Dlm entry sebelum ni (mengenai Mek Mulung), aku dah cerita serba sikit kan. Tetiba semlm, time dok skodeng news kat Mstaronline terselit jugak berita mengenai Mek Mulung Cahaya Bulan. Wah, mcm tahu2 je aku dok mencari info sama. Kalau korang terlepas baca Mstaronline, kat bawah ni aku tempek beritanya. Jom layan...

Mek Mulung versi II (Kredit: Mstaronline/Bernama):

Mempertahankan Teater Tradisi Mek Mulung
KUALA LUMPUR: Seni teater tradisional Mek Mulung jarang-jarang sampai ke telinga masyarakat.
Mungkin hanya kelompok tertentu sahaja yang biasa mendengar atau tahu mengenainya seperti golongan pengkaji dan pencinta seni dan budaya, penggiat teater dan segelintir masyarakat di negeri Kedah, negeri asal kelahiran Mek Mulung.

Terdapat pelbagai versi mengenai asal usul seni teater ini. Sepintas lalu, dramatari Mek Mulung berasal dari mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman.

Nama Mek Mulung berasal daripada perkataan 'mek' iaitu panggilan bagi gadis-gadis, sementara perkataan 'mulung' pula ialah nama hutan tempat bermulanya persembahan ini.

Ia diperkenalkan oleh puteri raja yang berada dalam buangan di hutan bersama dayang-dayangnya.

Lagu-lagu dan cerita-ceritanya direka oleh dayang-dayang bagi menghiburkan hati tuan puteri yang dibuang raja kerana dikatakan bakal membawa malang.

Sehinggalah si puteri dewasa dan mengetahui sendiri cerita dan persembahan itu lalu mereka keluar dari tempat pembuangan sehingga sampai ke negeri Kedah.

Menurut buku Sejarah Asal Mek Mulung terbitan Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan, Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia yang diterbitkan pada 1983, Mek Mulung pada mulanya tersebar di kampung Paya Kulubi, kemudian ke Perik, Kedah.

Malangnya, sambutan masyarakat di Perik terhadap persembahan ini tidak menggalakkan. Kemudian, ia dibawa ke Wang Tepus dan mendapat perhatian penduduk seluruhnya. Kini, persembahan teater tradisional ini dipersembahkan setiap tahun di Wang Tepus.

Selain itu, Mek Mulung juga khabarnya berasal dari Legor, Siam kemudian di perkenalkan di Kedah ketika berlaku persengketaan Kedah-Siam. Tempat mula-mula ia diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang.

Seterusnya permainan ini berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra Kedah.

Hampir menyamai Mak Yong
Persembahan Mek Mulung seakan-akan sama seperti Mak Yong yang membawa watak-watak seperti Raja, Permaisuri, Awang Selamat dan Awang Pengasuh, Inang dan watak antagonis yang memiliki magis.

Watak Rajanya masih lagi memegang seikat rotan yang digelar 'rotan ke tujuh'(dalam Mak Yong digelar rotan berai) manakala prop lain yang digunakan adalah topeng untuk watak peran, golok (diperbuat daripada kayu), dan sebatang kayu yang disebut tongkat wak.

Selain lakonan dan dialog-dialog yang mencuit hati, persembahan tarian dan nyanyian turut menjadi elemen utama dalam persembahan ini.

Tidak ada persembahan mengadap rebab seperti Mak Yong tetapi pementasan dimulai dengan tarian Duduk Bersimpuh dan Makan Sireh.

Jika Mak Yong mempunyai berbelas-belas cerita manakala Mek Mulung hanya berulang-ulang kepada lima kisah seperti Cahaya Bulan, Malim Bongsu dan Dewa Muda.

Dipentaskan kembali KSPP
Langkah Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) untuk mempersembahkan kembali pementasan teater Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB) yang pernah dipentaskan KSPP pada tahun 2002 dahulu, adalah satu usaha yang amat baik bagi memberi peluang kepada generasi muda menghayati seni warisan yang telah dipelopori oleh tokoh Mek Mulung Allahyarham Saleh Embut dari Kampung Wang Tepus.

Teater tradisional yang berasaskan bahasa dan loghat harian Kedah dan sesekali diselitkan loghat Melayu Patani ini diterbitkan oleh Hartini Hj Abdullah dan diarahkan oleh Roslee Mansor serta dibantu oleh A Sam Palal sebagai koreografer, Noorlela Mohd Hashim sebagai jurulatih vokal dan Abdul Rohni Mat Noor sebagai pengarah muziknya.

Seramai 60 artis budaya dan pemuzik KSPP akan terlibat dalam pementasan ini.Pementasan teater ini diiringi dan dibantu oleh beberapa alat muzik tradisional seperti gong, canang, gendang, rebana anak, rebana ibu, seruling, kompang dan gamelan bagi menghidupkan lagi pelbagai suasana dan emosi yang cuba disampaikan barisan pelakon dalam MMCB ini.

Menurut pengarahnya, Roslee Mansor pihaknya masih mengekalkan elemen utama dalam persembahan Mek Mulung terutamanya dari segi watak, nyanyian dan tarian serta bahasa.

Bagaimanapun jenaka yang dituturkan oleh watak Awang Selamat dan Awang Pengasuh serta para inang diselitkan dengan unsur jenaka yang lebih semasa agar mudah difahami dan diterima oleh khalayak terutama golongan muda.

"Bukan mudah untuk mementaskan teater tradisional yang telah berusia lebih 500 tahun ini. Jika dahulu persembahannya bersambung sehingga tiga malam, kami pula menjadikannya kepada persembahan dua jam," jelas Roslee yang mengekalkan beberapa lagu seperti Duduk Bertimpuh, Makan Sireh dan Sedayung.

Ini adalah kali kelima Roslee mengarahkan Mek Mulung dan berpendapat teater tradisional ini agak kurang dikenali kerana tidak ramai yang meneruskan tradisi persembahan ini. Mak Yong menjadi lebih terkenal kerana para pengkaji seni lebih cenderung ke arah itu.

"Jika Mak Yong telah dikenali sehingga diiktiraf sebagai Karya Agung Dunia oleh UNESCO, kita juga perlu mempertahankan Mek Mulung agar dikenali sebagai satu lagi warisan seni tanahair," katanya yang turut berasa lega kerana Mek Mulung telah dijadikan satu daripada silibus pengajian di Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

Secara ringkasnya, MMCB mengisahkan pengorbanan Putera Cahaya Bulan terhadap permaisurinya, Puteri Nang Mara yang berjaya ditawan oleh Raja Gergasi. Puteri Nang Mara yang mempunyai kesaktian berjaya ditawan oleh Raja Gergasi.

Puteri Nang Mara diculik Raja Gergasi kerana hasrat Raja Gergasi untuk meluaskan kuasa pemerintahannya sering dihalang oleh Puteri Nang Mara.

Manakala Cahaya Bulan pula pula telah dipanah dan dihanyutkan ke sungai. Saat-saat pergolakan dan cemas itu akan dapat disaksikan dengan pelbagai konflik yang menarik dan mendebarkan.

Persembahan ini akan diiringi dengan gerak tari yang penuh kelembutan, lakonan teater yang mantap, jenaka yang bersahaja dan nyanyian menggetar jiwa, hasil gandingan jitu semua artis budaya Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS.

Nabil & Razali Hussain dlm MMCB-Gambar Sinar Harian
Nabil dan Razali Husin teraju utama
MMCB juga menampilkan Nabil 'Raja Lawak' yang akan berganding dengan Masri 'Mari Menari' bagi watak Awang Selamat dan Awang Pengasuh. Nabil yang ditemui Bernama selepas sesi latihan di Studio Rampaisari, KLCC melahirkan rasa gembira dalam debar kerana ini adalah teater tadisional pertama yang dilakonkannya.

"Saya memang seronok terlibat dalam pementasan ini. Bagaimanapun lawak yang dibuat perlu dikawal dan tidak sebebas cara saya berlawak dalam teater komersil. Memang pada awalnya saya langsung tidak mengetahui apa itu Mek Mulung.

"Pertama kali mendengar tentang Mek Mulung, saya terpaksa bertanya dan menonton kembali pementasan-pementasan sebelum ini," jelas Nabil yang mengharapkan dapat menarik peminat-peminatnya terutama golongan muda datang menonton Mek Mulung.

Razali Hussain yang pernah memberikan persembahan cemerlang dalam Muzikal Uda & Dara di Istana Budaya turut diundang bagi memegang teraju utama sebagai Putera Cahaya Bulan. Razali akan berganding dengan Haslinda Ali, artis budaya serba boleh dari KSPP yang memegang watak Puteri Nang Mara.

Bagi Razali Mek Mulung lebih mencabar kerana ia jarang ditonton dan diketahui. Malah, beliau sendiri melakukan kajian dan menonton Mek Mulung di Youtube sebelum bersetuju menggalas watak Raja Cahaya Bulan di dalam teater tardisional ini.

"Apapun saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang berusaha mempertahankan teater tradisi ini," katanya.

Mek Mulung Cahaya Bulan akan menemui penonton tiga hari berturut-turut bermula dari 16 -18 Dis 2011 di auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan ini berharga RM40, RM30 dan RM20 dan boleh ditempah melalui melalui KKSP di talian 03-23312733 atau faks 03-23311444 atau layari atau hubungi 03-41478600.

Orang ramai juga boleh menghubungi 019-2726213 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kehadiran orang ramai amat dialu-alukan terutama dalam usaha kita mengekal dan memartabatkan warisan bangsa yang semakin sepi ini. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menyokong dan memeliharanya.

Syabas juga untuk seluruh warga kreatif KSPP kerana dengan usaha mereka, seni ini akan berkembang.

Jangan kelak, teater tradisional Mek Mulung hanya dapat dilihat di muzium dan dikenali melalui bahan bacaan sahaja. - BERNAMA

Khamis, 15 Disember 2011

Akhirnya Norish Karman bersuara...

Selepas bermcm2 gosip dan tohmahan lantang yg menjejaskan nama baik dia dan keluarga, akhirnya pelakon serba boleh Norish Karman muncul dan bersuara. Memang, adakala diam lebih baik tetapi ada sesetengah hal kita perlu bersuara sebelum makin dipijak2. Berita kat bawah ni aku petik daripada Mstaronline. So layan apa kata Norish mengenai gosip yg didakwa melampau melanda diri dia.

Gambar Mstar
(Tuduhan Hamil Luar Nikai Aib Pada Norish Karman)

KUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman, 35, (Norish) menyifatkan laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga.

Norish atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman, berkata sekalipun dakwaan liar itu tidak asing baginya yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia lakonan, ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

“Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.

“Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?” luahnya kepada mStar Online.

Tambah pelakon filem Sayang Salmah ini, walaupun provokasi dan dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.

“Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.

“Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini,” katanya.

Katanya, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil luar nikah.
Aksi Norish menyampaikan monolog Bukan Dejavu nukilan Ismail Kassan pada Festival Monodrama di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember lalu.

“Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan.

“Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula.

“Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Norish berkata dia sudah tidak sabar untuk melancarkan album sulungnya yang memuatkan tujuh hingga lapan trek lagu.

Album tersebut bakal diterbitkan oleh barisan komposer popular termasuk Damien V.E, Johari Teh dan Manan Ngah.

Hasil perkahwinan aktres Singapura itu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan, dan Putri Hany Amanda, tujuh.


Untunglah peminat rock...

(Ella, Awie Kongsi Pentas Untuk Sebuah Konsert Rock) 

Kolaborasi Ella-Awie dinantikan. Gambar-Mstar
KUALA LUMPUR: Ratu rock negara, Ella menyatakan rasa teruja apabila dapat berganding dengan vokalis kumpulan Wings, Awie dalam sebuah konsert pada Januari depan.

Ella berkata, walaupun telah lama mengenali Awie dan pernah membuat persembahan bersama, Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia itu adalah konsert pertama yang menggandingkan mereka berdua.

"Ella tidak berfikir panjang ketika menerima tawaran untuk menjayakan konsert ini bersama-sama Awie kerana ia adalah peluang besar untuk berganding dengannya dalam sebuah konsert yang sama," katanya ketika ditemui sidang media konsert berkenaan di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Ella berkata, dia masih berbincang dengan pengarah muzik konsert itu, Edrie Hashim mengenai pemilihan lagu untuk dipersembahkan kerana terlalu banyak lagu yang diminati oleh peminat.

Ujarnya, dia perlu berhati-hati dalam memilih lagu yang akan dibawa kerana tidak mahu peminat berasa terkilan jika tidak menyanyikan lagu yang disukai mereka.

"Ella ada lagu yang diminati dan peminat ada lagu yang mereka inginkan. Jadi ia sedikit sukar," ujarnya.

Pun begitu, Ella berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk berduet dengan Awie menerusi lagu Baldu Biru yang sebelum ini tidak pernah dinyanyikan secara langsung di hadapan peminat.

"Selain Baldu Biru, Awie dan Ella akan menyanyikan beberapa lagu duet yang dipilih daripada koleksi lagu-lagu kami sendiri," ujarnya.

Hans-Gambar Mstar
Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia bakal diingati oleh peminat.

Sementara itu, Awie menyifatkan konsert tersebut adalah sebuah pengiktirafan dan penghormatan daripada seorang rakan kepada seorang kawan yang lain.

Katanya, dia terharu apabila rakan baiknya, Hans Isaac sudi untuk menerbitkan konsert tersebut yang dianggap sebagai hadiah buat dirinya dan Ella.

"Ini adalah satu tanggungjawab besar buat saya dan Ella. Sudah pasti kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan oleh Hans," ujarnya.

Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012. Dalam konsert itu sebanyak enam persembahan akan diadakan oleh mereka.

Memasang hasrat - Hans Isaac
Sementara itu Hans Isaac, mengakui teruja dapat menerbitkan sebuah konsert khas untuk dua rakan baiknya itu.

Hans berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk menerbitkan sebuah konsert sejak menubuhkan syarikat produksi Tall Order Productions (TOP) lima tahun lalu.

"Selepas hampir lima tahun baru kini saya berpeluang menerbitkan sebuah konsert khas dan ia seperti melaksanakan sebuah impian.

"Tambah manis apabila konsert itu nanti bukan sahaja menampilkan dua legenda dan ikon dalam genre rock tetapi juga mereka adalah sahabat baik saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hans berkata, pemilihan Awie dan Ella adalah berdasarkan kekuatan mereka yang memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dan masih digemari oleh peminat.

Hans berkata, Edrie Hashim akan mengetuai persembahan pada malam itu di samping Ujang Exists (drum), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (percussion), Kudin dan Jason Voo (keyboard).

"Semua pemuzik adalah yang terbaik dalam alatan masing-masing untuk persembahan itu nanti dan sudah pasti ia tidak akan mengecewakan," ujarnya.

Tiket untuk Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia telah pun mula dijual pada 14 Disember dengan harga dari RM40 hingga RM450 dan tempahan tiket boleh dibuat melalui www.TICKET2U.BIZ atau boleh menghubungi 03-4147 8600. (Sumber berita: Mstaronline)

Rabu, 14 Disember 2011

Mek Mulung (Part 1)...

Aku bakal dapat 2 keping tiket free pementasan Mek Mulung Cahaya Bulan drpd sorg kwn baik juga pelakon teater tu. Disebabkan aku tak pernah tgk teater Mek Mulung sebelum ni, jd aku gigih mencari sumber mengenai teater yg dikatakan ada sedikit persamaan dgn MakYong. Kalau MakYong aku dah biasa tgk, dah belajar serba sedikit mengenainya waktu menjadi pelajar di ASK (Aswara) dulu.

Jadi, utk tak mengganggu tumpuan aku waktu menontonnya nanti, jadi aku pun tanya Mr. Google dan baca ulang kaji semula nota yg lepas2. So, apa yg korang baca kat bawah ni adalah hasilnya. Kalau ada kesilapan fakta, tak yah gigih nak saman aku pulak. Apa yg aku tempek kat sini cuma antara hasil carian aku daripada pelbagai sumber. Harap maklum. 

Gambar: NST
Mek Mulung versi 1:
Mek Mulung (atau Mek Mulong) ialah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di Kedah Darul Aman. Juga menjadi hiburan rakyat di negeri itu sejak zaman dahulu lagi.

Mek Mulung adalah satu adunan kesenian yang menggabungkan unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan. Meskipun seimbas lalu persembahannya kelihatan begitu mudah, tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya. Menurut satu laporan seorang pengamal kesenian Mek Mulung yang didakwa waris terakhir, ada himpunan sebanyak 20 cerita hikayat asal, namun sedikit sahaja masih kekal.

Sejarah Mek Mulung
Mek Mulung dikatakan berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di Kedah ketika berlaku persengketaan antara Kedah dan Siam. perttama diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang. Seterusnya berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah.

Asal-usul Mek Mulung
Kononnya pada zaman dahulu, ada sebuah keluarga miskin yang menjadikan hiburan sebagai sumber pendapatan. Seorang lelaki bernama Pak Mohor membuat sejenis alat muzik yang dipanggil geduk dan memalunya dengan gaya Menora. Isterinya pula membuat gendang dan memalunya cara Mak Yong. Sementara anak mereka bernama Mek Julung membuat sejenis alat muzik yang diberi nama semborong dan memalunya di sekeliling kampung.

Suatu hari, dalam keghairahan memalu semborongnya, Mek Julung tiba di tengah hutan. Di situ dia bertemu anak raja bernama Cahaya Bulan. Cahaya Bulan telah dibuang negeri lantaran hasutan seorang ahli nujum yang meramalkan bahawa dia akan menimbulkan malapetaka di dalam negeri.

Cahaya Bulan tertarik hati dengan persembahan Mek Julung, lalu baginda dan pengikutnya turut sama bermain dengan menambahkan lagi alat muzik sedia ada. Akhirnya kumpulan ini dinamakan Mek Mulung.

Persembahan
Persembahan Mek Mulung dimulai dengan upacara "bertabuh" di mana semua alat muzik dimainkan serentak. Selepas sepuluh minit, baru lagu pembukaan yang dikenali sebagai lagu "bertabik" dimainkan.

Lagu bertabik dimulakan  ketua kumpulan dan disambut ahli kumpulannya. Lagu ini dikatakan sebagai memberi penghormatan kepada segala keramat, jin, guru sebelumnya  dan para dewa. Sementara itu, tiga orang puteri akan menyanyi sambil menari. Tarian yang ditarikan, wujud dalam pelbagai bentuk; ia dibezakan gerak jari dan tangan bagi satu bentuk. Biasanya lima hingga tujuh jenis tarian akan dipersembahkan. Tarian-tarian itu ialah:

    1. Tarian Sembah
    2. Tarian Gambang
    3. Tarian Puteri Mabuk
    4. Tarian Menora
    5. Tarian Sirama
    6. Tarian Puteri Masuk Bilik Air
    7. Tarian Sedayung

Selesai tarian ini, maka selesailah lagu bertabik dan tamatlah satu senoh (1) dalam satu persembahan Mek Mulung. Setelah tamat satu senoh, pencerita akan memulakan hikayatnya. Peranan peristiwa ini dilakukan Pak Mulung. Pencerita dalam persembahan Mek Mulung sama seperti Tok Dalang dalam persembahan Wayang Kulit. Bezanya Tok Dalang menggerakkan patung wayang kulit sebagai pelakon manakala dalam teater Mek Mulung, pencerita turut sama berlakon dengan pelakon lain. Semua pertukaran adegan atau perpindahan suasana di dalam cerita dilakukan dengan cara nyanyian beramai-ramai. Nyanyian ini disertai pantun yang menarik. Permainan biasanya berlangsung sepanjang tiga malam atau lebih.

Persediaan
Sebelum sesuatu persembahan dijalankan, diadakan dulu upacara buka panggung. Upacara ini bertujuan agar semua pemain dan keseluruhan persembahan berjalan dengan selamat tanpa sebarang gangguan.

Bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah sirih pinang, kemenyan dan minyak kelapa. Sirih dijampi dan diserahkan kepada pemain untuk dimakan, terutama puteri. Kemenyan digunakan untuk mengasap segala jenis alat muzik sementara minyak kelapa pula disapu pada gendang. Selepas itu, alat muzik ini tidak boleh dilangkah.

Upacara buka panggung ini dilakukan setiap kali mengadakan persembahan. Biasanya upacara buka gelanggang dilakukan di tempat persembahan, tetapi ia juga boleh dilakukan di rumah sebelum permainan dimulakan.

Nyanyian
Selain daripada lakonan dan tarian, nyanyian juga nadi pada persembahan Mek Mulung. Di antara lagu yang biasanya didendangkan ialah :

   1. Timang Welo
   2. Lagu Berjalan
   3. Anak Udang
   4. Raja Beradu

Adakalanya terdapat beberapa lagu popular rakyat seperti "Canggung" dan "Dondang Sayang" yang didendangkan di mana ia adalah suatu unsur baru yang dibawa masuk sebagai satu langkah untuk menarik perhatian penonton.

Pakaian
Pelakon dan penari dalam persembahan Mek Mulung memakai pakaian tertentu. Raja atau Pak Mulung memakai sepasang baju Melayu, bersamping songket, sehelai tengkolok, sibai iaitu selampai penutup bahu dan dada, ikat bengkung serta sisipan sebilah keris pada bahagian pinggang.

Peran (Awang) memakai pakaian biasa; sama ada sehelai kain pelekat dan ikat pinggang dengan baju "singlet" ataupun berseluar dan berbaju biasa. Bagaimanapun mereka mesti mempunyai sehelai kain bebat pengikat pinggang dan memakai topeng. Topeng inilah yang membezakan watak dan tugas masing-masing.

Tok Wak pula biasanya memakai kain biasa disamping memakai topeng berwarna hitam. Sementara itu watak Inang memakai kain bersama sehelai penutup kepala. Penari pula memakai baju kebaya labuh persis pakaian seorang wanita.

Bentuk Cerita
Kebanyakkan cerita yang terdapat dalam persembahan Mek Mulung adalah cerita yang mereka anggap benar dan pernah terjadi pada zaman dahulu. Unsur jenaka mendapat tempat dalam lakonan Mek Mulung dan biasanya dibawa  watak peran. Pelakon mengambil peristiwa seharian sebagai bahan jenaka. Bagaimanapun, keaslian jalan cerita tetap tidak dipesongkan.

Di antara cerita yang sering dimainkan ialah :

   1. Lakon Afrit
   2. Batak Putih
   3. Cahaya Bulan
   4. Malim Bongsu
   5. Dewa Muda

Tarian
Tarian adalah suatu aspek penting dalam persembahan Mek Mulung, seperti teater tradisi yang lain. Tarian adalah unsur penting dalam cerita dan persembahan Mek Mulung. Penari juga digunakan sebagai "korus" terutama apabila berlaku adegan dalam cerita.

Tarian dimulakan sebaik sahaja selesainya lagu bertabik. Setiap gerak tari diiringi irama muzik. Penari memulakan tarian ketika duduk di lantai dengan cara membuka sembah. Kemudian berdiri dan terus melangkah membentuk sebuah bulatan. Tarian diakhiri susunan sembah ketika duduk.

Pelakon-Pelakon
Raja atau Pak Mulung adalah watak utama dalam persembahan Mek Mulung. Dia dibantu tiga Orang Peran iaitu Peran tua, Peran Muda, Peran Kiau, seorang ahli nujum yang dipanggil Tok Wak, seorang Inang dan beberapa orang penari.

Jumlah Peran adakalanya lebih dari tiga orang. Keadaan ini bergantung pada ahli kumpulan yang hendak bermain pada satu-satu masa. Meskipun begitu, watak peran tambahan hanya dikenali sebagai "peran" sahaja tanpa apa-apa gelaran khusus. Semua pelakon adalah terdiri daripada lelaki.

Pelakon Mek Mulung tidak mendapat latihan berlakon secara khusus, mereka rata-ratanya memiliki kebolehan semula jadi disamping sedikit latihan. Latihan biasanya dijalankan pada waktu malam. Selepas waktu Isyak, ahli kumpulan akan berkumpul di rumah ketua kampung untuk mengadakan latihan apabila hendak megadakan sesuatu persembahan.

Kebanyakan anggota kumpulan Mek Mulung terdiri daripada kaum keluarga dan saudara-mara. Justeru, mereka melantik orang yang tertua di kalangan mereka untuk menjadi ketua. Tua dalam erti kata usia, kedudukan dalam keluarga dan pengalaman dalam persembahan Mek Mulung.

Mek Mulung tidak menggunakan skrip. Cerita atau hikayat disimpan dihafal untuk dijadikan panduan dan juga pedoman semasa membawakan sesuatu lakonan. Tidak ada pengarah khas yang dilantik dalam menjayakan persembahan Mek Mulung, namun masing-masing memahami dan tahu tanggungjawab serta peranan masing-masing.

Bahasa pengucapan dalam persembahan Mek Mulung adalah bahasa Melayu harian loghat Kedah serta di selang-seli loghat Melayu Patani. Dialog dituturkan secara spontan dan biasanya watak peran akan membangkitkan perkara yang berlaku pada setiap hari sebagai bahan untuk mencuit hati penonton.

Peralatan Muzik
Alat muzik yang digunakan dalam persembahan Mek Mulung terdiri daripada :

        * Semborong = 1
        * Ibu Semborong = 2
        * Anak Semborong = 1
        * Gong = 1
        * Serunai = 1
        * Cerek = 2 hingga 3
(Dulu terdapat juga "canang" dan "kesi" dalam senarai alat muzik Mek Mulung.)

'Set' dan 'Prop'
Persembahan Mek Mulung tidak menggunakan apa-apa "set". Semua "setting" hanya dibina pelakon mengikut imaginasi masing-masing. Sementara "Prop" yang digunakan adalah topeng untuk watak peran,golok (diperbuat daripada kayu),seikat rotan yang dipanggil "Rotan Ke Tujuh", dan sebatang kayu yang disebut "Tongkat Wak"

Sembah Guru
Selain daripada upacara buka panggung pada setiap kali sebelum persembahan, satu lagi upacara yang penting di dalam teater Mek Mulung ialah Upacara Sembah Guru. Acara ini lebih besar daripada acara buka panggung dan diadakan sekali dalam setahun.

Upacara Sembah Guru yang berlangsung selama 3 malam ini adalah upacara tahunan yang mesti diadakan. Kalau tidak, besar kemungkinan para ahli kumpulan Mek Mulung akan ditimpa bencana terutamanya ketua kumpulan.

Upacara sembah guru bermula dengan majlis kenduri. Seekor kambing akan disembelih untuk tujuan ini. Kemudian barulah persembahan Mek Mulung diadakan. Kebiasaannya pada malam pertama, lakonan hanya akan diadakan sedikit sahaja. Lakonan ini disambung pada malam berikutnya dan ditamatkan pada malam ketiga. Pada malam terakhir inilah ramuan untuk persembahan kuasa ghaib disajikan dan terdapat pula ahli kumpulan yang "melupa". Ketika ini orang sakit akan diusung masuk ke dalam bangsal untuk berubat.

Selasa, 13 Disember 2011

Banjir oh banjir...

KL dilanda banjir kilat-Gambar Google
Cerita & berita versi carian di Google:
Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Hujan lebat selama lebih satu jam sejak pukul 4 petang itu juga  menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk.

Sebelum ini, kawasan sekitar Jalan Tun Razak itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 23 orang kanak-kanak berumur antara tiga bulan hingga 9 tahun serta tiga orang guru sebuah taska di Jalan Semarak diselamatkan dalam operasibanjir kilat.

Seorang Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek dan Jinjang bergegas ke tempat kejadian dan sebuah bot digunakan apabila air dari Sungai Bonus melimpahi tebing sehingga mencecah 1.5 meter.

"Selepas selesai memindahkan kesemua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu," katanya.

Paras dada
Seorang guru, Rodiah Yahya, 28 ketika ditemui berkata, air naik begitu cepat hingga memaksanya memindahkan kanak-kanak ke tingkat dua taska tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Air naik sampai paras dada..nasib baik sudah letak kanak-kanak ke tingkat dua..kami juga sempat selamatkan barang-barang dari dihanyutkan... selepas setengah jam, ada anggota bomba datang membantu kami," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Business Operation TM Training Centre Abdullah Othman, 51, berkata, sebanyak lima buah kereta dan tiga buah motosikal  tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tersebut.

"Sepanjang 29 tahun saya di sini, inilah yang terburuk..sudah dua kali berlaku banjir di mana yang pertamanya pada Februari tahun ini...pada ketika itu 67 kereta tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Jalan Semarak mendapati lampu jalan tidak berfungsi manakala trafik perlahan serta beberapa buah kereta tersadai kerana rosak akibat banjir.

Dalam pada itu, sebahagian Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia digenangi air sehingga menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan yang teruk.

Rupa KL dilanda banjir, agaknya mcm mn di Bangkok yg dekat 2 bln banjir tu? Gambar-Google
Terowong ditutup
Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Mohd Noor pula berkata selain Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak, jalan lain yang terlibat termasuk Jalan Kuching, sekitar Taman Wahyu, Bulatan Dato Onn berdekatan Bank Rakyat dan sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas.

Bagaimanpun katanya semua jalan boleh dilalui apabila banjir mulai surut pada pukul 7 malam.

Bernama juga melaporkan laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup kepada semua lalu lintas lebih tiga jam mulai jam  4.35 petang berikutan hujan lebat di ibu negara.


Penutupan itu dilakukan oleh Pusat Kawalan Trafik Motorway (MCC) Terowong SMART bagi membolehkan penyalurkan air ke kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di pusat bandar raya. Bagaimanapun, terowong itu dibuka semula pada pukul 8 malam tadi.

Hujan lebat bermula dari jam 3.15 petang dan berhenti sepenuhnya pada jam 7.20 malam sehingga menyebabkan beberapa buah stesen hujan di Lembah Klang mencatatkan bacaan hujan tinggi terutamanya di kawasan tadahan Sungai Bunus dan di hulu kawasan tadahan Sungai Klang.

MCC dalam kenyataan berkata stesen yang memberi bacaan tinggi ialah Stesen Sekolah Menengah Pendidikan Khas Jalan Genting Klang (141mm), Stesen Sungai Klang di Jalan AU 3/1 (90mm), Stesen Sungai Kerayong di Jalan Kuari (90.5mm) dan Stesen Sungai Klang di Jalan AU 5C/6 (65mm).

"Hujan lebat di kawasan tadahan SMART telah mengakibatkan paras air di Sungai Klang dan Sungai Ampang meningkat dan mengaktifkan operasi kawalan banjir SMART," menurut kenyataan itu.

Mencecah 28.63 meter
Kenyataan itu menyebut bacaan tertinggi paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 28.36 meter direkodkan pada jam 5 petang hampir mencecah paras tebing sungai itu iaitu 30.24 meter.

"Jika air melebihi paras 30.24 meter, beberapa kawasan tumpuan di ibu negara seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Ampang akan ditenggelami air sebagaimana yang berlaku pada masa lalu sebelum wujudnya Terowong SMART," katanya.

MCC berkata banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan kawasan sekitarnya pula disebabkan  kawasan tadahan Sungai Bunus mencatatkan jumlah bacaan hujan sebanyak 141 mm, sekali gus menyebabkan limpahan air di kawasan berkenaan.

Warga KL diuji kesabarannya, baru sikit kita dh 'meroyan'-Gambar Google
Cerita &  berita versi aku:
JAM 8.15 mlm, aku gerak dr opis (Tmn Desa, Jln Klang Lama) nk menghala ke Danau Kota, Setapak. Ikutkan nk balik awal, lg pun tak berapa nk ada bahan urgent yg perlu diproses. Tambah lg, mood disentap ‘perempuan sihir’ (…part ni nanti2 la gua cerita k).

Hujan renyai2 halus ketika tu, udara pun dingin semacam…maklumlah baru habis hujan maha lebatnya sejak jam 4.40 ptg. Biasanya, dr Jln Klang Lama aku ambil jalan menghala ke Istana Negara. Waktu mcm selalunya tak jem sgt dh, tp mlm ni lain mcm skit…masuk je simpang tu terus tersendat kat tgh2. Kemudian aku terpandang papan pemberitahuan, katanya (tertulis kat situ la maksudnya)… “Banjir kilat di depan Pusrawi”. Oh sudah!

Pandang kereta kiri kanan pemandunya semua bermuka stress + campur lapar sekali agaknya ;-p! Aku pun cepat2 amik jln menghala ke Muzium Negara pulak, selalunya bila jln sebelah atas jem aku akan pintas ke jln sebelah bawahnya. Jauh la skit, tp lebih baik berbanding tersumbat dlm jem tu.

Masuk jln tu pun jem jugak, mcm mn nk balik ni??? Kemudian masuk je jalan menghala ke Bangunan Mara, kereta dah bersusun depan mata…3 line semuanya tersumbat. Bunyi hon membingitkan telinga. Adoyai, stressnya otak gua!

Nk selamatkan masa, aku pancung masuk ke jln menuju Kg Baru. Hope2, tak la jem sgt. Tp hampeh, sama je kaedahnya! Dekat 20 minit tersumbat tgh jalan tu, barulah aku terfikir nk masuk AKLEH. Huh! Lembab lak otak aku ni memproses data2nya…lapar kot !

Masuk AKLEH & bayar tol RM1.50, perjalanan sedikit lancar. Alhamdulillah, Cuma time masuk Jalan Jelatek je tersumbat sikit. Tp ok la, x teruk mcm kat jln2 utama tgh bandar td.

Sampai ke kat parking lot, dekat kul 11mlm. Mak ai…lama betul. Agaknya kalau x pintas sana…x pancung sini sure x sampai2 lg. Badan sgt penat tp tetap berselera nk mkn. Malas nk masak, aku beli ayam goreng McD jek. Kebetulan kat umah ada rambutan setengah masak…sedap sgt!

Hujan dan banjir, jgn lah selalu dtg…sian kat kami ni. Apa pun syukur sbb aku selamat sampai rumah walaupun terlewat dr waktu biasa. Alhamdulillah.

Ahad, 11 Disember 2011

Selamat pengantin baru Chef Riz & Ana Dahlia

Sgt sweetkan couple nih...
Rasanya mcm baru semlm bersembang dgn Chef Wan (Datuk) yg superduper bz di 'konti dapur'. Walaupun anaknya sibuk nak naik pelamin, tapi beliau masih sibuk ke sana ke mari memenuhi undangan (aku jumpa Chef Wan time asimen kat Delicious, Marc Residence).

Dialog kami:
Aku: Amboi maintain sibuk walaun anak nak naik pelamin x berapa hari je lg...(ayat basa-basi waktu skodeng Chef Wan di dapur)?


Chef Wan (Datuk): Dah biasalah sibuk mcm ni, tapi dlm kepala ni mcm2 ada...jgn tak dtg tau bila dpt jemputan nanti.

Sayangnya aku dihantar buat liputan ke luar KL, jadi tak dapat menghadiri majlis anak bujangnya itu dan hari ni aku bukak Mstaronline, sudah pun keluar berita mengenai pernikahan anaknya, Chef Riz dgn pelakon cantik, Ana Dahlia. So sweet je mereka berdua ni. Ok kita layan berita yg aku petik juga dari web sama.

PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.
Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.
Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Seri pengantin baru-Ana Dahlia