Ari
ni jadual hidup aku berubah 100%! Bagaikan kepala di bawah dan kaki
pulak kat atas. Tragis sgt rasanya. Bermula 1.30 tghari sampai jam 3 pg
keesokkan harinya aku masih berasa susah nk percaya apa yg terjadi pada
aku.
Mana taknya, selama 12 tahun bergelar
penulis dan wartawan belum pernah berlaku barang2 peribadi aku hilang di
tempat bertugas. Ini kali yg pertama, byk sekali kekeliruan yg ada dlm
kepala ni, tp syg sekali tak mampu aku zahirkan dgn kata2.
Kata
teman2 terapat, bertenanglah…jgn gundah & gulana. Tp sygnya aku
tak mampu! Bukan kerana angkuh, bukan juga kerana tamak…ah sukarnya nk
aku jelaskan. Yg pasti kehilangan itu menyakitkan aku. Aku berasa sgt
teraniaya dan yakin ada sesuatu yg tak kena t’lah terjadi. Tp siapa yg
mengerti, kecuali DIA.
Dan dlm zikir, seketul
hati ini terus mengharap dan merintih agar harapan untuk aku menemui
semula apa yang diambil daripadaku, masih ada. Tiada daya dan upayaku
melainkan dengan izinNya. Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan