.

Ahad, 16 November 2014

Bertemu Ratu Rania



Diarah bagai ratu rania...

SELASA minggu lepas aku ke event Safi Rania Gold bersempena mengumumkan pelantikan Nora Danish sebagai duta barunya.

Kenapa Nora? (...aku sempat dengar orang keliling bergosip - dalam majlis tu - actually, awalnya pihak Safi pilih selebriti lain yang khabarnya baru lepas bersalin (siapakah itu, biarlah rahsia hahaha). Jadi, akhirnya memilih Nora - ni gosip ye, kalau rajin aku selidik lagi ekekeke).

Tetapi rata-ratanya menyifatkan pemilihan Nora sebagai teraju utama jenama ini dilihat menepati pakej yang dimilik, walaupun sibuk mengukir nama dalam kerjaya, tetapi masih menitik beratkan penampilan diri. 

Kecantikan dan aura yang dimiliki telah memberi kelebihan pelakon kecil molek ini diangkat sebagai duta generasi ke-3  produk kecantikan Safi Rania Gold. Pesona dan keyakinan, pelakon dan ibu ini pasti menjadi inspirasi wanita seusianya.

Kecil molek, dah ada anak 1 tetapi penampilan macam 'gadis-gadis'...oh ...jeles!
“Ini penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada jenama produk penjagaan wajah yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal.

Bagi saya, kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan. Jadi, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda," ujarnya ketika ditemui pada majlis mengumumkan pelantikannya sebagai duta baru safi Rania Gold, di Hotel Royal Chulan, Damansara, 11 November 2014.

Aku setuju dengan pendapat Nora, apatah lagi wanita terdedah pada masalah penuaan pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Jadi, usaha menjaga kulit mesti dimulakan dari awal. Perkasakan rejim antipenuaan kita seawal usia 26 tahun (oh...aku dah terlepas...) bersama rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.
Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold dipasarkan sebagai produk anti penuaan kontemporari seiring kehendak syarak buat  pengguna. Generasi terbaru Safi Rania Gold hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan antipenuaan wanita. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.

Uolls boleh baca atikel penuh SAFI RANIA GOLD di sini 

Terima kasih Safi Malaysia sebab bagi aku dan rakan media lain (termasuk tetamu khas) full set Safi Rania Gold ni. Aku memang pengguna safi, habis yang diberi percuma time event, aku beli sendiri. Paling aku suka, pencuci muka dan serumnya. Serasi dengan kulit aku. Alhamdulillah.
Orang lain gigih Q nak posing dengan Nora Danish, aku santai-mantai pose dengan Pengurus Kumpulan Produk safi, Puan Mahsuri Sulaiman.



Jumaat, 14 November 2014

Try and error...

I love try and errror

Wah...gituh!!!

Serius, mengerjakan sesuatu secara try and error sangat mencabar kemampuan, kemalasan dan kedegilan aku!

Aku, sejenis manusia yang paling tak suka belajar dengan cara formal. Misalnya, belajar buat kek menerusi kelas baking. Belajar masak kuih talam melalui kelas bikin kuih-muih. Belajar grafik dengan ke kelas khas, oh tidak...confirm...ke laut.

Mungkinnya boleh LULUS kalau aku gigih (belajar dengan masuk kelas), tapi beberapa pengalaman lepas menyaksikan bahawasanya semua itu hanya bikin PEMBAZIRAN dari segi wang, masa dan tenaga.

Oh please...aku bukan jenis berkira bab mencari ilmu baru ni, cuma mencari titik senyawaan yang serasi buat diri sendiri. Ternyata, sistem belajar secara try and error lebih praktikal untuk sejenis manusia macam aku.

Banyak pelajaran dan pengalaman yang telah aku dapatkan daripada sistem try and error ni. Aku belajar computer selepas hampir menjahanamkan sebiji pc lama. Aku belajar aplikasi Photoshop, In design, Illustrator juga daripada menggodek artwork rakan sekerja di department grafik.

Aku masih ingat, suka sangat mengendeng member grafik (Amir) time dia buat layout. Sampai dia lemas, tension (nasib bukan stress tahap berat ekekeke)sebab aku asyik berdempek kat tepi or belakang kerusi dia hahahaha!

Memasak jugak macam tu. Aku lebih suka tengok program memasak daripada follow resipi. Aku juga lebih suka derhaka aturan resipi daripada follow step yang ditetapkan. Oh yang ni memang membabitkan modal lebih sikit.

Misalnya, aku try and error buat kek. Padahal aku tak pernah buat sekali pun dan tetap berani menderhakakan resipi. Hasilnya, tak mengecewakan (pastinya selepas 2-3 kali menjalani proses try and error) dan aku berjaya menghasilkan Red Velvet Cake yang sangat moist dan cream cheese yang superb (menurut member-member dan pelanggan yang order)!

Beberapa hari lepas, aku try buat donat. Sejenis gorengan (kuih goreng) kesukaan aku sejak kecil. Actually, aku panggil kuih gelang...bila dah tua ni baru gedik panggil donat. Wakakaka!

Aku try resipi daripada youtube (gudang sarat ilmu yang aku dapat sepanjang minat dengan sistem pembelajaran secara try and error ni).

Percubaan kali pertama, Alhamdulillah...GAGAL, tetapi boleh dimakan...ekekeke. Nah, bikinan kali keduanya syukur, LULUS dengan jayanya. Uolls boleh tengok gambar di bawah, bukti... try and error itu tak merugikan dengan syarat, kamu YAKIN!

Percubaan kali pertama, berhujung dengan 60% nyaris gagal . Iya, aku sedih sebab rupanya tak kembang macam dalam video yang aku tengok...tapi tak putus asa.
Hasil kali kedua, Alhamdulillah. Lulus...'bintatnya' bikin hati aku juga kembang-sekembangnya.

 Jangan, jangan sekali-kali terbawa perasaan takut untuk mencuba. Tiada istilah rugi. Apa pun, masing-masing punya sudut pandang. Ini cara aku belajar, cara kalian mungkin berbeza lagi. Terpulang dan aku happy, Alhamdulillah dengan sangat atas setiap langkah juga perkembangan yang aku dapati daripada sistem ini. Syukur.

Btw...apa-apa yang aku bebelkan di atas bukan membawa maksud nak menunjuk-nunjuk or mungkin bersifat naik lift tekan butang sendiri! Sekadar berkongsi pengalaman untuk orang yang belajar dari 0 ke ... menjadi orang, hehehe!





Mistakes are the stepping stones of Learning. 
One has to remember that every failure can be a stepping stone to something better.

Selasa, 11 November 2014

Lebih berat lagi...

Dalam hidup ini, apakah yang paling berat untuk kau kalahkan?

Kalau aku?

Kalau aku, hal yang paling BERAT dan SUSAH dikalahkan adalah DIRI SENDIRI!

Lah, kenapa?

Kerana diri sendiri itu 'kerjanya' paling cepat 'menjudge' diri sendiri!

Eh...tak fahamlah...

Ni, misalnya..."Aku tak reti buat karipap! Aku mesti tak boleh buat karipap, silap hari bulan jadi lempeng...tak pun bola golf yang boleh pekong (baling) ke dinding!!!"

Tengok, betapa cepatnya kita menghakimi diri sendiri. Hebat, 'kan!!!



"Hakuna Matata & we are what we think."



Isnin, 10 November 2014

Why bother...?

PERLU ke kita minta orang lain faham atau hormat perasaan kita? Perlu?

Contoh, kau update status patah hati kat facebook / twitter / Instagram. Sekali, ada seorang makhluk ni komen dengan ayat  'menganjing', kau rasa? Marah...rasa nak hencap makhluk tu cukup-cukup?

Jangan buang tenaga dan waktu kau dengan melayan semua tu!

Kenapa, sebab secara warasnya hanya berapa ketul sangat yang nak prihatin dengan apa yang kau rasa, apa yang kau tengah hadap. Kau kena terima hakikat ni, bahawasanya mencerita masalah yang bersifat peribadi kepada orang lain...hasilnya;- 


70 % tak peduli, 20 % suka kita ada masalah - bermasalah, 10% gigih nak membantu. 

Terkejut? Ya, kau kena percaya tu!

Why bother? 


Memang fitrah kita, nak ada orang beri semangat, pujuk hati yang tengah luka parah...tetapi kalau nantinya yang kau dapat hanya sakit hati...rasa nak hencap orang...better keep for yourself. Mengadu pada Pencipta, Dia Maha Tahu. Maha Mengerti, segalanya dalam genggaman Dia. Luahlah, merayulah, Dia tak akan sekali-kali tinggalkan kau sendirian. Yakin, istiqomah. InsyaAllah.


Hidup baik-baik...Adios!

Ahad, 9 November 2014

Kita vs pilihan...

"DETIK tidak pernah melangkah mundur, tetapi kertas putih itu selalu ada. 
WAKTU tak pernah berjalan mundur dan HARI tidak pernah terulang, 
tetapi PAGI selalu menawarkan CERITA baru untuk semua pertanyaan yang belum terjawab." 

Dalam hidup ini, kita punya pilihan. 
Sangat banyak. 
Dalam melakukan pilihan itu kita harus berfikir banyak, kenapa? 
Kerana lama-lama pilihan kita yang membentuk kita menjadi seperti APA dan SIAPA! 
First we make our choices. Then our choices make us. 









#SnapsqueenQuotes #pesanutkdirisendiri

Sabtu, 8 November 2014

Kuih Lapis (part 2:)...


INI cerita 3 hari lepas, waktu terbangun sebelum azan Subuh. Masih ada 2 jam (selepas buat apa yang patut dibuat apabila Allah kejut daripada tidur yang lena), masuk dapur. Keledah kabinet, tengok deretan Tupperware berisi pelbagai jenis tepung.

Fikir punya fikir, akhirnya kuputuskan buah kuih lapis je. Senang dan tentunya akan habis, kalau buat kek berzaman nak habis makan sorang-sorang. Lepas jerang air dalam periuk kukusan, atur semua bahan atas meja makan (sebab ruang dapur aku kecik jek, sebab tu aku namakannya #dapurkecikgua).

Kali ni, aku tak follow mana-mana resipi daripada Pakcik Google, or Makcik Yahoo. Belasah je ikut suka hati. Kalau menjadi, Alhamdulillah. Harapnya menjadilah, sebab ikut pengalaman aku yang suka menderhaka resipi ni...kalau main campak-campak sure jadi (malangnya, aku selalu tak ingat apakah bahan yang aku campak...biasanya sebab tak catit apa bahan yang aku bubuh).

Tak sampai 20 minit pun proses bahan, dapatlah setengah mangkuk. Ngeri jugak bila tengok adunannya terlebih cair, tapi aku tawaqal aje. Saja nak RnD (sekali gus try & error) , mana tahu menjadi (sebenarnya malas).

Kalau sebelum ni aku guna mangkuk merah nan comel-lote tu, untuk adunan ni aku guna loyang bulat biasa je. Pagi sangat main masak-masak, tak ada mood nak merajinkan diri. Ekekeke! Aku lapis setiap adunan ikut sukatan cawan. Secawan adunan merah, secawan adunan putih. Ulang proses sama sampai habis.


Memandangkan adunan ni agak cair, jadi waktu mengukus setiap lapisan tu antara 7-10 minit. Lapisan terakhir, dalam 30-40 minit (actually, aku pun main agak-agak je. Neves jugak bila goyang2kan loyang, adunan tu masih bergerak-gerak... jadi dari 30 minit aku tambahn 10 minit lagi). Selepas 1 jam, adunan pun dah lekang dari birai loyang dan boleh dipindahkan ke bekas hidang, tapi aku simpan dalam peti ais sebab belum nak makan lagi.

Lepas Subuh, on laptop dan check email. Sambil-Sambil tu masuk dapur dan potong kuih lapis. Alhamdulillah, elok je kejadiannya. Tak lembik, tak keras. Just nice, macam tu jugak rasanya. Pendek kata, bikinan kali ni antara yang terbaik pernah aku hasilkan. Cewahhhh!

Lepas potong dan susun dalam Tupperware untuk bekal ke office, aku letak atas meja makan. Memandangkan masih awal, aku pun baring-baring atas sofa sambil belek Instagram. Tak sedar bila masanya aku terlena.

Huh...9.15 am! Astaga...memang macam lipas kudung bersiap ke office (nasib baik waktu kerja aku antara jam 10am hingga 6 pm, tak termasuk kalau ada event malam) dan separuh perjalanan, baru sedar aku ketinggalan bekal kuih lapisku...Waaaaa!!!



#KuihLapis




Jumaat, 7 November 2014

35 minit di Pasar Payang...

Kuala Terengganu, Aku Datang (part 1):

WALAU bukan kali pertama menjejak kaki di Terengganu, tetapi ni pengalaman kali pertama dapat meronda-ronda tanpa perlu bekerja.  Ya, maksud aku bukan datang kerana urusan kerja sebaliknya hanya untuk cuci mata dan fikiran.

Part ni aku nak cerita pasal sekitar Pasar besar Kedai Payang dulu, tempat lain tu tunggu turn rajin. Hehehe...!

Apa yang menarik sangat Pasar Payang ni, sampai hampir semua orang yang datang ke Kuala Terengganu mesti singgah sini?

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang ni terletak di tepi Sungai Terengganu dan menjadi salah satu destinasi pelancong paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam bangunan ni menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade, barang logam, sayur dan buah-buahan segar serta aneka makanan yang menyelerakan.

Barangan tempatan kat sini harganya masih boleh dikatakan murah.  Lagi satu, pasar ni juga tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya orang Terengganu.

Sejujurnya, kalau Uolls macam aku yang memang suka masuk pasar, tempat ni memang 'wajib' masuk. Kenapa? Selain cuci mata, banyak benda susah tengok kat pasar raya ada dijual kat sini. Paling aku suka, barang-barang atau makanan yang bercirikan tradisional/tradisi.

Waktu aku masuk dalam pasar ni, masih agak pagi. Jam 8.30am...banyak kedai belum dibuka, tapi gerai-gerai jual buah, sayur dan makanan pagi tengah meriah dengan pembeli. Memang seronok tengok gelagat orang, sama ada si peniaga atau pembeli. Aku? Cuci mata sambil ber'snapsqueen...hehehe!

Punyalah seronok tengok itu dan ini, sampai tak sedar keluar dari perut pasar dengan tangan kosong. Nasib baik di luar kaki lima pasar ada orang jual gula 'nise' dan dodol lipat, jadi aku sempat rempat tu aje sebelum gerak ke destinasi seterusnya.

 
Actually, aku nak ronda lama-lama kat dalam pasar ni, tapi dek terlanjur berjanji dengan member nak sarapan bersama terpaksalah gerak awal dengan janji dalam hati akan datang lagi next time. Gitu!


#PasarPayang #KualaTerengganu