Huishhh...penuh
sawang kat 'belog' aku neh! Perghhh...lama gila tak tempek cerita di
sini. Sibuk? Hemmm...Tak jugak, lebih pada malas dan tak ada
mood nak bercerita...akhirnya,
keyboard pun kerjunglah!
Ok...Aku dah datang blk neh, ada siapa2 rindu aku tak? (
ok, sila muntah hijau jauh2 sikit ye, bahahaha).
Uollz semua apa khabar? Puasa2 ni
sure'lah
sibuk 'kan. Puan2 tu tentunya bersilat kungfu bagai kat dapur, yang
Encik2 tu pulak balik kerja kumpul tenaga nak p tarawih lepas tu berjaga
tgk bola..kan ...kan? (Ke bola tgk dia? Hehehe).
Aku?
Macam biasa, atas meja makan 'penuh' dgn lauk2 bujang ajelah. Paling
penting, sambal yg kepedasannya tahap dewa mesti ada...tak
kisahlah...sambal sotong ke, udang ke...ikan bilis
or telur pun jadilah. Janji pedas!
Pasar Ramadhan memang jarang sgt2 singgah beli lauk/kuih
or air. Bukan apa, tak nak sakitkan hati sendiri. Kang dapat makanan yg tak menepati selera tak, emo pulak 'kan!
So, jalan selamat masak sendiri. Biarlah
simple, janji puas hati. Paling penting, bersih dan dimasak penuh kasih sayang!
Setiap kali Ramadhan, mcm tu'lah cara aku. Se
simple
yang mungkin, selain dpt jimat duit, tenaga dan menjaga perasaan.
Masing2 punya caralah 'kan, ikut kemampuan dan keselesaan diri kita.
Bahagia dan gembira berbuka juga bersahur bersama orang2 tersayang,
tentunya memberi keseronokan lebih bermakna. Apa-apa pun, jaga2 jgn
sampai membazir ye!
Bulan puasa ni, waktu paling seronok bagi aku tentunya
time bersahur.
Walaupun cuma makan roti atau kurma dengan milo panas, tetapi perasaan
itu sgt indah. Arghhh...susah aku nak jelaskan dgn kata-kata.
Emmm...sebenarnya, byk benda aku nak cerita kat
Ullos semua tetapi simpan dululah ye. Ni, aku nak
share
satu resipi mudah. Ni menu ulang tayang dan resipinya berubah ikut
kerajinan (insyaAllah sedap, jangan risau), biasanya dua minggu sekali
aku akan masak kari kambing ni. Kalau sambal gesek tu hampir setiap
hari. Senang sgt membuatnya. So... Kot2 'lah, ada yang sudi nak cuba
untuk hidangan waktu berbuka atau bersahur. Silalah ye...
Gulai Kari Kambing vs Gesek Bilis
Gulai Kari Kambing Cheq Mai
Bahan:
1/2 kilo daging kambing, (kalau boleh ambil bahagian yang bertulang...manis sikit rasanya nanti)
Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar, dimayang
3 biji bawang merah, dimayang
3 ulas bawang putih, dimayang
1 cm halia, dimayang
4 camca besar rempah kari daging
3 camca besar cili kisar
Rempah empat sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga)
2 tangkai daun kari
Air asam jawa, secukupnya
Air secukupnya
Sedikit kacang panjang, dipotong-potong
Sedikit lobak merah, dipotong memanjang
4 camca besar pati santan
Cara membuatnya:
1. Tumis bahan yang dimayang bersama rempah sekawan sehingga garing dan naik baunya.
2. Masukkan cili kisar, rempah kari dan daun kari, tumis sehingga pecah minyak.
3. Bubuh daging kambing, kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging empuk
4. Masukkan air asam jawa, kacang panjang, lobak merah dan sedikit air, kacau rata. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
5. Akhir sekali, bubuh pati santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.
Sambal Gesek Bilis Pedas Berdegung
Bahan:
Segenggam ikan bilis, digoreng garing
15 biji cili padi
Sedikit gula
Sedikit air perahan lemon/limau nipis
Cara membuatnya:
1. Tumbuk ikan bilis bersama cili padi sehingga lumat (
versi aku, tak suka lumat sgt hehehe).
2. Masukkan sedikit gula dan perahan lemon. Gaul rata.
3. Hidangkan sambal gesek bilis ni dengan Gulai Kari Kambing (
perghhh...memang terangkat *_*)
* Ok...jumpa lagi dilain 'kerajinan' yunk...hehehe