|
Datuk Siti teruja bikin album Inggerisnya. |
Hari ni dari pg kelam-kabut dgn asimen. Ptg pulak
kena cover event Datuk Siti Nurhaliza-Pelancaran album Inggeris-All Your
Love. Sgt penat, tambah penat bila kena buat dua kerja ptg ni...writer +
tukang amik gambar. Nak pulak ambik gambar diva, x senang kerja
tu...sakit badan kena tolak sana sini, kiri-kanan...atas bawah dok jerit
Siti...Datuk Siti...T...CT...mcm2 bunyik!
Hari ni
bukan saja beliau melancar album, malah buat persembahan depan rakan
media dan peminat2nyer. Diselangi penyanyi2 jemputan seperti Shila
Hamzah dan Azlan & The Typewiter.
|
Cuma
sebutan Bahasa Inggeris Tok Ti masih banyak perlu diperbaiki lg. Apa
pun, usaha beraninya ini harus diberi pujian. Dia, bukanlah super
woman...so kira ok lah! |
Komen aku mengenai album Datuk CT? Biasa saja. Tiada
yg istimewa, tp mungkin kepada yg nk sgt dgr CT nyanyi lagu Inggeris
bolehlah beli album ni. Seperti kata CT, bukan berniat nk menunjuk2 yg
dia boleh menyanyi lagu Inggeris, cuma mahu mencabar kemampuan diri
sendiri. Mahu lakukan perubahan dan cuba sesuatu yg baru dlm kerjaya
seninya.
|
Secara peribadi, aku lebih suka Tok Ti nyanyi lagu2 Melayu. Suaranya yg lemak merdu sgt sesuai dgn lagu Melayu. |
Malah, anak jati Kuala Lipis, Pahang ni menyifatkan
kelahiran album ini sgt istimewa buat dirinya. Katanya pada majlis
pelancaran albumnya itu, "Selama ini sudah pelbagai jenis lagu di dalam
bahasa Melayu yang sudah saya nyanyikan. Kali ini, saya telah mencabar
diri untuk muncul dengan album Inggeris.Lagipun selama ini ramai yang
bertanya bila saya mahu buat album Inggeris. Sebenarnya, memang sudah
lama saya berniat melakukannya, tapi baru sekarang dapat
direalisasikan."
Antara lagu yang terkandung dalam
album ini seperti All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again,
I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love dan Stand
Up.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan