.

Isnin, 21 Julai 2014

Ramadan kian beranjak pergi...

Gambar ni view dari bilik belakang rumah aku...setiap pg dan petang ni pemandang yg aku nampak. Allahu Akbar, terima kasih Allah kerana memakbulkan impian aku nak tgk #langitpetang hari-hari.
Hurmmm...kita nak raya tak berapa hari je lagi 'kan. Sekejapan je sepurnama Ramadhan, setahun tunggu...pejam celik...sebulan berlalu. Cepatnya masa meninggalkan kita dan betullah..."Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)" Al-Qur'anul Karim; Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)

Serius, aku paling suka Ramadhan, rasa damai, puas dan gembira nan tiada taranya. Sukar diluahkan melalui kata-kata. Penat, lapar dan dahaga tak terasa...5.30pg-7.30ptg terlalu pantas berlalu. Sedar tak sedar, sehari demi sehari Ramadhan beranjak pergi.

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Tahun ni perjalanan Ramadhan yg aku lalui bertambah indah. Kalau tahun2 sebelum ni asyik berkejar masa yg tak menentu, sampai rumah selalu sgt melepasi waktu berbuka. Lepas sahur sibuk nak cover tido, kendian pening2 lalat bgn Subuh...terus pecut 'si kecil molek' aku ke pejabat. Time kerja pulak, memang tak kira hang puasa ke tak...redah semua. Berpanas, berhujan...angkut baju bila ada photoshoot...gigih proses bahan dan buat call walaupun perut tgh berdondang syg...huish...betul2 mencabar kemampuan dan kesabaran.

...tetapi dunia kewartawan itu tetap sebati dan serasi dgn diri aku sampai ke hari ini. Tak pernah sekali-kali berniat nak tinggalkannya. Cuma sekarang, pengurusan masa lebih baik...teraturlah berbanding sebelumnya. Aku lebih suka dengan jadual kerja sekarang, paling penting urusan 'bertemu' Allah terjaga. Setiap pagi ada waktu utk Dhuha dan lain-lain. Alhamdulillah. Terkurang sana sini, itu biasa. Pentingnya, kena yakin semuanya milik Allah. Allah knows better.

Sekarang, selain bertugas menyumbang artikel utk web portal www.inspirasimagazine.com , ada tempahan cake dan cookies juga sebagai sumber pendapatan sampingan. Alhamdulillah. Ini jalan yg aku pilih, semoga mendapat redha Allah. Aamiin...Aamiin...Aamiin.






Ahad, 20 Julai 2014

Budi bahasa dah pupus ke...

Tadi, singgah beli paper A4 kat satu Mall berdekatan rumah. Kemudian, masuk 1 butik pakaian, ramai org kat dlm. Aku terus ke bahagian baju kanak2, niat nak tgk baju utk anak2 buah yg berempat. Tgh belek2, nampak seorang pelanggan disergah.

Jurujual: Tak boleh ambil gambar! (Nada suara jurujual perempuan tu kasar dgn muka ketat)

Pelanggan: Oh sorry. (Tak sure dia sempat snap atau tak gambar patung baby yg pakai baju putih dgn perut ala2 boroi sikit. Pelanggan tu berdiri di sebelah sy, belek2 baju & dia senyum2 segan)

Tak jauh dari tempat kami berdiri, jurujual perempuan tu terjerit2 memanggil rakan sekerjanya.

Jurujual: Mana yg lain? (Suara kasar, muka masih ketat)

Rakan jurujual: Yang lain mana? Akak cari siapa?

Jurujual: Siapa2 je lah. Tu, ada orang snap gambar! (Mukanya kerjung, sumpah tak lawa!)

...dan aku mula panas hati di situ. Bukan nak jadi hero, cuma nak 'cuci' sikit perangai dia.

Aku: Cik, pelanggan tadi tu cuma snap gambar patung saja...bukan mencuri. Sound elok2 tak boleh? Ini bukan cara orang Melayu, jurujual lagi. Pls...pakai adab. Lagipun dia lebih berusia daripada awak, hormat sikit. Baru orang hormat kerja awak walaupun cuma jurujual.

Jurujual: Dia buat salah, kenalah ckp. Sini tak boleh ambil gambar!

Aku: Betul, sini bukan tempat ambil gambar. Tapi boleh guna cara elok sikit 'kan. Dia pelanggan butik ni. Ramai orang nampak cara awk tadi, awak dah malukan dia.

Jurujual: Ah, dia yang 'perak', patung pun nak snap!
Aku: Patutlah awak layak jadi jurujual aje!

Aku tahu, aku tak patut pun masuk campur. Aku tak jadi beli baju yg dah dipilih 3 pasang. Letak dan keluar dari butik. Serius panas hati, cara manusia sekarang berkomunikasi semakin 'nazak'.

Tengah ralit membelek buku dalam book store, seorang perempuan menyapa.

"Dik, terima kasih ye tadi."

Oh rupanya si pelanggan dari butik baju tadi. Kami bersalaman, di tangannya tak ada pun paper bag/plastik daripada butik tempat dia ditemplak tadi. Hurmmm...

Sabtu, 19 Julai 2014

Jom, operasi bersihkan sawang...

Allahu Akbar, penuhnya lahai sawang dlm blog aku ni...setiap penjuru bersawang. Sorrylah ye penunggu blog, dikerjakan dek pemunya blog yg mencapai kemalasan dan 'kebizian' tahap dewa. Tgh2 mlm baru ada idea nak mengarang, 'sentip' kita, wak!

Eh...Assalamualaikum...Hollaa...selamat pagi...selamat petang...selamat malam wahai chenta hati hamba semua. Maafkan aku sebab lama sgt 'berkabung' tak muncul2 ye. Kepada yg tanya khabar aku secara personal kat ,email tu terima kasih byk2 atas keprihatinan awk2 semua.  Aku terharu sebenarnya, mula2 sorang je yg dok main berbalas email. Kendian, muncul seorang demi sorang. Ohman! Serius Uolls2 semua rindu aku? (...ding...geding ding-ding...ding geding-ding...hehehe joget gedik skit)

Jangan kata Uolls, Iolls pun rindu-rinduan dengan blog ni. Sygnya, dek kekangan masa, tugas, dan segala bagai alasan memaksa aku 'mengekang' hasrat nak menaip-naip di sini. Muncul pun on n off je...sorry ye.

Oh ya, uolls apa khabar ? Sihat hendaknya, ye. Aku? Aku ni mcm biasa je la, entah bila kala nak kurus...walau semedang je sakit sana sini...tak jugak slim mcm Rita Suraya (model cun yg selalu muncul dlm majalah Glam tu &  dia antara model yg aku suka 'panggil' time fashion shoot di majalah Jelita dulu).

Oklah...hari ni kita pakat kemas sikit2 dulu ye ruang blog ni, nak mop apa patut, nak kilatkan apa perlu...kasi bersinar blk. Uolls semua jgn tinggal Iolls tau...nanti Iolls muncul lagi di lain entry ye...Assalamualaikum *_*

Sabtu, 5 Julai 2014

Selamat jalan Tok Pah...

Terkedu...! Itu reaksi pertama tatkala melihat paparan status FB Astro Awani. Gigih aku baca berulang kali rangkaian perkataannya, 'Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Al-Fatihah.'

Alllah...tiada kata-kata mampu diucapkan. 'Selamat jalan Tok Pah', semoga rohmu dicucuri rahmatNya. Aamiin. Al-Fatehah.

Jumaat, 4 Julai 2014

Sakitnya rindu...

Pernah tak rasa rindu hingga sakitnya tahap nak mati? Hemmm...itu yang tgh aku rasa sekarang, nak luah tak mampu...nak dibiar hati yang parah. Betullah kata syair dulu2, "tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan."


*Sorry, mood aku tgh tak berapa nak betul sikit sehari dua ni. Layankan ajelah, kalau tak dilayan nanti makin merapu dibuatnya. Huhuhu.

Khamis, 3 Julai 2014

Teringin sekali...

Aku, sangat...sangat...sangat teringin & mahu dpt membaca, menghafal, memahami serta menghayati isi Al-Quran dgn sebaik-baiknya. Lalu dengan sgt ingin, hingga selalu iri apabila melihat kanak2 usia baya anak buah aku mampu membaca &  menghafal setiap baris ayat Quran dgn sgt baik. 

Allahu Akbar, malu tahap nak letak muka kat tapak kaki...tak pun tempek saja muka di dinding jamban masjid! Weh, malu sgt2 apabila usia kita dah mmg layak di ajak masuk ke lubang kubur, tapi masih merangkak2 baca Quran. 

Walaupun ilmu dunia dalam poket, tak ada nilainya pada mata Dia. Memang kelakar! Itulah hakikatnya, nak duduk 1 keluarga sama2 baca, hafal & faham isi Quran memang payah. Daripada Ayah sampai ke cucu, sibuknya tahap si penghitung bulu kambing...tak ada akhirnya. Allah. 

Doakan aku ya, biar dpt 'memeluk' isi Quran dalam jiwa buat bekal menghadapNya kelak. Aku doakan kawan2 di sini juga, biar kita saling dpt 'berpimpinan tangan', 'berlaga bahu' & berbalas senyum bahagia di sana bersama syafaat Al-Quran. #Aamiin

Selasa, 1 Julai 2014

Apabila keyboard 'kerjung'...

Huishhh...penuh sawang kat 'belog' aku neh! Perghhh...lama gila tak tempek cerita di sini. Sibuk? Hemmm...Tak jugak, lebih pada malas dan tak ada mood nak bercerita...akhirnya, keyboard pun kerjunglah!

Ok...Aku dah datang blk neh, ada siapa2 rindu aku tak? (ok, sila muntah hijau jauh2 sikit ye, bahahaha). Uollz semua apa khabar? Puasa2 ni sure'lah sibuk 'kan. Puan2 tu tentunya bersilat kungfu bagai kat dapur, yang Encik2 tu pulak balik kerja kumpul tenaga nak p tarawih lepas tu berjaga tgk bola..kan ...kan? (Ke bola tgk dia? Hehehe).

Aku? Macam biasa, atas meja makan 'penuh' dgn lauk2 bujang ajelah. Paling penting, sambal yg kepedasannya tahap dewa mesti ada...tak kisahlah...sambal sotong ke, udang ke...ikan bilis or telur pun jadilah. Janji pedas!

Pasar Ramadhan memang jarang sgt2 singgah beli lauk/kuih or air. Bukan apa, tak nak sakitkan hati sendiri. Kang dapat makanan yg tak menepati selera tak, emo pulak 'kan! So, jalan selamat masak sendiri. Biarlah simple, janji puas hati. Paling penting, bersih dan dimasak penuh kasih sayang!

Setiap kali Ramadhan, mcm tu'lah cara aku. Sesimple yang mungkin, selain dpt jimat duit, tenaga dan menjaga perasaan. Masing2 punya caralah 'kan, ikut kemampuan dan keselesaan diri kita. Bahagia dan gembira berbuka juga bersahur bersama orang2 tersayang, tentunya memberi keseronokan lebih bermakna. Apa-apa pun, jaga2 jgn sampai membazir ye!

Bulan puasa ni, waktu paling seronok bagi aku tentunya time bersahur. Walaupun cuma makan roti atau kurma dengan milo panas, tetapi perasaan itu sgt indah. Arghhh...susah aku nak jelaskan dgn kata-kata.

Emmm...sebenarnya, byk benda aku nak cerita kat Ullos semua tetapi simpan dululah ye. Ni, aku nak share satu resipi mudah. Ni menu ulang tayang dan resipinya berubah ikut kerajinan (insyaAllah sedap, jangan risau), biasanya dua minggu sekali aku akan masak kari kambing ni. Kalau sambal gesek tu hampir setiap hari. Senang sgt membuatnya. So... Kot2 'lah, ada yang sudi nak cuba untuk hidangan waktu berbuka atau bersahur. Silalah ye...

Gulai Kari Kambing vs Gesek Bilis

Gulai Kari Kambing Cheq Mai


Bahan:
1/2 kilo daging kambing, (kalau boleh ambil bahagian yang bertulang...manis sikit rasanya nanti)
Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar, dimayang
3 biji bawang merah, dimayang
3 ulas bawang putih, dimayang
1 cm halia, dimayang
4 camca besar rempah kari daging
3 camca besar cili kisar
Rempah empat sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga)
2 tangkai daun kari
Air asam jawa, secukupnya
Air secukupnya

Sedikit kacang panjang, dipotong-potong
Sedikit lobak merah, dipotong memanjang
4 camca besar pati santan 

Cara membuatnya:
1.  Tumis bahan yang dimayang bersama rempah sekawan sehingga garing dan naik baunya.
2. Masukkan cili kisar, rempah kari dan daun kari, tumis sehingga pecah minyak.
3. Bubuh daging kambing, kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging empuk
4. Masukkan air asam jawa, kacang panjang, lobak merah dan sedikit air, kacau rata. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
5. Akhir sekali, bubuh pati santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.

Sambal Gesek Bilis Pedas Berdegung


Bahan:
Segenggam ikan bilis, digoreng garing
15 biji cili padi
Sedikit gula
Sedikit air perahan lemon/limau nipis

Cara membuatnya: 
1. Tumbuk ikan bilis bersama cili padi sehingga lumat (versi aku, tak suka lumat sgt hehehe).
2. Masukkan sedikit gula dan perahan lemon. Gaul rata.
3. Hidangkan sambal gesek bilis ni dengan Gulai Kari Kambing (perghhh...memang terangkat  *_*)


* Ok...jumpa lagi dilain 'kerajinan' yunk...hehehe