Aku,
sangat...sangat...sangat teringin & mahu dpt membaca,
menghafal,
memahami serta menghayati isi Al-Quran dgn sebaik-baiknya. Lalu dengan
sgt ingin, hingga selalu iri apabila melihat kanak2 usia baya anak buah
aku mampu membaca & menghafal setiap baris ayat Quran dgn sgt
baik.
Allahu Akbar, malu tahap nak letak muka kat tapak kaki...tak pun tempek saja
muka di dinding jamban masjid! Weh, malu sgt2 apabila usia kita dah mmg
layak di ajak masuk ke lubang kubur, tapi masih merangkak2 baca Quran.
Walaupun ilmu dunia dalam poket, tak ada nilainya pada mata Dia. Memang
kelakar! Itulah hakikatnya, nak duduk 1 keluarga sama2 baca, hafal
& faham isi Quran memang payah. Daripada Ayah sampai ke cucu,
sibuknya tahap si penghitung bulu kambing...tak ada akhirnya. Allah.
Doakan aku ya, biar dpt 'memeluk' isi Quran dalam jiwa buat bekal
menghadapNya kelak. Aku doakan kawan2 di sini juga, biar kita saling dpt
'berpimpinan tangan', 'berlaga bahu' & berbalas senyum bahagia di
sana bersama syafaat Al-Quran. #Aamiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan