.

Khamis, 1 Julai 2010

Me, in conversation with love...

Katanya:-










....perbezaan antara cinta & benci itu tipis sekali

Rabu, 30 Jun 2010

Cinta part 3

AKU + KAMU= K.I.T.A???


Huh! Semlm aku menjenguk ‘opis’, 4 minggu x masuk…rindu lak rasanya. Sebenaqnya mmg sj larik…xmo masuk-lari daripada kenyataan n pandangan yg mengusik jiwa halus aku.
Ingatkan, mata aku selamat dr memandang pandangan itu-tp nan ado-beliau tetap di situ-tercokoh serius di depan Mac-bz dgn projek 3Dnya-info drpd Babun tatkala ditanya mengenai situasi ‘opis’ sepanjang ketidakmasukkan aku.

Nyaris2 aku patah balik, keluar dr ruang utama ‘opis’. Knp pulak beliau tercokoh kat situ, kambing tol Babun ni-kencing akuh!!! So, nak x nk aku terpaksalah wat muka tembok-berjalan lurus-terus ke bilik aku. Waktu tu aku x sure sama ada dia memberi pandangan kat aku ke x-cuz mmg aku x jeling skit pun kat dia.

Msk je dlm bilik, tekan suis lampung n aircond-lega! Byk gak dokumen atas meja bertampal note-urgent!!! Tp aku x de mood nk belek-nantilah. Aku jln ke pantry, nk carik air tp bila terpandang kelibat beliau dkt tepi peti sejuk-aku terus x jd ke situ-pusing badan n nk masuk bilik balik…

Beliau: Hai, lama x nampak…bz? (kat tangan dia ada mug, mesti nesO panas-beliau hantu nesO)
Aku: Hmmm…biasalah, keje…deadline. (malas2 aku jawap soalan beliau)
Beliau: X jadi berhenti?
Aku: Emmm…not now, rasa syg pulak…
Beliau: Dengarnya tension kat sana?
Aku: Awk dgn Babun bergossip pasal sy ke?
Beliau: Skit2… (katanya jujur), kami lg suka n setuju kalau awk full time kat sini-sure meriah…

Beliau tak tahu ke, betapa terseksanya aku setiap kali terpandang or pandang muka beliau. Apatah lagi bile beliau dok berbisik2 manje di telefon-hangin satu badan-tp x boleh nk luahkan cuz aku bukan sesiapa pd mata beliau pun kan.

Beliau: Awk tgh berusaha jarakkan diri drpd sy ke?
Aku: (Dh tergamam tahap cipan tertelan durian…)
Beliau: Kt ada problem ke smpi awk nk wat mcm tu?
Aku: Mana ada, awk jek byk pk-pk bukan2…
Beliau: Serius?
Aku: (habis nk aku ngaku mmg aku penasaran gila kat kau, hah…tak mungkin la kan :(…)
Beliau: Sure kt x ada problem n awk bukan tgh berusaha keras menjarakkan diri dripd sy?
Aku: Sy nk minum sebenar, jap lg nk balik-sok ada photo shoot lg…(senang je aku cuci tangan…xmo pandang renungan beliau lama2)
Beliau: Dan sy boleh andaikan kt mmg ada problem n u tgh berusaha segigihnya menjarakkan diri drpd sy!!!
Aku: (terus larik masuk tandas n menangis semahunya…OMG!!!)

Ahad, 27 Jun 2010

Engganku


...sukarnya menghapus bayangmu dari belantara hatiku
meski kuharus, namun masih berat menyahmu dari menggayuti perasaanku

pergilah bayangan, jgn pernah dekati aku
wahai dewa waktu, kasihani aku lalu lepaskan aku dari pelukan mimpi kelmarin

pergilah berlalu, hanya itu pinta hatiku





...di sini sakitnya semakin parah

Sabtu, 26 Jun 2010

Sang b.a.c.h.e.l.l.o.r

Beliau-the most eligible bachelor in banking! Masalahnya aku tak minat ‘mamat kira2’. Beliau selalu buat aku rasa meloya, muak + tension tahap gaban! Malang, beliau jugaklah yg rajin ada setiap kali aku ditimpa duka. Rela pinjamkan telinga utk dgr semua omelan aku yg x de pun sesen manfaat kat beliau, apatah lagi menambah RM dlm akuannya.

So
apa aku nk buat sekarang? Aku dh terang-terangan ckp, hati aku x de pop pun kat dia. Dia dia tetap wat muka cool tahap nur lagik, hoh tension! Ada lagik mamat mcm ni dlm dunia skrg, aku ingatkan dh pupus!

Semlm, beliau ajak aku nge-date. Tp aku bg alasan byk kerja nk kena siap-konon2 nk menaip bahan le walaupun hari cuti...yg ado lah! Beliau reda jek terima alasan aku, sambil pesan... “Nanti Anis dh habis keje, call saya ye. Kita p makan2 n tgk mubi sama ye...blh...bla...n bla lagik.”

Oh tidak! Dan semlm, tanpa rasa bersalah apatah lagi berdosa aku wat acara lepaking kat WangsaWalk(WW)...kepingin tgk mubi, tp lepas beratur sikit punya pjg + lama (cuz lembab gila otak para pembeli tiket-kalah nk gadai emas kat kaunter pajak gadai nih), aku putuskan utk cuci mata sj.

Mula2 aku buat lawatan sambil menghabiskan RM kat Popular, terperap kat dlm tu 3-4 jam tp aku keluar hanya dgn sebuah buku. Sadiskan, harap ramai lagi para pengunjung n pembeli seperti aku maka cepat sikit ‘kaya’ kedai buku tuh wakaakakaka...

Lepas tu, aku berpoya-poya lak kat butik2 yg bukan pilihan. Hmmm...x hot langsung! Aku tgk2 jek, x belek n x tanya harga pun. Sure tense je minah jualan yg dok setia memfollow aku itew-mcm la aku nk curik baju2 yg super-duper-ekstra-tak-HOT! Itew!!!

Hauslah! Lalu aku meneruskan lawatan tanpa pengiring2 ke gerai makan yg super-duper-byk menyemak kat ruang legak WW tu. Hmmm…apa nk minum, semua mcm x best-byk gula!

X jadi minum, aku p beli mineral water n beli kuih bodoh yg harganya 80sen seketui…emmmm cepatlah rakyat Malaysia kaya camgini rupenya! Lepas kenyang perut, aku dh tak tau nk wat pe lagik. Balik? Oh tidak, aku malas nk hadap wajah2 sengal yg x berapa nk cantik n sweet kat umah tu!

Jd, dgn segala hormatnya n tanpa secalit pun rasa sedih meninggalkan WW. Bersama En. Omee aku dok pk lagik, mana nk pegi. X kan nk lepaking kat KLCC lak, sure berzaman nk carik tempat letak En. Omee. X boleh jadik!

Aku pun terus bg arahan kat En. Omee supaya balik umah sajo, tido lagik baik. Tp, lagi dua bijik umah nk sampai ke depan umah aku, teringat lak x p byr nafkah kat Citibank lg. Emmm…kang dia tuntut cerai, banyak hal lak. So ada baiknya aku p melaksanakan tanggungjawab aku kpdnya sesegera mungkin.

Jln p Ampang kala petang Sabtu, mcm ‘har…” Tp, redah je la…nk cepat pun bukan nk ke mana. Paling2, carik bantal busuk n buat taik mate. Lepas p bayar nafkah, hati kena racun lak…ada halusinasi suruh aku melawat kawasan di jln TAR. Hmmm…menarik, lama x p pun. Last p masa kena racun ngan Wawa, Azie n Ila. Pastu idaq le aku berkesempatan lagi menambah kesesakan dan kesendatan acara berpasar mlm tu.

Malangnya En. Omee x dak tempat nk lepaking cuz ada sorang pempuan gendut yg x de iman merampas tempat kami tatkala kami nk wat parking bontot-konon2 senang nk keluar nantinya. Tp si minah gendut x de iman ni selamba badak air dia jek sumbat kete kancil huduh dia kat tempat kami. Hah…berbakul2 lah sumpahan maut kami kepada sang gendut poyo tuh. Tu la banyak sangat minum air badak, sampai otak pun lembab!!! Jakun! X pernah masuk KL agaknya, so aku ngan En. Omee berambuslah dr kawasan yg melukakan perasaan kami tuh.

Dr jln TAR kami masuk kg baru-ingat nk p beli jagung bakar-sekali abg jagung bakar x nampak baying-asapnya pun x dak. Yang dok ada depan mata aku ketika itu adalah…jeng…jeng…jeng… the most eligible bachelor in banking!


Huh! Knp boleh kantoi lak nih. Hati aku kan x de pop kat mamat kira2 nih! Hoh! Sedeylah!

Khamis, 24 Jun 2010

Otak bengkak!!!

5 jam lagi ada shooting fesyen di Kompleks Kraftangan, Jln Conlay-KL. Aku dah duduk depan laptop di rumah. Masih berusaha utk mengarang artikel tetap n 2 story human interest dr Kelantan hasil carian bulan lepas.

Fuihhh.. pagi2 hari otak dh bengkak! Fikiran melayang padahal tgh mengejar deadline n aku berusaha utk x menderhaka pdnya setiap bulan termasuk bulan ni. Jujur, entah di mana fikiran aku selama ni.. aku Sedang berusaha keras utk kembali ke jiwa raga yang sihat.








p/s: mlm...aku x bisa tido, ngelamun memikir entah apa2, tau2 dh jam 4 pg-badan lesu-otak lelah! Sakit semua rasanya, sgt sakit...tp apa ubatnyah???