DAPAT info pasal seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal
dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38
pagi tadi.
Kata sumber, Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad
Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital selepas dua minggu mendapatkan
rawatan akibat penyakit paru-paru.
Allahyarham sebelum ni dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.
Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid
Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas
solat Zuhur.
Dalam kenangan
Berpeluang menemubual suami kepada Allahyarhamah Roseyatimah, antara kenangan mengujakan dlm perjalanan kerjaya aku sebagai penulis/wartawan. Aku biasa panggil beliau dengan sapaan Uncle Mus (sebab suatu ketika dulu beliau selalu bertandang ke office ex boss aku, Datuk Mustafa Haji Ton, pemilik dan penerbit Variapop Group Sdn. Bhd.) dan kalau ada urusan rasmi, aku sapa beliau dengan Datuk Mus.
Beliau walaupun telah lama kehilangan pendampingnya, tetap tampil kemas, segak bergaya. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Aura seorang ayah yang penyayang tu sangat kuat dalam dirinya. Itu yang paling aku ingat la.
Beliau yang aku kenali menerusi filem Melayu klasik
seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang, sangat santun orangnya. Cukup gentleman, ramah dan penyayang. Pendek kata, peribadinya
sgt menyenangkan kala didampangi walaupun beliau seorang bintang
tersohor. Paling
berbekas di hati, perkisahan beliau mengenai cinta hatinya, bunga yg
sentiasa mewangi dlm hati - Allahyarham Roseyatimah.
Setiap detik yg
dikongsi bersama wanita istimewa itu sentiasa segar dlm sanubarinya.
Tiada cinta baru yang mampu menggugat kesetiaannya itu."Dia (Roseyatimah)
terlalu sempurna di hati saya. Sukar mencari setanding dia."
Selamat bertemu kekasih sejatimu. Mewangilah cinta kalian selamanya di Syurga Allah. #AlFatehah #DatukMustaphaMaarof #LegendafilemMelayuKlasik #writer #ialwayslovemyjob #ilovemyjob
Tiada ulasan:
Catat Ulasan