![]() |
| Siapa kata wanita bertudung boleh berlegging, kan nampak susuk badan tu! |
Rabu, 13 Julai 2011
Khamis, 30 Jun 2011
Bangkok Part II...
![]() |
| Sempat posing before selesai 1 segmen fashionshoot. |
Hari kedua (27-29 June 2011) di Bangkok, dgn perasaan yg berbaloi dan tak cukup tido + x cukup rehat, masih harus mengerah keringat. Kepala dok berdenyut2 x ingat dunia, tp terpaksa tahan sebab hari ni kena pulun shoot semua baju2 yg di bawa dr KL. Nasib aku baik, cuz 'model'nye pandai bergaya...adik manis yg dibawa khas dr KL...pelakon baru yg sedang hangat diperkatakan-Fathia Latiff...ala heroin ost Stanza Cinta lakonan abg besar (Aaron Aziz) tu.
Pagi2 aku dh kejutkan Fathia bangun utk makeup, dlm jam 8 pagi siap makeup dan kami semua sarapan dulu. Tak byk yg boleh dimakan, faham2 je la ada kat luar M'sia kena hati2 bab mkn. Berbekalkan 2 keping roti dan telur rebus, aku dan jurugambar (PP) memulakan hari sibuk kami. Bekerja di bawah terik mentari bukan sesuatu yg menyeronokkan, tp aku sedar pekerja2 buruh yg tekun buat bangunan lebih sengsara daripada kami. Alhamdulillah, seksa kami x seberapa sgt berbanding mereka-insaf nih.
![]() |
| Model ni dr China, tp buat modeling di kota Bangkok. Kecil molek tp pandai bergaya, dan aku posing lg-lega selesai akhirnya. |
Tepat jam 6 ptg, selesai semuanya. Alhamdulillah...lega! Ahli rombong sibuk nk p shopping bagai, tp aku dan PP terbayang2 kesedapan makan nasi dan meneguk air dingin. Ujian sungguh, tp redha je la sebab bila buat kerja membabitkan lebih 3 org ni kena jaga semua-x boleh ikut kepala kjita jek.
![]() |
| Tempat aku 'shopping' air. |
Lepas masih2 buat muka, aku redha je la. Rupanya ada yg x puas hati sebab lambat nk p tempat shopping yg dituju. OMG, kesiannya kasihan! Aku sungguh tak faham. Hmmm,..!!!
Selasa, 28 Jun 2011
Si gajah putih yg x putih...
![]() |
| Bersama Fathia, Irma Hasmie, Zul Fazli (makeup artist), bos restoran Cili Padi Fahmi & Myra...bos aku, Sarimah Husin |
![]() |
| Tgh tunggu BTS (mcm LRT) nk ke mall mencuci mata |
![]() |
| Perkataan Bangkok je yg aku paham...lain2 x yah paham la |
Sepanjang berada di Kota Bangkok, byk sungguh pengalaman best n x best, tp redah sj nama pun kerja...meroyan pun x guna...umpama tepuk air atas dulang nanti terpercik kat muka sendiri (...eh betul ke peribahasa ni, cam x kena tempat jek...lantak la...).
![]() |
| Dlm perjalanan nk p tempat shooting, di Ayuthaya yg ambil masa 2 jam utk sampai...bapok jauh! |
![]() |
| Mcm ni la rupe Thai Massage, sgt best rugi x cuba kalau p Thailand. |
...dan apa pun, Bangkok tetap best di mata aku...paling best dpt ke spa n buat Thai Massage selama 2 jam dgn harga cuma RM45. Mmg murah, tp best...Foot Massage pun best RM15 jek...mknan...aku n kengkawan rela jln kaki p restoran anak M'sia, Cili Padi. Bila makan cam ada kat KL lak...layannnn sgt sedap.
Jumaat, 24 Jun 2011
Khamis, 23 Jun 2011
Jumaat, 20 Mei 2011
Kenangan yang 'sakit'...
![]() |
| ...betul ke kena pindah ni??? |
Mood
mcm rojak sejak 2-3 minggu ni hanya kerana kena pindah rumah! Ye, kena
pindah rumah. Bukan sebab kena halau dek tuan rumah, tp sebab aku bakal
buat satu anjakan paradigma yg cukup besar dalam hidup aku akhir bulan
ni. Jadi, mahu tak mahu…suka tak suka, aku kena pindah jugak hukhukhuk!
Sgt
sedih apabila memikirkan aku kena pindah rumah. Lama dowh aku dok
menyewa kat Taman Permata 2, Ulu Kelang ni. ..dekat 10 thn (3 rumah dlm
tempoh tu) dan rumah yg aku duduk skrg ni dah 6 thn aku ‘tumpang
menyewa’.
Aku
cukup suka kawasan perumahan ni, semua kemudahan tersedia dan dekat2
belaka terutama pasar raya dan bank (mmg strategic, kan…sbb tu aku syg
sgt2). Dulu aku menyewa area sini sebab dkt dgn tempat kerja, jln kaki
dah sampai…mmg jimat belanja. Lepas tu, apabila aku kena ulang-alik
bekerja di Jakarta, Indonesia. Aku tetap tinggal di sini, tak rasa nk
pindah mana2 pun.
Skrg,
apabila aku kerja di Taman Desa, Jln Klang Lama, aku masih mahu dan
selesa tinggal menyewa di kawasan ni. Walaupun jauh juga dgn tempat
kerja, tp aku masih mahu menyewa di sini. Malah, sanggup pulak beli
kereta semata2 x nk tinggalkan kawasan ni.
Sungguh,
di sini bersemi byk kenangan yg aku tak mungkin lupa sampai bila2.
Kenangan yg sgt abadi, yg aku xkan mampu lupa buat selamanya. Dan aku
pasti, semua kenangan dan pengalaman yg aku dpt sepanjang tinggal di
kawasan ni akan terpahat kukuh di hati.
Waktu
di mana aku belajar menjadi gadis dewasa, yg perlu berdikari utk
menyara hidup…susah senang tanggung sendiri. Begitu juga waktu aku kenal
kawan2 yg banyak mengajar aku menjadi manusia dewasa dan matang,
terutama Zarul. Sungguh, aku sgt rindukan saat2 itu. Di mana kami sama2
membentuk masa depan demi mengubah kekurangan diri dan meneruskan
kehidupan dalam keadaan serba kurang. Namun, kami sgt gembira dan sgt
teruja.
![]() |
| ...cukup x suka sesi pindah2 neh!!! |
Tuhan, tak sanggup rasanya
utk aku tinggalkan semua ini. Setiap kali aku teringat satu persatu
peristiwa yg terjadi dlm hidup aku di sini, airmata ini menitis tanpa
mampu kukekang lg. Berjurai setiap kali mengenangkan kesungguhan dan
kebaikan Zarul yg x pernah berkira soal penat lelahnya sepanjang
persahabatan kami (kami sgt2 BFF okeh). Paling penting, dialah sahabat
paling setia dan dekat yg selalu ada apabila aku perlukan bahu utk
menangis.
Susah
aku nak teruskan menaip ayat demi ayat, airmata tak berhenti mengalir.
Jadi, apa kata aku berhenti menaip setakat ini dulu. Kalau ada jiwa dan
rasa, aku sambung lagi ye.
Jumaat, 13 Mei 2011
Jatuh cinta lagi...
![]() |
| My Girlfriend Is A Gumiho... |
Minggu ni sgt bz, but aku masih ada masa lg melayan korean ost. Dua minggu lepas aku 'rembat' My Girlfriend Is A Gumiho drpd budak opis si Fettry...kira dia antara 'pembekal' ost korea yg menjadi mangsa aku..hehehehe.
Aceli, byk giler brg nk dikemas, nk dipunggah, nk dibuang bagai...tp x dak mood nk buat...rasa mcm sedey nk meninggalkan dunia bujang pun ada gak. So, dlm dok sibuk2 tu aku layan blues sambil menonton citer ni...ceciter...ceciter...hehehe.
Citer ni berkisar mengenai seorg gadis jelita (Gumiho), dia ni serigala jadian yg nk hidup di alam manusia n nk jadi manusia. Kebetulan ada satu mamat ni dtg kat sebuah kuil tempat si Gumiho tinggal. Si Gumiho ni paksa mamat ni lukis 9 ekor pd lukisan yg tergantung kat dlm kuil tu...dgn ini bebaslah si Gumiho.
Dek kerana itu jugak, dia asyik berkepit dgn si mamat ni...kira mcm kembar...mana mamat ni p dia mesti ikut sampai mamat ni rimas...(pelik gak pasal si gumiho ni punya la cun...). Nk tau citer selanjutnya korang kena tgk sendiri...(sadis x) hahahaha.
![]() |
| Inilah cinta entah ke berapa kali aku...kahkahakah i like hehehehe |
Langgan:
Catatan (Atom)














