Dpt emel ini, so aku nk kongsikan dgr korang di ruangan ini...
1.
Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan
sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias
rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih
baik dan canggih daripada emak anda.
4. Jangan demand
seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan
sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau
pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami
juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak
sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah
tangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami
makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal
semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut
sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak
member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih
awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah
cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak
sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan
anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal
malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
11.
Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan
kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau
berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur
dan sebagainya.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami
dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah
kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak
minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau
anda kahwin dengan perempuan kedekut!).
14. Jangan
bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul
baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah
guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang,
simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan
tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau dalam
bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau silap
sori yek)
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda
mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan
kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki
untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu
tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda
tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak
ansur kalau anda buat?
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
19.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah
tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami
buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri
diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Jangan buat tak tahu kalau isteri
merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau
perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa
suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang
dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada
para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah
hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang
semua pakat mogok, anda juga yang rugi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan