.

Sabtu, 4 Julai 2015

Majalah Jelita tetap mewangi di hati...

WAKTU aku mula-mula terbabit dalam dunia kewartawanan, aku sudah menyimpan hasrat untuk bekerja dan mengutip pengalaman di majalah ini. Ya, Majalah Jelita. Sekitar penghujung tahun 1990-2005 aku dapati ramai sekali penulis hebat di majalah ni. Gaya penulisan mereka cukup aku kagumi dan selalu teruja apabila membaca hasil tulisan mereka.

Tahun 2009, bagaikan mimpi bulan jatuh ke riba. Aku dipelawa editornya untuk menyertai team editorial yang diterajui ketika itu. Kak Emma Husin (Sarimah Husin) dan Kak Ani (Rohani Pak Wan Chik) memberi aku peluang keemasan itu.

Awalnya sedikit kekok, iya walaupun sudah ada pengalaman bekerja di suratkhabar dan majalah tetapi gaya kerja di Berita Publishing dan Majalah Jelita agak berbeza, selain ada house style penulisan mereka sendiri. Itu yang membuat aku 'paling kekok' dan tak betah pada awalnya. Beberapa kali aku ditegur Kak Ani (Pengarang Perunding Bahasa) dan Kak Emma (Pengarang Jelita) sebab banyak artikel bermasalah dengan house style (gaya bahasa) Majalah Jelita.

Hampir berbulan jugak nak biasakan diri dengan house style baru, sampai ada beberapa waktu aku rasa macam 'bodoh' dan tak pandai menulis. Beban tugas juga satu cabaran, sebab semua writer kena buat semua jenis ruangan. Part ni aku tak kisah sangat, sebab sambil menyelam boleh minum air. Banyak benda baru boleh belajar, kenal macam-macam jenis orang dan perangai.

Akhir 2013, setelah berfikir panjang dan semasaknya, aku buat keputusan untuk resign. Dalam keadaan masih sayang sangat pada Majalah Jelita dan kawan-kawan sekerja, aku bulatkan tekad untuk meneruskan langkah tanpa mereka. Secara detailnya tak perlulah aku cerita kot 'kan, cumanya nak beritahu aku resign secara baik, siap bagi notis 1/2 tahun supaya senang editor nak cari & latih writer baru.

Walaupun sudah keluar daripada team Majalah Jelita, sejujurnya aku masih sayang dan rindu. Team Majalah Jelita tetap menjadi keluarga besar di hati aku. Hinggakan beberapa bulan sebelum keluar berita besar/serius pasal Majalah Jelita, aku rasa macam mimpi. Sedihnya Tuhan saja Maha Tahu. Kawan-kawan di luar company pun heboh bercerita hal Majalah Jelita. AllahuAkbar, susahnya nak terima hakikat.

Akhirnya, 30 Jun 2015, sahihlah berita yang sampai di telinga aku. Sah, Majalah Jelita, Majalah Anjung Seri, MB dan beberapa majalah lagi diberhentikan operasinya. Dalam makna kata lain, Berita Publishing berhenti menerbitkan majalah-majalah ini atas faktor ekonomi (terutama cabaran GST).

Walaupun aku tak ada dalam situasi karyawan yang terpaksa berhenti kerja ketika itu, tetapi bagai cubit paha kanan...paha kiri tetap terasa sakitnya. Bagi aku, #MajalahJelita , setiap huruf dan susun atur di dalamnya berbaur pelbagai cerita.

Di sini, aku belajar berlari lebih laju, berguru dengan mereka yang sentiasa sudi mengajar melalui gaya dan caranya tersendiri. Belajar menjadi lebih dewasa, tekun, sabar dan lebih bercitarasa wanita. Di sini, sayang berputik, berbunga dan terus mekar di hati. Takkan layu sampai bila-bila, tetap cantik bergantungan di tangkai hati. InsyaAllah, semoga ada khabar baik kelak.

Ahad, 3 Mei 2015

Rahasya yang meresahkan...

Aku jarang 'dapat' nonton drama/filem pasal penyiasatan dan pembunuhan dengan sangat tekun, mood teruja. Selepas berkali-kali 'gagal'mencari sesuai demand (yang payah orang nak faham..hehehe), akhirnya jumpa satu yang berkenan sangat di hati.

Filem Hindi ok. Hey! Jangan nak gelak sangat ye, sebab dalam filem ni korang takkan dapat tengok heroin dan hero dia menari keliling bukit, taman, gua or pantai dengan berpuluh persalinan seksi-meksi! Kalau tunggu babak tu, sorry dalam ni memang tak ada langsung! Takkan tak ada, filem Hindi kot? Serius, memang tak ada!!!

Tajuk filem ni, Rahasya. Kisah penyiasatan pasal satu pembunuhan yang cukup misteri. Siasat 1, dapat 1 kes baru. Siasat lagi, muncul kes lain pulak. Nampak gaya macam senang nak teka siapa pembunuhnya, tetapi korang sure keciwa dengan andaian sendiri.

The film revolves around the story of an 18 year old girl, Ayesha Mahajan (Sakshi Sem), who is murdered in her own house. Her father Sachin Mahajan, played by Ashish Vidyarthi is deemed the prime suspect for the murder. 
 

Kay Kay Menon, in the role of CBI Chief Sunil Paraskar picks up the case and soon finds evidence that makes it more difficult to determine who exactly is responsible for Ayesha's death. As various suspects and their motives are being tested, what comes out is a riveting story of a double murder.
 






Honestly, filem ni sejenis super story dan must watch, people. Fantastic crime solve movie, memang A+ 'lah. Paling aku suka watak penyiasatnya (CBI). Dia, sejenis smart CBI dan aku cukup suka cara dia menyiasat kes ni, tambah pulak karakter pembunuhnya yang nampak so innocent...tak lari konti langsung. Hebat!

CBI 'nya pulak macam 'klon' Beto Kusyairy, tu yang makin 'melekat' hahaha. Tak percaya, korang buktikan sendiri ok, taklah sama sangat tapi mirip tu jelas sekali ekekeke!

Serius wey, korang kena tonton movie ni. Memang layan, sampai nak berak pun korang sanggup tangguh (hehehe). Sangat high recommended cerita yang satu ni, boleh tengok macam mana pengarahnya bina dan hidupkan setiap watak dengan perwatakan masing-masing. Gaya penceritaannya berbeza, paling penting buat korang lebih 'kreatif dan cerdik' sikit...hahaha! Btw, korang boleh nonton  interesting movie ni kat youtube.

Sabtu, 2 Mei 2015

Anuar Zain yang awesome...

#AnuarZain , seorang daripada penghibur di Malaysia yang punya nilai eksklusif tersendiri. Tak hairan, peluang bertemunya menjadi 'mahal' dan #awesome .

Tidak diletak dirinya 'bersepah' di mana-mana. Dia menjadi salah seorang contoh penghibur yang tahu nilai seninya di mana dan 30 tahun dalam industri seni bukanlah calang-calang, tanpa lambakan gosip mahupun kontroversi dia mampu bertahan jua masih teguh dipaksi yang dia mahu. Tahniah Abang Nuar.

Ahad, 19 April 2015

Kau takkan mampu...

Betapa pun pakarnya seseorang itu membohongi / menipu / mendustai orang lain, dia tetap tidak sekali-kali mampu melakukan hal sama kepada diri sendiri. Begitu unik hati kita, sungguh agungnya ciptaan Allah. #perangai

Sabtu, 18 April 2015

Selamat kembali ke dunia abadi, Azwan...

Pertama kali mengenalinya, tahun 2009. Kami dalam 1 rombongan media yang sama ke Perak.
Orangnya mesra, lucu, setia kawan dan sangat menyenangkan. Sejak itu, acap kali juga bertemu di acara2 tertentu dan kali terakhir saya temu muka dengannya, akhir tahun 2014. Tahun ini, saya banyak terbabit dengan tugasan khas jadi jarang dapat turun ke event2 yg membabitkan rakan media, PR dan lain-lain.
Pagi ini, dapat berita mengejutkan, dia... Telah kembali kepada PenciptaNya. Kembali ke dunia abadi. Sungguh mengejutkan.

Azwan Annuar, semoga rohmu dicucuri rahmatNya, sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Dia. Al-Faatehah.

Menerusi fiem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline "sabo aje lah".
(Petikan berita SH):
DUNIA hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurut Pengurus Produksi Enjit Semut Sdn Bhd (syarikat pengarah, Mamat Khalid), Norhashimi Samsudin, beliau telah menghubungi telefom bimbit Allahyarham sebaik menerima berita itu kira-kira jam 11.00 pagi tadi. “Yang menjawab panggilan adik Allahyarham dan beliau mengesahkan berita sedih itu. “Saya sempat bekerjasama dengan Allahyarham untuk filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan dan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sementara itu, kakak Allahyarham ketika dihubungi berkata, adiknya mula mengadu sakit belakang sejak tiga minggu lalu selepas pulang dari Johor Bahru.

Menurut Azzah Annuar, Allahyarham mengalami sakit yang berdenyut sehingga ke perut. "Ketika mengalami sakit itu, Allahyarham ada mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam," katanya lagi.

Katanya lagi, jenazah dikebumikan di Masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur selepas Zohor hari ini.

Menerusi fiem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline "sabo aje lah". Al-Fatihah.)

Jumaat, 17 April 2015

Lawak Der...




Serius, mereka @harithiskander , @bocey, @acheykintangkintung @rayzamukmin @afdlinshauki menerusi #lawakkeder2015 sgt menghiburkan - #awesome .

Puas hati dengan bintang2 di hati. Tahniah utk seluruh team Lawak Ke Der 2015. Masih berbaki 1 lagi show esok di #istanabudaya, #recommended , serius rugi kalau miss 👉 #standupcomedy👈 ni. #journalistonwork

Rabu, 1 April 2015

Bila munculnya sebulan sekali...

Hi semua...
Hehehe!


Nampak gaya ni, macam sebulan sekali je masuk post baru. Sepanjang sebulan tu tak tau dok buat apa 'Budak Snapsqueen' nech!!!

Sorrylah geng blogger's semua. Sorrylah atas penderhakaanku ini...hahaha! Writer biasalah, bajet banyak kerja sana sini sampai blog sendiri terabai!

Meriah aku tengok kalian semua post entry hari-hari, malu gila rasanya. Tahniahlah Uolls semua, teruskan kegigihan dan sambil tu 'tiup' sikit semangat korang tu kat aku eh ^_^

Aku ni, nak kata busy tahap pak menteri tu takde lah sangat. Lebih pada kerja-kerja suka bertanggung. Ada je benda nak dingomelkan kat sini, tapi terkekang dek time kerja yang tak menentu. Bila ada time sikit, sibuk nak main masak-masaklah...nak rehat layan korea drama la...segalanya la nak dibuat.

Macam hari ni,ada la time rehat sikit lepas balik dari Bangkok mengerjakan fashion shoot untuk client. Berpanas, berpeluh sampai bau kepam semua krew (termasuklah aku tu). Masih lenguh sana sini, terutama tang tapak kaki. Maklumlah, gigih menahan berat badan yang semakin bertambah. Waaaaa!

Apa yang best kat Bangkok? Tentunya tang shopping (itu pun berebut dengan time shooting, habis shooting baru dapat pelepasan dan kebebasan sekejap). Banyak gambar nak share tapi malas lagi nak resize 'kan, masih dok bertimbun dalam CF card (guna DSLR sepenuhnya, sebab bateri phone memanjang kong sebab layan whatsapp...hehehe).

Shopping kat dalam Mall ni best ooo...Boleh kempis bag duit korang...hahahaha
Lagipun time kerjaan aku jarang teringat nak selfie or record apa patuh, habis kerja barulah teringat itu ini. Hurmmm...faktor usia kot, hahaha!

Kali ni fashion shoot banyak membabitkan koleksi baju casual, macam senang tapi part bertukar-tukar lokasi tu yang tak tahan. Nasib model pro, letih ke...panas ke...layan senyum je dia. Time break, diam je dok tepi sambil dengar lagu. Cool gila. Thanks Marc & Lissa ^_^

Actually, banyak benda aku nak cerita ni. Dok menyendat dalam kepala ni, tapi macam biasa give me 'special time' ok. Adios ^_^ #muahciked