Hari ni nak sembang sikit pasal ubat. Korang biasa or selalu makan
ubat bernama PONSTAN? Sejenis ubat (biji) berwarna kuning dengan bentuk
bujur (nanti aku tempek gambar).
Aku biasa dan kerap mkn sebagai ubat
tahan sakit terutama apabila diserang
migraine tahap kritikal
(selalunya, kalau aku mampu bertahan aku akan tahan je. Tapi kalau tengah
deadline, mana boleh main tahan je. Kerja kena buat, kalau tak
habis la kena bambu dengan bos!
Ubat, memang tak elok
dimakan secara kerap dan hari ni ada 'teman' yang baik hati emailkan
artikel mengenai 'Kesan Sampingan Ponstan' yang ditulis
Dr. Zubaidi dlm blognya (korang boleh klik nama dia, aku dah bagi link blognya).
...untuk perkongsian dan pencerahan info, aku
postkan di sini untuk kita baca
bersama. Kepada yang selalu ambil ubat ni,
hope kita ada cara lain untuk
selesaikan 'masalah' yang membabitkan ubat ni. Tapi buat masa ni, aku tak
pasti apa cara dan pendekatan yang boleh aku ambil apabila sakit datang dan
memerlukan makan ubat. Kalau korang ada cara yang baik, sudi la
share untuk
pengetahuan bersama ye.
Sharing with love la konsepnya, gitew ^_^
Selain pencerahan daripada tulisan Dr. Zubaidi, korang juga boleh baca info mengenai Ponstan ni di
sini .
 |
| Ponstan-kesan sampingannya pada tubuh kita |
 |
| Ubat ni selain di klinik atau hospital, boleh dibeli di farmasi |
 |
| Apabila migraine menyerang, biasanya org ambil ubat tahan sakit dan Ponstan antara ubat yg biasa dimkn. |
Kesan sampingan Ponstan (Tulisan: Dr Zubaidi Hj Ahmad)
KESAN
PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (
Gastrointestinal) /
Ponstan atau nama
lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut
dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan
(
bleeding), luka (
ulceration) dan kebocoran (
perforation) pada perut,
usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan
Ponstan,
semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh
berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit
warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang
mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit
sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan
sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika
dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit
Peptic Ulser
Disease.
KESAN PADA KULIT
PONSTAN juga boleh
menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative
dermatitis,
toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson
syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada
sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda
alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.
KESAN PADA GINJAL
Ponstan
juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa
peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial
nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria,
glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan
darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara
berkala.
KESAN PADA HATI (LIVER)
PONSTAN harus
diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan
penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT
dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih
tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan
ponstan.
KESAN PADA SEL-SEL DARAH
PONSTAN 500
mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg
bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak
boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit
yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap
10-20% dari normal.
KESAN-KESAN LAIN
PONSTAN
juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg
mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala
ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi
mereka yg mengamalkan IUCD.
KESAN PADA WANITA MENGANDUNG/
NSAIDs
menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan,
menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran
darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah
ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama.
Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.
PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK
Sedikit
kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh
tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang
menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.
PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK
Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.