...betul ke kena pindah ni??? |
Mood
mcm rojak sejak 2-3 minggu ni hanya kerana kena pindah rumah! Ye, kena
pindah rumah. Bukan sebab kena halau dek tuan rumah, tp sebab aku bakal
buat satu anjakan paradigma yg cukup besar dalam hidup aku akhir bulan
ni. Jadi, mahu tak mahu…suka tak suka, aku kena pindah jugak hukhukhuk!
Sgt
sedih apabila memikirkan aku kena pindah rumah. Lama dowh aku dok
menyewa kat Taman Permata 2, Ulu Kelang ni. ..dekat 10 thn (3 rumah dlm
tempoh tu) dan rumah yg aku duduk skrg ni dah 6 thn aku ‘tumpang
menyewa’.
Aku
cukup suka kawasan perumahan ni, semua kemudahan tersedia dan dekat2
belaka terutama pasar raya dan bank (mmg strategic, kan…sbb tu aku syg
sgt2). Dulu aku menyewa area sini sebab dkt dgn tempat kerja, jln kaki
dah sampai…mmg jimat belanja. Lepas tu, apabila aku kena ulang-alik
bekerja di Jakarta, Indonesia. Aku tetap tinggal di sini, tak rasa nk
pindah mana2 pun.
Skrg,
apabila aku kerja di Taman Desa, Jln Klang Lama, aku masih mahu dan
selesa tinggal menyewa di kawasan ni. Walaupun jauh juga dgn tempat
kerja, tp aku masih mahu menyewa di sini. Malah, sanggup pulak beli
kereta semata2 x nk tinggalkan kawasan ni.
Sungguh,
di sini bersemi byk kenangan yg aku tak mungkin lupa sampai bila2.
Kenangan yg sgt abadi, yg aku xkan mampu lupa buat selamanya. Dan aku
pasti, semua kenangan dan pengalaman yg aku dpt sepanjang tinggal di
kawasan ni akan terpahat kukuh di hati.
Waktu
di mana aku belajar menjadi gadis dewasa, yg perlu berdikari utk
menyara hidup…susah senang tanggung sendiri. Begitu juga waktu aku kenal
kawan2 yg banyak mengajar aku menjadi manusia dewasa dan matang,
terutama Zarul. Sungguh, aku sgt rindukan saat2 itu. Di mana kami sama2
membentuk masa depan demi mengubah kekurangan diri dan meneruskan
kehidupan dalam keadaan serba kurang. Namun, kami sgt gembira dan sgt
teruja.
...cukup x suka sesi pindah2 neh!!! |
Tuhan, tak sanggup rasanya
utk aku tinggalkan semua ini. Setiap kali aku teringat satu persatu
peristiwa yg terjadi dlm hidup aku di sini, airmata ini menitis tanpa
mampu kukekang lg. Berjurai setiap kali mengenangkan kesungguhan dan
kebaikan Zarul yg x pernah berkira soal penat lelahnya sepanjang
persahabatan kami (kami sgt2 BFF okeh). Paling penting, dialah sahabat
paling setia dan dekat yg selalu ada apabila aku perlukan bahu utk
menangis.
Susah
aku nak teruskan menaip ayat demi ayat, airmata tak berhenti mengalir.
Jadi, apa kata aku berhenti menaip setakat ini dulu. Kalau ada jiwa dan
rasa, aku sambung lagi ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan