.

Jumaat, 7 Mei 2021

Aku Dan Motosikal

Kredit foto: Sinarin Memandu



Sudah 3-4 kali aku nyaris nak terlibas ‘moto’ (motosikal), terutama waktu nak keluar simpang.


Rasa nak gugur jantung waktu break mengejut, “Allah nasib tak libas orang. Kalau tak, sama-sama mendapat ni.


Belum lagi yang jenis tiba-tiba muncul, waktu nak membalas ke kiri tengok-tengok ... “Eh ada moto. Mana datang?”


Lagi satu, di kawasan perumahan. Pakat laju berdesup tekan minyak, pasal apa entah.


Aku tak suka hon-hon kenderaan orang. Termasuk moto, dah habis mengalah kadang. Masih juga nak terkena.


Macam pagi tadi, aku nak keluar simpang kemudian nak balas ke kiri (sebelah kanan jalan besar yang kenderaannya banyak dan laju-laju termasuk lori).


Jalan dah clear sebelah kanan, saya nak balas ke kiri. Tiba-tiba datang moto menyelit rapat sebelah kiri. Terus aku brek mengejut (nasib tak ada kereta di belakang). Punya dia gigih selit sampai badan moto kena pintu kereta.


Nasib baik balas dalam keadaan slow, kalau tak... Waalaikumsalam, libas moto ‘lah jawabnya.


Walaupun kereta aku banyak kali kena sondol dek moto (dek kelajuan dan tak sempat berhenti di lampu isyarat, kena sondol waktu kereta saya elok dok menunggu lampu isyarat bertukar).


Kemek habis sebelah kiri bumper belakang. Siap berubang lagi.


“Sorry... Sorry, saya tak sempat brek. Tak perasan lampu tengah merah.” Kata tuan moto.


Tak perasan kata dia. Mamai ke apa.


Semua kenderaan waktu tu tengah slowkan kenderaan sebab lampu merah. Kereta depan memang dah berhenti.


“Macam mana ek, saya tak ada duit nak ganti.”


Hmmm...


Aku, kalau nampak kelibat moto memang seboleh mungkin beri mereka ruang. Apa lagi kalau mereka tengah di depan dan dok main ke tepi ke tengah.


Atau jenis yang keluar simpang tak pandang kiri kanan. Tangan sebelah pegang phone dan mata khusyuk pandang phone... Maka, habis slow dan sangat berjaga-jagalah aku drive. 


Punya takut terlanggar dia (dan kadang, aku sengaja masuk jalan lain untuk beri laluan).


Sebab, aku tahu betapa sakitnya kesan kena langgar dan jatuh moto (aku pernah berkampung dalam ward 3 bulan langgar).


Jadi, minta sangatlah tuan/puan/cik puan yang bawa moto jangan menyelit (maksudnya ruang tu dah sempit sangat) sebelah kiri terutama nak keluar/masuk simpang.


Macam kes tadi, tuan moto jalan terus sambil langgar cermin sisi dan sagat badan kereta. 


Dan dia membalas ke jalan sebelah kanan (motif menyelit sebelah kiri, kemudian pangkah ke kanan? Kenapa tak ikut sebelah kanan sebab nak ke kanan, ‘kan? Hadoi... nasib tak libas moto dia, kalau tak pakat tak beraya ler).


Kredit foto: Sinarin Memandu

Aku faham, dia mungkin tengah kejar masa nak hantar barang orang. Tapi keselamatan dia dan orang lain pun mesti dijaga sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan