.

Isnin, 8 Mac 2010

Taman berbunga ceria...


Ari ni editor tugaskan aku buat liputi Majlis Berinai Umie Aida di Mont Kiara. Seminggu x keluar assg, malas pulak rasanya. Tp kerana tugas, aku gagahkan jugak. Aku ke opis dulu amik jurugambar cuz janji nk p bersama. Kul 8.30 mlm kami dh terpacak di kondo mewah Umie.

Wah! teruja aku melihat konsep majlisnya...paduan hitam,putih n silver...sgt menangkap mata cuz semua tu warna kegemaranku. Dekorasinya simple tp tampak mewah. Bijak sungguh Umie memilih tema. Sebaik sj keluar dr bilik n turun ke ruang tengah, semua mata terpesona dengan penampilan Umie.

wow! anggun sungguh aktress berwajah klasik ni. Busana pilihan Umie, masih berona hitam berhiaskan permata yg bergemerlapan...sungguh mengujakan.

Saat Umie melabuhkan punggung di kerusi rotan kecil tengah pelamin, suasana bermandikan cahaya flash...meriah sakan. Kemudian, barulah diadakan sidang akhbar berkenaan pengumuman akad nikah, tempat nikah dan lain-lain topik. Umie kelihatan ceria dan bahagia (...walaupun ketika itu katanya belum ada cinta buat bakal suami). Senyumnya menyerikan wajah yang disolek sempurna jurusolek terkenal, Su Cantik.

Aku turut berasa gembira, lama sudah mengenalinya...akhirnya berkesempatan melihat detik bahagia dlm hidupnya. Doaku, semoga Umie n pasangannya bahagia/kekal ke akhir hayat mereka. Dan aku menghitung hari menanti hari bahagian muncul dlm hidupku, bila? Belum ada kepastian...teka-teki yg sgt bosan utkku jawab!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan