.

Khamis, 10 Disember 2020

Resipi Kari Sotong




Kredit resipi:  June Ahmad

Hai hampa!!

Harini kami xmasak2 lg... penin pikiaq nak masak apa... 🙄
Saja share... gulai @ kari sotong... kot laa hampa pun ketandusan idea nak masak2... hari2 dok tenung periuk ja sambey pikiaq nak masak apa... kannnn... 🙄😂😂
Bahan2: 🐝🐞
⚘Sotong
⚘Kunyit serbuk
⚘5 sudu rempah kari daging
** blh juga guna rempah kari ikan (ni guna rempah daging sbb ada boh kerisik)
⚘2 biji ubi kentang
** xnak boh kentang, blh ja boh kcg panjang@kcg buncis
⚘2 sudu kerisik
⚘10 bj cili padi
⚘1 labu bwg besar
⚘3 kpg asam gelugur
⚘Garam
⚘Gula sikit
⚘Minyak secukupnya
Bahan tumis: 🐝🐞
⚘5 ulas bwg putih (hiris)
⚘5 ulas bwg merah (hiris)
⚘Halia sikit (hiris)
⚘1 kulit kayu manis
⚘2 bunga lawang
⚘4 bunga cengkih
⚘3 buah pelaga
⚘2 tangkai daun kari

Cara:
⚘Basuh sotong n toskan...

⚘Panas sedikit minyak... masuk semua sotong dlm kuali... boh serbuk kunyit... masak sekejap... angkat masuk bekas lain...

⚘Panas minyak... masuk bhn tumis, dah kekuningan masuk rempah kari... tumis hingga pecah minyak (tambah air 3,4 kali dan tumis lg hingga rempah betul2 masak dan pecah minyak)...

⚘Kentang masuk sekali masa tumis rempah td... biar empuk...

⚘Pastu masuk semua sotong n airnya td...

⚘Masuk asam keping, garam, gula, kerisik...

⚘Dah didih masuk bwg besar, cili padi, daun kari... siapppp !!!!!
** ni resepi tanpa santan... kalau nak boh santan pun ok ja... ikut citarasa hampa... 😊
*** kuah sukahati laa korang nak pekat ke cair... ikut selera msg2... 😊😊
🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿

Rabu, 9 Disember 2020

Resipi Kuih Sagu


Kredit resipi:  Amy Kor 

Kuih sagu.

Bahan:
Sagu 1 cawan basuh Dan tos airnya.
2 cawan air.
Sehelai daun pandan
6-8 sudu gula makan.
2 sudu makan pati sirap.


Cara buat:
1. Masak dlm kuali/periuk bersama daun pandan.
Sampai air kering 

2. Masukkan dalam loyang.

3. Kukus sehingga masak.sejukkan.

4. Kukus 1/2 biji kelapa.

5. Gaul kuih sagu yg siap dikukus bersama kelapa yg siap dikukus .

Siiiiap💖

Rabu, 9 Oktober 2019

Oktober Yang Terpilu


Tarikh hari ini, kalau boleh aku tak mahu ingat langsung. Sejak beberapa peristiwa hitam berlaku pada tarikh ini, aku off telefon. Hilang seketika daripada media sosial.


Walau tak ramai yang tahu atau perasaan, aku berusaha keras hilangkan diri hanya untuk melindungi emosi sendiri.


Bagi aku secara peribadi, tiada yang manis di bulan OKTOBER.


Walau aku berkongsi Oktober yang sama dengan arwah Abah ( Tuan Remli Tuan Ibrahim), tetapi Abah tak ada. Banyak hal yang aku terkilan dan rasa sangat berdosa membabitkan Abah. Sampai sekarang, aku masih mampu maki diri sendiri dek rasa itu.


Pada tarikh sama seperti hari ini, aku kehilangan seorang sahabat. Biar kami berlainan bangsa, tetapi dia istimewa dalam hati aku. Becca, aku rindu kau.


Oktober, tiada lagi ucapan manis daripada seorang TTM. Aku tahu dia di mana, tetapi aku tak boleh lagi mendekatinya. 


Dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini aku masih dalam 'hidup dan emosi' sama menyambut #Oktober ,


Aku masih tak mampu mengucapkan #HelloOctober . 


Oktober, masih lagi menjadi yang terpilu dalam hatiku. Merangkul kemas dan kejab.


Maafkan aku.

Sabtu, 5 Oktober 2019

Jemputan


Buat apa Uolls petang minggu gini? Makan, lepak...tidur?

Bestnya.

Kerja?

Oh, samalah kita. Bukan gila bekerja, tetapi perlu berkerja. Sebab, niat hati dan masuk umur 50-55 tahun nanti, boleh tumpu pula pada hobi.

Apa hobi kau orang?

Kalau aku, berkebun, travel, menulis dan membaca. Bunyinya macam biasa dan membosankan. Iya, begitulah. Masing-masing dengan hobi dan kesukaan sendiri. Mungkin sama, cuma tak serupa.

Jadi, sekarang ni kita pulunlah kerja. Buat sehabis baik, kerah tenaga, usaha dan semangat. InsyaAllah, pasti ada hasilnya.

Memandangkan banyak benda nak diurus, jadinya dapat masuk sekejap saja di sini. Biasanya menaip di blog waktu malam. Sayangnya, sampai jam 2-3 pagi pun kerja tak habis lagi.

Oh ya, sebelum terlupa. Nak jemput kau orang layari portal baru tempat aku bekerja. Bacaan free aje, kalau rajin komenlah. Semoga mendapat manfaat bersama. Kalau ada cadangan, beritahu eh.

Jemput masuk GAYA360.COM dan subscribe youtube

Terima kasih banyak-banyak.

Wassalam.

Jumaat, 27 September 2019

Lama...Lama sangat!


Ya Tuhan...

Lama sangat tak masuk sini. Tak tahu apa yang disibukkan sampai terbiar sepi rumah perasaanku ini.

Rumah yang sedia menanti, hanya aku saja yang tak kunjung munculkan diri. Jangankan batang hidung, bayang pun entah ghaib ke mana pergi.

Sibuk?

Entah.

Memanglah sibuk, tapi sepatutnya ada aje masa untuk masuk ke sini. Sibuk tu barangkali cuma alasan nak sedapkan hati sendiri yang rasa bersalah dek perbuatan lupa diri.

Dulu, di sinilah tempat simpan dan kumpul segala rasa. Bahagia, sedih, kecewa, gembira... Semua tumpang berteduh di sini.

Dua tahun menghilang, tak tahu ghaib lesap ke mana.

Aku ada je, belum mati lagi.

Masih ada rasa nak berkongsi, cuma dari hari ke sehari dok bertangguh nanti dan nanti.

Harapnya, ini tak terhenti di sini.

Akan datang lagi dan lagi, berkumpul di sini.

InsyaAllah.

Aku cuba... Wahai hati.

Cuba...

Datang lagi...

Nanti...


Rabu, 4 Januari 2017

"Bila terakhir kali kau sedekah?"


Petang tadi macam biasa, lepas kerja aku call Pak Yusof, teman ngeteh bawah pokok cermai, tepi surau, Setapak. Biasanya kami lepak malam. Memandangkan aku ada kerja malam ni, jadi aku ajak Pak (Pak Yusof) ngeteh awal sikit.

Macam biasa, kalau jumpa Pak tak sah kalau tak kena 'basuh'. Pak memang akan kasi 'cuci' bersih kepala otak aku yang selalunya berkeladak dengan macam-macam hal (semua nak simpan, tak nak buang...sayang...hahahaha).

Bersama 2 gelas teh tarik kurang manis, aku dan Pak bersembang macam-macam topik termasuk hal sedekah.

"Bila kali akhir kau sedekah?"

Aku sengeh. Aku tahu, Pak ada modal nak 'membasuh' aku petang ni. Jadi, aku yang tengah sarat dengan beban kepenatan hanya mampu senyum dan serah diri.

"Kau sakit, kau bersedekah. Kau susah, sedekah. Kau susah hati, tertekan...kecewa, marah, sedih...sedekah. Tak banyak pun tak apa, paling penting sedekah tu 'sampai kat hati perut' kau. Jangan ingat bila ada duit saja kena bersedekah. Kau ada RM5, kau sedekah RM2.

"Pak cakap ni kau jangan nak sengeh-sengeh saja. Buat! Tu, bawak kereta jangan macam pelesit kena simbah air yasin. Mati ko nanti, sapa nak teman Pak ngeteh?"

#Pak Yusof, teman ngeteh bawah pokok cermai tepi surau, Setapak.

Isnin, 2 Januari 2017

Merai sahabat...

Lama betul sahabat sorang ni tak datang rumah. Kelmarin dia sms kata nak singgah rumah, bawa anak dan isteri sama. Gumbira betul, macam biasa dia 'order' #nasiberlauk #gulaiikantongkol dan #sambaludangpetai. So, pagi lagi dah berperang kat dapur. Pencuci mulutnya nanti cuma tembikai dan puding jagung.

Mula-mula masak yang susah dulu, Gulai Ikan Tongkol. Susah tu bukan pasal apa, kena perah santan bagai. Lepas perap kelapa parut dengan air panas, baru blend dan perah. Kemudian, tumbuk rencahnya. Barulah terjunkan dalam periuk. Tak lama mana, dalam 15-20 minit siap seperiuk.

Lepas tu, masak pulak Sambal Udang Petai. Ini senang sebab semalam dah siapkan cili kisar. Jadi, pagi ni cuma tumbuk bawang je. Lebih kurang 10 minit dah siap sekuali. Semerbak wangi satu rumah bau petai. Aduhai.

Puding Jagung aku dah sediakan malam tadi (lupa snap gambar). So, potong-potong letak dalam pinggan. Tembikai pun potong sekali. Siap. Air sirap sama air suam. Siap.  Harap dia sekeluarga puas hati.