Benarlah,
apabila Allah berkehendak mudah saja bagiNya untuk membalikkan hati
yang dikehendaki. Bagi peminat penyanyi yang lincah di pentas nyanyian
ini pasti sejuk hati melihat hijrah dirinya ketika ini.
Syukur,
dalam keterujaannya memantapkan kerjaya seni isteri kepada Noh Hujan
ini melakukan penghijrahan dalam hidupnya dengan tampil berhijab selepas
selesai menunaikan fardu haji. Kita doakan perjalanan hijrah Nina
dipermudahkanNya.
Petikan berita:
Penyanyi
Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang
daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya
vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.
Pegawai
perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau
nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih
belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media
mengenai perubahan imejnya itu.
"Buat masa ini Nina
masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej
barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini
dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online
pada petang Isnin.
Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.
"Nina
seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila
sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil
di khalayak. Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan
dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak
dapat memahami situasinya," tutur Joe.
Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. (Mstaronline)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan