*p/s:...manusia berakal, tidak hanya menerima bulat-bulat apa yang didengar, baca atau diberitahu. Jadi, sama-sama kita cari ilmu lagi supaya dapat membuat pencerahan yang lebih baik. Saya sekadar berkongsi, anda berhak menilai mengikut kefahaman dan ilmu yang anda ada.
Ahad, 16 Februari 2014
Yakjuj & Makjuj'...
Penemuan
tergempar identiti yakjuj dan makjuj. Serta identiti Zulkarnain dan
juga lokasi tembok besi yang dibina untuk menghalang yakjuj dan makjuj.
*p/s:...manusia berakal, tidak hanya menerima bulat-bulat apa yang didengar, baca atau diberitahu. Jadi, sama-sama kita cari ilmu lagi supaya dapat membuat pencerahan yang lebih baik. Saya sekadar berkongsi, anda berhak menilai mengikut kefahaman dan ilmu yang anda ada.
*p/s:...manusia berakal, tidak hanya menerima bulat-bulat apa yang didengar, baca atau diberitahu. Jadi, sama-sama kita cari ilmu lagi supaya dapat membuat pencerahan yang lebih baik. Saya sekadar berkongsi, anda berhak menilai mengikut kefahaman dan ilmu yang anda ada.
Selasa, 11 Februari 2014
Pantai luka...
Aku mahu ke pantai...
mencari damai rasa...
mencari chenta nan hilang, ghaib entah ke mana-mana.
Aku mahu ke pantai...
mencari bayang-bayang rindu...
mencari ramai yang sunyi...sepi.
Aku mahu ke pantai...
meneman diri, memujuk kalbu...
yang bernama pantai luka.
Sabtu, 8 Februari 2014
Masihkah ada chenta...
Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun bebas kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan yg tidak ketara
Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadangkala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hatiku dingin bagai salju
[ Masihkah Ada Cinta lyrics found on http://lyrics.my ]
Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini sendiri
Andainya ada yang dapat mengerti
Gelisah yg datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar kau berpura-pura
*p/s: ...lagu ini sedang menyihir seluruh jiwa aku, maaf ye. Sesekali layan blues, hope tak ada yang makan hati. Hihihi
Jumaat, 7 Februari 2014
Kasih Allah kepadamu wanita tiada taranya...
![]() |
| Rugilah engkau wahai wanitaku, saat engkau menzalimi dirimu sendiri. |
Tiada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang melayan wanita sebegitu baik, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita dalam Islam.
Sayangnya, ramai wanita tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu dek nafsu sendiri dan rasa terkongkong dengan amalan atau larangan ke atas wanita Islam seperti menutup aurat, larangan bergaul bebas, berhias keterlaluan dan lain-lain. Mereka cukup takut dan gerun dengan semua larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal, kalau dikaji setiap satu larangan itu, memberi hikmah dan kebaikan kepada wanita itu sendiri.
Allah kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang dikenakan ke atas kaum wanita tidak lain untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat serta sekali-kali untuk menyusahkan mereka. Ayuhlah wanitaku , sayangi dirimu. Jangan engkau zalimi dirimu sendiri kerana Allah amat menyayangimu. Kasihnya Allah kepadamu, tiada taranya.
Khamis, 6 Februari 2014
Projek Kari Kepala Ikan...
Aduhai, lama gila aku tak bersiaran di sini dengan 'tekunnya' dan
hari ni aku nak melepaskan gian. Yup, hari ini aku dah buat
'pengisytiharan' cuti selepas lebih 18 jam tak berhenti bekerja. Otak
penat, tetapi mata tak nak tidur. Jadi, aku teruskan beraktiviti tanpa
tidur.
Jam 9.30 pagi tadi aku bergegas ke pasar sekitar rumah, teringin sangat nak masak Kari Kepala Ikan yang superhotspicy. Kebetulan ada dua ketul kepala ikan (tak pulak aku tanya ikan jenis apa, bukan ikan merah sebab tak ada secalit pun merah di situ hehehe), tak kisahlah janji kepala ikan!
Balik rumah, sambil mesin baju aku layan lagu rock kapak. Selesai sidai semua baju, masuk dapur dan mulakan projek mengerjakan kepala ikan. Alhamdulillah, aku dapat ikan segar, insangnya merah dan bau darahnya juga masih segar. Nampak gaya, sedaplah gulai kari aku hari ni.
Sama seperti biasa, aku memang jenis memasak main campak-campak. Campak segala rempah yang dirasakan sesuai (kadang tak tahu jugak apa fungsinya...hahahaha), paling penting kena ada cili kisar, bendi secukupnya dan tanpa penggunaan santan atau susu. Kenapa? Sebab saya nak hirup kuahnya puas-puas, kalau letak santan atau susu segar nanti rasa 'berdosa' sangat nak hirup sampai lupa diri hihihi.
Alhamdulillah, selepas 45 minit berperang di dapur maka siaplah 'Projek Kari Kepala Ikan' idaman kalbu aku...hihihi. Nak tahu rasanya, haruslah mantop. Gila tak sedap, susah tu nak ada masa membikinnya. Setiap hari sibuk, hari ni aku ambil cuti semata-mata nak layan anak tekak...hahaha.
Oklah, macam biasa layan gambar. Kalau teringin, sila la masak sendiri sebab seperiuk ni aku nak pulun sorang-sorang. Tak nak share dengan sesiapa hahaha!

| Gigih buat ni, kalau makan di kedai harus berpuluh ringgit 'kan. Paling penting, dijamin bersih ye hahahaha. |
![]() |
| Rupa Kari Kepala Ikan siap masak hihihi. Aromanya sangat menyengat! |
Who are you to judge...
"...kau percaya dia berzina?"
"Percaya!"
"Buktinya?"
"Semua orang berkata hal sama, dia dah berzina!"
"Asas daripada kata-kata mereka sampai kau juga percaya?"
"Asasnya? Ala...Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata!"
"Mereka nampak perbuatan zina tu?"
(Jeda)...
"Kau tahu apa itu buta akal?"
"Peribahasa mana kau pakai ni?"
"Aku cipta khas utk orang seperti kau. Kenapa? Fikir sendiri, itu pun kalau masih mampu!"

Selasa, 4 Februari 2014
Kisah Jane dan June...
Jane,
seorang pelajar senior di universiti tempatan yang tidak banyak bergaul
dengan rakan-rakan lain. Setiap kali kuliah habis, Jane akan bergegas
pulang. Pada mulanya, rakan sekuliahnya tidak mengetahui mengapa.
Satu hari, Jane membawa anaknya June ke sekolah. Terperanjat semua rakan sekuliahnya termasuk para pensyarahnya.
Jane tak kahwin lagi tetapi sudah ada anak berumur 4 tahun. Disebabkan Jane seorang yang tidak merapatkan diri dengan orang lain, maka tiada berani yang bertanya, namun perkara-perkara yang disebut-sebut tidak elok didengar.
Jane membawa June berjumpa dengan seorang pelajar Master bernama Badi yang bekerja sambil belajar di sebuah taska.
“Badi, sudi tak mengajar June?” tanya Jane.
Badi bersetuju setelah melihat perwatakan June yang begitu mentaati ibunya.
Setiap hari, Jane bergegas ke taska untuk menjemput June. Mereka akan pergi ke pasar bersama membeli barangan untuk dimasak malam dan juga dijadikan bekal pada hari esok.
June akan mencuci sayur dan daging, manakala ibunya memasak. Setelah habis makan, June akan duduk bercerita apa yang dipelajarinya hari itu sambil ibunya membersihkan pinggan dan dapur.
Kemudian, Jane akan menghabiskan masa ulangkaji pelajaran dan membaca cerita kepada June sebelum tidur sebelum mengulangkaji bahan pelajarannya sendiri sambil menyiapkan pakaian June untuk ke taska keesokan hari.
Walaupun memenatkan, tapi melihat senyuman June setiap hari menyebabkan Jane merasakan segalanya berbaloi.
“Inilah ibu,” bisik Jane di hati.
Adakalanya Jane tertidur ketika membaca cerita kepada June. Anaknya akan secara senyap-senyap menyelimutkannya sambil menutup lampu dan memastikan keesokan paginya, dia akan bangun lebih awal dan bersiap sebelum mengejutkan ibunya dari tidur.
Ada sekali ketika peperiksaan berlangsung, Badi membawa June melawat universiti untuk memberi semangat kepada Jane.
Melihat anaknya berdiri di pintu kaca luar kelas sambil memberikan isyarat kepadanya untuk melakukan yang terbaik, mata Jane kemerahan menahan air mata kegembiraan.
Demi June, segalanya berbaloi.
Setelah beberapa bulan dan telah menjadi rapat dengan Jane, ketika Jane menunggu June keluar dari kelas, Badi akhirnya bertanya…
“Mengapa Jane tidak mahu menceritakan perkara sebenar pada rakan-rakan di universiti? Mereka tengah bercakap di belakang kamu, dan kata-kata mereka sangat tidak sedap didengar?”
Jane melihat pada Badi.
“5 tahun lalu, saya ingat lagi pada 6 Februari 2014, waktu itu petang. Saya baru habis ulangkaji dan ingin keluar mencari makan. Saya berjalan ke McDonald dan membeli nuggets dan air dan makan sambil berjalan ke taman.
Tiba di satu simpang tempat perbuangan sampah, Saya mendekati untuk buang air yang telah habis diminum. Kawasan itu cukup busuk. Tetiba Saya melihat ada gerakan di dalam sebuah beg usang yang terbuang di situ.
Saya ingatkan kucing. Lalu Jane membuka beg. Di situlah Saya terjumpa June yang masih bayi..,” kata Jane.
Badi tidak berkata apa-apa.
“Oleh itu, Saya lebih rela mereka mengumpat Saya daripada mereka mengumpat mengenai June,” kata Jane lagi.
Tetiba, June keluar dari kelas dengan membawa sesuatu di tangannya yang disembunyikan di belakang.
“Mak, June sayang mak. Ini kad hari jadi June buat sendiri,” kata June sambil mencium pipi Jane. Jane tersenyum manis puas.
Melihat ini, Badi cukup terharu. Jane adalah wanita yang paling cantik di dunia baginya.
Mungkin yang terlintas difikiran anda, Jane ini seorang yang tidak berakhlak ketika awal cerita ini? Lumrah. Manusia, yang suka membuat kesimpulan melulu tanpa bersangka baik terlebih dahulu.
Jangan suka dan terlalu cepat buat ‘judgment’ pada orang lain atau situasi tanpa maklumat yang cukup. Apa yang nampak di depan mata dan terfikir di minda bukan selalunya betul, malah kamu kena awasi kerana biasanya ia lebih cenderung ke arah bersangka buruk.

Langgan:
Ulasan (Atom)