Foto: Sekadar hiasan cerita |
Hidup, membesar di perumahan setinggan, tiada siapa yang minta dan mahu begitu. Pun, itulah takdir-Nya. Mahu tidak mahu, harus aku dan keluarga tempoh dengan lapang dada.
Tetapi, bohonglah kalau hati tak rabak dek kecaman dan hinaan manusia di sekeliling kami. Mentang-mentang kami miskin, harta tak punya... makan dan pakai, apa adanya. Lalu, mereka semahunya menginjak harga diri kami.
Makan dan tidur berteman air mata, itu sudah menjadi hal biasa dalam hidup kami. Apatah lagi dengan hubungan dalam keluarga yang tidak begitu 'cantik', menambah luka dan rabak sedia ada.
Begitu pun, selalu yang aku ingat akan pesan arwah abah..."Kita ni miskin, jangan lembik!"
Ya, aku dan kami sekeluarga miskin. Hati ini, hingga ke hari ini ada waktu-waktunya masih berasa 'marah' malah 'geram' akan perangai juga tindakan Abah dahulu.
Hati ini (masih jahat - gagal move on) berkalau-kalau... Ya, kalaulah Abah.... Kalaulah Ma... Kalaulah Abah tak...
Tetapi tetap aku ingat, simpan dalam kepala dan hati sampai sekarang... "Kita ni miskin, jangan lembik!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan