.

Khamis, 30 Jun 2011

Bangkok Part II...

Sempat posing before selesai 1 segmen fashionshoot.
Arghhh...sgt penat, lemas...lemau..lembik...flat...semua ada la beb! Tp keje tetap kena keje, x boleh larik mn2 melainkan tetiba masuk ICU atau disahkan cacat anggota terutama mata dan tangan. So selagi masih normal, maka bekerjalah kita sekuatnya!

Hari kedua (27-29 June 2011) di Bangkok, dgn perasaan yg berbaloi dan tak cukup tido + x cukup rehat, masih harus mengerah keringat. Kepala dok berdenyut2 x ingat dunia, tp terpaksa tahan sebab hari ni kena pulun shoot semua baju2 yg di bawa dr KL. Nasib aku baik, cuz 'model'nye pandai bergaya...adik manis yg dibawa khas dr KL...pelakon baru yg sedang hangat diperkatakan-Fathia Latiff...ala heroin ost Stanza Cinta lakonan abg besar (Aaron Aziz) tu.

Pagi2 aku dh kejutkan Fathia bangun utk makeup, dlm jam 8 pagi siap makeup dan kami semua sarapan dulu. Tak byk yg boleh dimakan, faham2 je la ada kat luar M'sia kena hati2 bab mkn. Berbekalkan 2 keping roti dan telur rebus, aku dan jurugambar (PP) memulakan hari sibuk kami. Bekerja di bawah terik mentari bukan sesuatu yg menyeronokkan, tp aku sedar pekerja2 buruh yg tekun buat bangunan lebih sengsara daripada kami. Alhamdulillah, seksa kami x seberapa sgt berbanding mereka-insaf nih.

Model ni dr China, tp buat modeling di kota Bangkok. Kecil molek tp pandai bergaya, dan aku posing lg-lega selesai akhirnya.
Lokasi fashionshoot yg bertukar dr satu tempat ke satu tempat, sungguh memenatkan. Nk senyum pun terasa kelat, jd aku dan PP lebih byk diam dan bekerja drpd bersembang. Kalau berckp pun hal2 penting yg membabitkan sesi fashionshoot kami. Kebetulan kami sgt lapar (tak sembat nk mkn mknan yg disediakan sebab mengejar masa dan matahari-manalah selera nk mkn dlm keadaan terkejar2).

Tepat jam 6 ptg, selesai semuanya. Alhamdulillah...lega! Ahli rombong sibuk nk p shopping bagai, tp aku dan PP terbayang2 kesedapan makan nasi dan meneguk air dingin. Ujian sungguh, tp redha je la sebab bila buat kerja membabitkan lebih 3 org ni kena jaga semua-x boleh ikut kepala kjita jek.

Tempat aku 'shopping' air.
Cuma yg buat aku terasa hati sgt bila kena marah hanya kerana pergi beli air-org yg buat air tu lambat sgt-dekat 15 minit menunggu baru air yg aku dan PP order siap. Membebel2 ahli rombongan atas kelambatan yg x aku sengajakan. Aku cuma pergi beli air bukan pergi shopping kasut or baju-berjam2 kerja bawah matahari x kan x paham keadaan kami? Oh manusia...mcm2 ragam kan!

Lepas masih2 buat muka, aku redha je la. Rupanya ada yg x puas hati sebab lambat nk p tempat shopping yg dituju. OMG, kesiannya kasihan! Aku sungguh tak faham. Hmmm,..!!!

Selasa, 28 Jun 2011

Si gajah putih yg x putih...

Bersama Fathia, Irma Hasmie, Zul Fazli (makeup artist), bos restoran Cili Padi Fahmi & Myra...bos aku, Sarimah Husin
Urusan kerja sekali lagi, aku berlepas ke Kota Bangkok utk 3 hari 2 mlm bermula 27 Jun-29 Jun 2011. Kali ni agak ramai yg ikut serta, eh mmg la trip ini aku bersama bos yg rancang. Jd, kami bawa bersama 2 artis yg tgh naik daun-Irma Hasmie & Nur Fathia (Stanza Cinta).

Tgh tunggu BTS (mcm LRT) nk ke mall mencuci mata
Sesekali best gak buat rombongan cik bedah ni, tp mcm biasalah 'pecah' kepala mengatur jadual kerja. 3 hari 2 mlm waktu yg sgt singkat utk buat mcm2. Seawal jam 5am (waktu M'sia 6am) aku dah bangun uruskan semua benda...gosok baju...susun padanan yg sesuai...sediakan aksesori...gantung dlm beg biar senang nk pikul...jam 6am kejutkan artis pulak utk dimakeup...kalau lambat makeup lambatlah start shooting.

Perkataan Bangkok je yg aku paham...lain2 x yah paham la
Mmg sgt penat n mengantuk, nak pulak sebelum berlepas aku pulun siapkan deadline...mmg sengsara otak aku bulan ni...kesian kat otak nanti kita rehat la ye...mungkin raya nanti boleh cuti lama skit.

Sepanjang berada di Kota Bangkok, byk sungguh pengalaman best n x best, tp redah sj nama pun kerja...meroyan pun x guna...umpama tepuk air atas dulang nanti terpercik kat muka sendiri (...eh betul ke peribahasa ni, cam x kena tempat jek...lantak la...).

Dlm perjalanan nk p tempat shooting, di Ayuthaya yg ambil masa 2 jam utk sampai...bapok jauh!
Mlm, kedua sempat merayap sekejap...kebetulan ada yg sudi bwk jln...boleh la beli ole2 utk kengkawan terutama yg dok pesan baju I Luv Bangkok tu...hehhehee. P outstation kali ni terasa sgt2 nk balik KL secepat mungkin...tensionnya Tuhan jek tahu...nama jer writer tp semua benda nk kena buat...huh apa la nasib...apa pun x bolehhhh

Mcm ni la rupe Thai Massage, sgt best rugi x cuba kalau p Thailand.
Malas la nk cerita pjg2, nanti makin diingat makin dicerita...semakin parah luka kat hati aku ni. Apa pun setiap benda yg aku lalui ada pengajarannya, semua tu buat aku jd lebih positif memandang hidup...aku x kan sekali2 mengaku kalah...biar sesakit mana pun dugaan yg dtg...aku akan tabah mengharunginya...cewah...bermotivasi la sgt!

...dan apa pun, Bangkok tetap best di mata aku...paling best dpt ke spa n buat Thai Massage selama 2 jam dgn harga cuma RM45. Mmg murah, tp best...Foot Massage pun best RM15 jek...mknan...aku n kengkawan rela jln kaki p restoran anak M'sia, Cili Padi. Bila makan cam ada kat KL lak...layannnn sgt sedap.

Jumaat, 24 Jun 2011

Khamis, 23 Jun 2011

Jumaat, 20 Mei 2011

Kenangan yang 'sakit'...

...betul ke kena pindah ni???

Mood mcm rojak sejak 2-3 minggu ni hanya kerana kena pindah rumah! Ye, kena pindah rumah. Bukan sebab kena halau dek tuan rumah, tp sebab aku bakal buat satu anjakan paradigma yg cukup besar dalam hidup aku akhir bulan ni. Jadi, mahu tak mahu…suka tak suka, aku kena pindah jugak hukhukhuk!

Sgt sedih apabila memikirkan aku kena pindah rumah. Lama dowh aku dok menyewa kat Taman Permata 2, Ulu Kelang ni. ..dekat 10 thn (3 rumah dlm tempoh tu) dan rumah yg aku duduk skrg ni dah 6 thn aku ‘tumpang menyewa’.

Aku cukup suka kawasan perumahan ni, semua kemudahan tersedia dan dekat2 belaka terutama pasar raya dan bank (mmg strategic, kan…sbb tu aku syg sgt2). Dulu aku menyewa area sini sebab dkt dgn tempat kerja, jln kaki dah sampai…mmg jimat belanja. Lepas tu, apabila aku kena ulang-alik bekerja di Jakarta, Indonesia. Aku tetap tinggal di sini, tak rasa nk pindah mana2 pun.

Skrg, apabila aku kerja di Taman Desa, Jln Klang Lama, aku masih mahu dan selesa tinggal menyewa di kawasan ni. Walaupun jauh juga dgn tempat kerja, tp aku masih mahu menyewa di sini. Malah, sanggup pulak beli kereta semata2 x nk tinggalkan kawasan ni.

Sungguh, di sini bersemi byk kenangan yg aku tak mungkin lupa sampai bila2. Kenangan yg sgt abadi, yg aku xkan mampu lupa buat selamanya. Dan aku pasti, semua kenangan dan pengalaman yg aku dpt sepanjang tinggal di kawasan ni akan terpahat kukuh di hati.

Waktu di mana aku belajar menjadi gadis dewasa, yg perlu berdikari utk menyara hidup…susah senang tanggung sendiri. Begitu juga waktu aku kenal kawan2 yg banyak mengajar aku menjadi manusia dewasa dan matang, terutama Zarul. Sungguh, aku sgt rindukan saat2 itu. Di mana kami sama2 membentuk masa depan demi mengubah kekurangan diri dan meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kurang. Namun, kami sgt gembira dan sgt teruja.

...cukup x suka sesi pindah2 neh!!!
Tuhan, tak sanggup rasanya utk aku tinggalkan semua ini. Setiap kali aku teringat satu persatu peristiwa yg terjadi dlm hidup aku di sini, airmata ini menitis tanpa mampu kukekang lg. Berjurai setiap kali mengenangkan kesungguhan dan kebaikan Zarul yg x pernah berkira soal penat lelahnya sepanjang persahabatan kami (kami sgt2 BFF okeh). Paling penting, dialah sahabat paling setia dan dekat yg selalu ada apabila aku perlukan bahu utk menangis.

Susah aku nak teruskan menaip ayat demi ayat, airmata tak berhenti mengalir. Jadi, apa kata aku berhenti menaip setakat ini dulu. Kalau ada jiwa dan rasa, aku sambung lagi ye.

Jumaat, 13 Mei 2011

Jatuh cinta lagi...

My Girlfriend Is A Gumiho...

Minggu ni sgt bz, but aku masih ada masa lg melayan korean ost. Dua minggu lepas aku 'rembat' My Girlfriend Is A Gumiho drpd budak opis si Fettry...kira dia antara 'pembekal' ost korea yg menjadi mangsa aku..hehehehe.

Aceli, byk giler brg nk dikemas, nk dipunggah, nk dibuang bagai...tp x dak mood nk buat...rasa mcm sedey nk meninggalkan dunia bujang pun ada gak. So, dlm dok sibuk2 tu aku layan blues sambil menonton citer ni...ceciter...ceciter...hehehe.

Citer ni berkisar mengenai seorg gadis jelita (Gumiho), dia ni serigala jadian yg nk hidup di alam manusia n nk jadi manusia. Kebetulan ada satu mamat ni dtg kat sebuah kuil tempat si Gumiho tinggal. Si Gumiho ni paksa mamat ni lukis 9 ekor pd lukisan yg tergantung kat dlm kuil tu...dgn ini bebaslah si Gumiho.

Dek kerana itu jugak, dia asyik berkepit dgn si mamat ni...kira mcm kembar...mana mamat ni p dia mesti ikut sampai mamat ni rimas...(pelik gak pasal si gumiho ni punya la cun...). Nk tau citer selanjutnya korang kena tgk sendiri...(sadis x) hahahaha.

Inilah cinta entah ke berapa kali aku...kahkahakah i like hehehehe
Apa pun citer ni mmg boleh layan, cuz aku suka watak Gumiho yg mcm budak x cukup umur...kadang2 terlebih pandai n kadang2 blur tu...paling aku suka mamat seorang lg ni...punya la smart n hensem...kerana dia la aku terus melekat dpn pc...(cuz watak heronya kureng gituh...)...sampai aku ckp dlm hati, kan bagus kalau dianya yg jd hero...baru best.