.

Ahad, 13 Januari 2013

Sabtu, 12 Januari 2013

Semoga Siti Nurhaliza terus istiqomah...

Mengenali penyanyi tersohor ni sejak dia menjadi juara Bintang HMI 1995. Sejak itu, atas nama kerja aku selalu ikuti perkembangannya. Masih ingat lagi matanya yg merah menahan tangis tatkala diasak pelbagai soalan mengenai keengganannya bergambar dengan mana2 lelaki. Juga masih segar dlm ingatan, senyum manisnya nan mesra apabila aku ckp..."nanti kirim salam mak ye" dan dia jawab, "...amboi baik dgn mak ye".

Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, orgnya cukup menyenangkan, tak lokek senyuman dan selalu berusaha memberi kerjasama yg baik kepada rakan media. Jadi, tak hairanlah apabila dia cukup disenangi rakan2 media lain. Dia juga tak ada perangai 'diva' walaupun sudah berada di taraf antarabangsa. Malah, masih santun menyapa walaupun berstatus VIP. Bukan niat nak puji melambung, tapi sebagai org media, aku cukup senang dgn cara Siti 'melayan' wartawan.

...dan Alhamdulillah, akhirnya pada 11 Januari 2013, Siti terbuka dan rela hati utk bertudung 'sepenuhnya'. Semua dah tahu 'kan Siti bertudung penuh sejak ulang tahun kelahirannya yg ke-34. “Syukur, inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Siti pernah kata dulu, Siti akan berhijab penuh dan ini masanya Siti tunaikan janji itu. Hari jadi Siti yang ke 34 kebetulan jatuh pada hari Jumaat, Siti mengambil keputusan untuk berhijab penuh. Apa-apa pun, Siti tak mahu komen lebih pasal perubahan ini. Cuma, doakan Siti untuk terus melakukan yang terbaik." begitulah lebih kurang kata Siti mengenai perubahan dirinya.

Siti tampil secara 'rasmi' dengan hijab penuh ala Hana Tajima di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara. Pada majlis itu, Siti turut menyumbangkan lagu berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.

Penampilannya cukup manis dan anggun apabila mengenakan gaun nude colour (cokelat lembut) rekaan, Rizman Ruzaini, dipadankan dengan tudung litup rona serupa.Bukan tudung dan gaun saja rona serupa, Siti turut memadankan penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna sama. Semoga Siti terus istiqomah dgn perubahannya dan sama2 kita doakan yg terbaik buatnya.

So sweet 'ratu hati' Malaysia ni kan
Bertudung ala Hana Tajima membuat Siti tambah anggun dan bergaya ^_^
34 penuh hikmah..

Siti bertuah kerana disayangi ramai...

Makin manis Siti sejak bertudung penuh 'kan...

So why...???


Jumaat, 11 Januari 2013

Khamis, 10 Januari 2013

Lebih tahu...

Dulu-dulu, aku tak pernah ambil tahu...ambil kesah maknanya. Baca aje macam ayam patuk padi, burung patuk beras. Now dah tahu, jadi kena ambil tahu.


Artis popular minta token utk photo shoot...


Hohoho, tetiba datang mood nak ajak korang 'bergosip-gosipan' (...act nak luahkan rasa marah hahahaha). Ok merujuk tajuk post ni, aku mmg gatai jari-jemari nak mengetuk story pasal aktres popular sorang ni. Mmg la dia tgh popular, sana sini drama dok tempek muka dia...ok la dia popular.

...tapi, aku bukan nak cerita pasal dia popular atau tidak. Cuma nak sebut beberapa perkara, terutama berkaitan urus kerja dgn org media. Rasanya korang sedia maklum, apa fungsi orang media, bukan! Kami cari berita, segala maklumat utk pembaca. Sama ada berita pasal negara, ekonomi, cuaca, pertanian atau hiburan. Itu semua bergantung pada skop masing-masing.

...dan aku bekerja di majalah gaya hidup wanita. Banyak perkara dan topik yang kami kupas setiap bulan, termasuk hiburan. Biasanya, untuk cover kami tempek muka selebriti. Artis popular sorang ni antara cadangan nama sebagai cover dan aku rasa dia sesuai juga jadi cover walaupun byk kontroversi. Mungkin ramai yang menyampah baca cerita dia, tapi aku pasti ramai juga yang nak tahu. Ok fine, kita set buat cover.

Sayangnya, ketika berurusan dengan PA si artis popular ni aku naik hangin sekejap apabila tiba2 dia bertanya soal token. Hello, sejak bila media beri publisiti kepada artis kena bayar token? Lain la kami panggil buat show atau berlakon!

Walaupun sentap, aku masih melayan soalan2 si PA dgn profesional. Tambah si PA ni lagi, waktu buat photoshoot dgn satu majalah ni (x yah la sebut majalah mana kan), artis popular ni diberi token sejumlah 2K. OMG!!! Serius!!! Sejak bila perkara mcm ni berlaku???

Bab carikan pakaian dan makeup artist tu mmg aku nafikan, tapi bab kena bagi token tu aku rasa ini pertama kali dgr berita mcm ni. Waima buat photoshoot cover dgn penyanyi no 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza pun tak pernah dia minta token. Begitu juga dengan Erra Fazira, Ella, Lisa Surihani, Ziana Zain dan ramai lagi. Mereka atau PA mereka tak pernah sebut pasal token utk datang photoshoot!!!

Sekali lagi, sejak bila perkara mcm ni berlaku? Betulkah artis popular (dramatis senang ckp) ni tetapkan kena ada token kalau nak panggil photo shoot? Aku teringin sgt nak bercakap sendiri dgn artis kontroversi ni. Nak tanya dia, kena diva sgt!!! Anda belum tahap DIVA ok, even artis tersohor yg diberi julukan DIVA pun tak pernah buat perangai DIVA mcm anda.

Huh, mcm2 dunia hiburan ni. Skrg aku kena buat siasatan, betul ke ada magazine or paper yg beri token kepada dramatis ni utk photoshoot. Kalau betul, mmg tak lama lagi industri hiburan ni dah makin 'menakutkan'. Kalau tak betul, siaplah!!!

Oklah korang, chow dulu, sebelum amarah aku semakin mengarut2 pulak lepas ni. Setakat ni dulu laporan meja berita aku hahahaha...bye!!!