.

Ahad, 23 Mac 2014

Misteri MH370: Mimpi seorang ustaz...


(Mungkin mainan tidur.. sekadar berkongsi info daripada laman facebook yg tersebar luas pada 21hb 2014)

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.

Sabtu, 22 Mac 2014

Andainya...


"...apabila datangnya tidak untuk merawat luka, 
malah menambah duka. 
Lalu, bertabahlah kerana Dia sedang mengajarmu soal SABAR dan BERSYUKUR."

Jumaat, 21 Mac 2014

Anis, nama kita sama...tetapi


Lokasi: Mid Valley
Waktu: 11.30 pagi

Client aku: "U nak mkn apa, Anis? I nak try Yong Tau Foo la...U?"
Aku: "U pergi beli dululah, sekejap lagi I beli."

Berselang 2 minit...

Anak manis: "Auntie, nama kita sama. Anis!"
Aku: "Oh ye (sambil sengih bangga sebab jumpa orang nama sama)."
Anak manis: "Dulu mak panggil, Anis. Kadang-kadang, Nis aje."
Aku: "Oh sama, habis sekarang Mama panggil apa pulak?
Adik manis: "Sekarang? Hmmm...Mama tak panggil apa-apa. Mama dah takde!"
Aku: "Allah...Auntie mintak maaf ye, ni datang dengan siapa?
Adik manis: "Dengan Tok Pah. Hari ni hari jadi Yaya. Beli mainan untuk Yaya." (dia belek-belek beg plastik di tangan).
Aku: "Yaya tak ikut?"
Adik manis: "Tak, Tok jaga. Auntie...kita nama sama, Auntie boleh jadi Mama Anis dan Yaya?"
Aku: "Hah?"
Adik manis: "Anis dan Yaya ada Tok dengan Tok Pah aje. Ayah pun takde, Ayah dah tak kawin dengan Mama...Ayah..."


...update:-

Tiba-tiba:

Wanita anggun separuh usia: "Anis, kenapa kacau Auntie tu. Tarik kerusi tu ke sini sikit."

Aku: "Eh tak apa, seronok bersembang dengan Anis ni."

Adik manis: "Tok Pah, nama Auntie ni sama mcm Anis. Kami...Anis!" (dia senyum meleret...aku juga).

Wanita anggun separuh usia: "Oh ye ke, kebetulan sama. Anis kecik ni memang mcm ni, peramah tak bertempat. Maaf ye."

Adik manis: "Tok Pah...boleh tak Auntie ni jadi Mama Anis dengan Yaya?" (Allah, senyum manja dia pada Tok Pahnya buat hati aku mencair).

Wanita anggun separuh usia: (Melopong mulutnya, kemudian cepat2 cover dengan senyum serba salah). "Maaf ye, dia bergurau aje ni."

Aku: "Tak apa, saya faham.

Wanita anggun separuh usia: "Agaknya rindu dengan Mama dia."

Aku: "Siapa tak rindu mak, puan. Saya hari-hari rindu Ma saya." (Senyum sambil terkenangkan Ma yang semakin emosi sejak berusia ni...hmmm).

Wanita anggun separuh usia: "Sorang aje?"

Aku: "Dengan kawan, dia beli makanan. Maaf kalau saya tanya, ayah Anis masih ada?"

Wanita anggun separuh usia: "Oh...ada lagi, cuma tak tahu ke mana budak bertuah tu pergi. Sejak berbini lain tak peduli anak bini. Bini mati pun, dia tak balik. Malu kami ni, tak tahu nak cakap mcm mana." (lambat-lambat dia suara, hujungnya dia mengeluh berat...)

Aku: "Maafkan saya..."

Wanita anggun separuh usia: "Tak apalah, nama pun hidup. Ujian tu ada di mana-mana dengan pelbagai cara."

Aku pandang Anis, senyum manjanya buat aku patah hati. Anis, nama kita sama tetapi kisah hidup kita tak serupa. Semoga kau tabah mengharungi ranjau hidup ini, Nak.

*p/s: ...ini versi update drpd facebook, dah tak emo jadi boleh sambung cerita.

 

Rabu, 19 Mac 2014

Kejam vs sadis...





Dia: "Apa perasaan ko, apabila orang tuduh bapak ko penjenayah?"

Aku: "Aku nak rentap hati & buah pinggang dia. Pastu aku juntai2 kat depan muka dia. Kasi dia makna, jenayah tgh berlaku kat dia!"

Dia: "Kejam sgt tu!"

Aku: "Eh! Tuduh org tanpa bukti lagi sadis!"

Selasa, 18 Mac 2014

Simbahan cahya...


...aku telah lama berhenti berharap dan menunggu datang gelap.
 Aku masih tersudut di sini, dengan pasti cahaya itu pasti menyimbah datang. Aamiin.

Rabu, 5 Mac 2014

Si anggerik...

...berbanding ros dan lily, aku lebih memilih anggerik. 
Apalagi si anggerik hutan liar.
Sumpah! Aku chenta mati sama si anggerik hutan nan liar itu. 
Meski tak tersohor, tetapi kepelbagaian rupa dan ronanya bikin si anggerik UNIK. 
Keanggunannya tak ditelan zaman, terus elegan di mata hatiku sampai bila-bila.

Unik itu memang memikat pandang. Lihatlah, betapa 'sesuatu' rupa dan ronanya.
Ini, sangat anggun. Pasti manis tatkala diselitkan di tepi telinga...hehehe
Rupanya nan menawan, cukup memikat kalbu.
Nampak biasa, tetapi ronanya indah.
...kalian lihat, betapa  indah dan elegan kuntuman anggerik yang tersusun manis pada rangkaian tandannya. Justeru, mengerti bukan mengapa anggerik begitu 'indah' di mataku. Masya-Allah.
sangat indah dan elegan tersusun pada rangkaian tandan dengan - See more at: http://blogmhariyanto.blogspot.com/2010/11/anggrek-hitam-coelogyne-pandurata.html#sthash.Cb2QAASm.dpuf
sangat indah dan elegan tersusun pada rangkaian tandan dengan - See more at: http://blogmhariyanto.blogspot.com/2010/11/anggrek-hitam-coelogyne-pandurata.html#sthash.Cb2QAASm.dpuf
sangat indah dan elegan tersusun pada rangkaian tandan dengan - See more at: http://blogmhariyanto.blogspot.com/2010/11/anggrek-hitam-coelogyne-pandurata.html#sthash.Cb2QAASm.dpuf

Ahad, 2 Mac 2014

Inspirasi Dapur edisi 2...


Alhamdulillah, edisi ke-2 e-majalah Inspirasi Dapur sudah berada di dalam web www.inspirasimagazine.com Selamat membaca *_*


p/s:...psst...it's a free online magazine, so everyone is invited to read it!