.

Jumaat, 20 Mei 2011

Kenangan yang 'sakit'...

...betul ke kena pindah ni???

Mood mcm rojak sejak 2-3 minggu ni hanya kerana kena pindah rumah! Ye, kena pindah rumah. Bukan sebab kena halau dek tuan rumah, tp sebab aku bakal buat satu anjakan paradigma yg cukup besar dalam hidup aku akhir bulan ni. Jadi, mahu tak mahu…suka tak suka, aku kena pindah jugak hukhukhuk!

Sgt sedih apabila memikirkan aku kena pindah rumah. Lama dowh aku dok menyewa kat Taman Permata 2, Ulu Kelang ni. ..dekat 10 thn (3 rumah dlm tempoh tu) dan rumah yg aku duduk skrg ni dah 6 thn aku ‘tumpang menyewa’.

Aku cukup suka kawasan perumahan ni, semua kemudahan tersedia dan dekat2 belaka terutama pasar raya dan bank (mmg strategic, kan…sbb tu aku syg sgt2). Dulu aku menyewa area sini sebab dkt dgn tempat kerja, jln kaki dah sampai…mmg jimat belanja. Lepas tu, apabila aku kena ulang-alik bekerja di Jakarta, Indonesia. Aku tetap tinggal di sini, tak rasa nk pindah mana2 pun.

Skrg, apabila aku kerja di Taman Desa, Jln Klang Lama, aku masih mahu dan selesa tinggal menyewa di kawasan ni. Walaupun jauh juga dgn tempat kerja, tp aku masih mahu menyewa di sini. Malah, sanggup pulak beli kereta semata2 x nk tinggalkan kawasan ni.

Sungguh, di sini bersemi byk kenangan yg aku tak mungkin lupa sampai bila2. Kenangan yg sgt abadi, yg aku xkan mampu lupa buat selamanya. Dan aku pasti, semua kenangan dan pengalaman yg aku dpt sepanjang tinggal di kawasan ni akan terpahat kukuh di hati.

Waktu di mana aku belajar menjadi gadis dewasa, yg perlu berdikari utk menyara hidup…susah senang tanggung sendiri. Begitu juga waktu aku kenal kawan2 yg banyak mengajar aku menjadi manusia dewasa dan matang, terutama Zarul. Sungguh, aku sgt rindukan saat2 itu. Di mana kami sama2 membentuk masa depan demi mengubah kekurangan diri dan meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kurang. Namun, kami sgt gembira dan sgt teruja.

...cukup x suka sesi pindah2 neh!!!
Tuhan, tak sanggup rasanya utk aku tinggalkan semua ini. Setiap kali aku teringat satu persatu peristiwa yg terjadi dlm hidup aku di sini, airmata ini menitis tanpa mampu kukekang lg. Berjurai setiap kali mengenangkan kesungguhan dan kebaikan Zarul yg x pernah berkira soal penat lelahnya sepanjang persahabatan kami (kami sgt2 BFF okeh). Paling penting, dialah sahabat paling setia dan dekat yg selalu ada apabila aku perlukan bahu utk menangis.

Susah aku nak teruskan menaip ayat demi ayat, airmata tak berhenti mengalir. Jadi, apa kata aku berhenti menaip setakat ini dulu. Kalau ada jiwa dan rasa, aku sambung lagi ye.

Jumaat, 13 Mei 2011

Jatuh cinta lagi...

My Girlfriend Is A Gumiho...

Minggu ni sgt bz, but aku masih ada masa lg melayan korean ost. Dua minggu lepas aku 'rembat' My Girlfriend Is A Gumiho drpd budak opis si Fettry...kira dia antara 'pembekal' ost korea yg menjadi mangsa aku..hehehehe.

Aceli, byk giler brg nk dikemas, nk dipunggah, nk dibuang bagai...tp x dak mood nk buat...rasa mcm sedey nk meninggalkan dunia bujang pun ada gak. So, dlm dok sibuk2 tu aku layan blues sambil menonton citer ni...ceciter...ceciter...hehehe.

Citer ni berkisar mengenai seorg gadis jelita (Gumiho), dia ni serigala jadian yg nk hidup di alam manusia n nk jadi manusia. Kebetulan ada satu mamat ni dtg kat sebuah kuil tempat si Gumiho tinggal. Si Gumiho ni paksa mamat ni lukis 9 ekor pd lukisan yg tergantung kat dlm kuil tu...dgn ini bebaslah si Gumiho.

Dek kerana itu jugak, dia asyik berkepit dgn si mamat ni...kira mcm kembar...mana mamat ni p dia mesti ikut sampai mamat ni rimas...(pelik gak pasal si gumiho ni punya la cun...). Nk tau citer selanjutnya korang kena tgk sendiri...(sadis x) hahahaha.

Inilah cinta entah ke berapa kali aku...kahkahakah i like hehehehe
Apa pun citer ni mmg boleh layan, cuz aku suka watak Gumiho yg mcm budak x cukup umur...kadang2 terlebih pandai n kadang2 blur tu...paling aku suka mamat seorang lg ni...punya la smart n hensem...kerana dia la aku terus melekat dpn pc...(cuz watak heronya kureng gituh...)...sampai aku ckp dlm hati, kan bagus kalau dianya yg jd hero...baru best.

Selasa, 19 April 2011

Motivasi diri...

Beberapa minggu lepas, aku terjumpa sajak ni.
Menarik & buat aku byk berfikir.
Cuba korang baca n fikir2 kan jugak...hehehehe

SIKAP
Semakin lama saya hidup, semakin saya sedar
akan pengaruh sikap dalam kehidupan

Sikap lebih penting daripada ilmu,
daripada wang, daripada kesempatan,
daripada kegagalan, daripada kejayaan,
daripada apapun yang mungkin dikatakan
atau dilakukan seseorang.

Sikap lebih penting
daripada penampilan, kurnia, atau keahlian.
Hal yang paling menakjubkan adalah
Kita memiliki pilihan untuk menghasilkan
sikap yang kita miliki pada hari itu.

Kita tidak dapat mengubah masa lalu
Kita tidak dapat mengubah tingkah laku orang
Kita tidak dapat mengubah apa yang pasti terjadi

Satu hal yang dapat kita ubah
adalah satu hal yang dapat kita kawal,
dan itu adalah sikap kita.

Saya semakin yakin bahawa hidup adalah
10 peratus daripada apa yang sebenarnya terjadi kepada diri kita,
dan 90 peratus adalah bagaimana sikap kita menghadapinya.

Kesimpulannya: Seluruh pilihan terletak di tangan Anda, tiada JIKA atau TETAPI. Andalah pengemudinya. Andalah yang menentukan JALAN HIDUP ANDA…!

Sabtu, 16 April 2011

Down...

Akhir2 ni rasa down jek, tp aku tetap cuba melewati rintangan ini satu persatu. Cuba damaikan hati dgn bersenam sekitar rumah termasuk memanjat bukit2 kecil di area wangsa maju.

Xtvt tu agak agresif utk aku, nk pulak sehari dua ni tekak rasa mcm terbakar, sadisnya boleh bau darah waktu bernafas. X tau knp & aku hanya abaikan je keadaan tu...malas nk pk, yg aku buat cuma minum air mineral sebyknya dan elakkan makan pedas...huh...seksanya!!!

Apa pun tahap emosi aku kala ini...aku mesti kuat + mesti hidup dgn sikap positif, sbb aku yakin saat bahagia n perasaan bahagia akan datang dlm hidup aku suatu saat nanti. Ya, aku selalu berasa beruntung krn aku percayakan prinsip tu...cuba lah!!!

Selasa, 29 Mac 2011

Mistakes...

"Mistakes - call them unexpected learning experiences." 

...yesss...we all make mistakes...the difference is how uyou look at the mistake
...do u learn from it, do u take action to correct it? 
...ur attitude towards any mistakes u make will make a big difference in youur r life
..keep a positive outlook, learn from ur mistakes, 
and don't hesitate to take action to correct mistakes u have made.