.

Jumaat, 7 Februari 2014

Kasih Allah kepadamu wanita tiada taranya...

Rugilah engkau wahai wanitaku, saat engkau menzalimi dirimu sendiri.

 Keistimewaan yang Allah SWT beri kepada wanita terlalu banyaknya. Kasih Allah SWT kepada wanita, seolah-olah tiada taranya. Begitu mengagumkan 'layanan' istimewa Islam kepada wanita.

Tiada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang  melayan wanita sebegitu baik, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita dalam Islam.

Sayangnya, ramai wanita tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu dek nafsu sendiri dan rasa terkongkong dengan amalan atau larangan ke atas wanita Islam seperti  menutup aurat, larangan bergaul bebas, berhias keterlaluan dan lain-lain. Mereka cukup takut dan gerun dengan semua  larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal, kalau dikaji setiap satu larangan itu, memberi hikmah dan kebaikan kepada wanita itu sendiri.

Allah kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang dikenakan ke atas kaum wanita tidak lain  untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat serta sekali-kali untuk menyusahkan mereka. Ayuhlah wanitaku , sayangi dirimu. Jangan engkau zalimi dirimu sendiri kerana Allah amat menyayangimu. Kasihnya Allah kepadamu, tiada taranya.


Khamis, 6 Februari 2014

Projek Kari Kepala Ikan...

Aduhai, lama gila aku tak bersiaran di sini dengan 'tekunnya' dan hari ni aku nak melepaskan gian. Yup, hari ini aku dah buat 'pengisytiharan' cuti selepas lebih 18 jam tak berhenti bekerja. Otak penat, tetapi mata tak nak tidur. Jadi, aku teruskan beraktiviti tanpa tidur.

Jam 9.30 pagi tadi aku bergegas ke pasar sekitar rumah, teringin sangat nak masak Kari Kepala Ikan yang superhotspicy. Kebetulan ada dua ketul kepala ikan (tak pulak aku tanya ikan jenis apa, bukan ikan merah sebab tak ada secalit pun merah di situ hehehe), tak kisahlah janji kepala ikan!

Balik rumah, sambil mesin baju aku layan lagu rock kapak. Selesai sidai semua baju, masuk dapur dan mulakan projek mengerjakan kepala ikan. Alhamdulillah, aku dapat ikan segar, insangnya merah dan bau darahnya juga masih segar. Nampak gaya, sedaplah gulai kari aku hari ni.

Sama seperti biasa, aku memang jenis memasak main campak-campak. Campak segala rempah yang dirasakan sesuai (kadang tak tahu jugak apa fungsinya...hahahaha), paling penting kena ada cili kisar, bendi secukupnya dan tanpa penggunaan santan atau susu. Kenapa? Sebab saya nak hirup kuahnya puas-puas, kalau letak santan atau susu segar nanti rasa 'berdosa' sangat nak hirup sampai lupa diri hihihi.

Alhamdulillah, selepas 45 minit berperang di dapur maka siaplah 'Projek Kari Kepala Ikan' idaman kalbu aku...hihihi. Nak tahu rasanya, haruslah mantop. Gila tak sedap, susah tu nak ada masa membikinnya. Setiap hari sibuk, hari ni aku ambil cuti semata-mata nak layan anak tekak...hahaha.

Oklah, macam biasa layan gambar. Kalau teringin, sila la masak sendiri sebab seperiuk ni aku nak pulun sorang-sorang. Tak nak share dengan sesiapa hahaha!

Gigih buat ni, kalau makan di kedai harus berpuluh ringgit 'kan. Paling penting, dijamin bersih ye hahahaha.

Rupa Kari Kepala Ikan siap masak hihihi. Aromanya sangat menyengat!

Who are you to judge...

"...kau percaya dia berzina?"

"Percaya!"

"Buktinya?"

"Semua orang berkata hal sama, dia dah berzina!"

"Asas daripada kata-kata mereka sampai kau juga percaya?"

"Asasnya? Ala...Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata!"

"Mereka nampak perbuatan zina tu?"

(Jeda)...

"Kau tahu apa itu buta akal?"

"Peribahasa mana kau pakai ni?"

"Aku cipta khas utk orang seperti kau. Kenapa? Fikir sendiri, itu pun kalau masih mampu!"

Selasa, 4 Februari 2014

Kisah Jane dan June...

Jane, seorang pelajar senior di universiti tempatan yang tidak banyak bergaul dengan rakan-rakan lain. Setiap kali kuliah habis, Jane akan bergegas pulang. Pada mulanya, rakan sekuliahnya tidak mengetahui mengapa.

Satu hari, Jane membawa anaknya June ke sekolah. Terperanjat semua rakan sekuliahnya termasuk para pensyarahnya.

Jane tak kahwin lagi tetapi sudah ada anak berumur 4 tahun. Disebabkan Jane seorang yang tidak merapatkan diri dengan orang lain, maka tiada berani yang bertanya, namun perkara-perkara yang disebut-sebut tidak elok didengar.

Jane membawa June berjumpa dengan seorang pelajar Master bernama Badi yang bekerja sambil belajar di sebuah taska.

“Badi, sudi tak mengajar June?” tanya Jane.

Badi bersetuju setelah melihat perwatakan June yang begitu mentaati ibunya.

Setiap hari, Jane bergegas ke taska untuk menjemput June. Mereka akan pergi ke pasar bersama membeli barangan untuk dimasak malam dan juga dijadikan bekal pada hari esok.

June akan mencuci sayur dan daging, manakala ibunya memasak. Setelah habis makan, June akan duduk bercerita apa yang dipelajarinya hari itu sambil ibunya membersihkan pinggan dan dapur.

Kemudian, Jane akan menghabiskan masa ulangkaji pelajaran dan membaca cerita kepada June sebelum tidur sebelum mengulangkaji bahan pelajarannya sendiri sambil menyiapkan pakaian June untuk ke taska keesokan hari.

Walaupun memenatkan, tapi melihat senyuman June setiap hari menyebabkan Jane merasakan segalanya berbaloi.

“Inilah ibu,” bisik Jane di hati.

Adakalanya Jane tertidur ketika membaca cerita kepada June. Anaknya akan secara senyap-senyap menyelimutkannya sambil menutup lampu dan memastikan keesokan paginya, dia akan bangun lebih awal dan bersiap sebelum mengejutkan ibunya dari tidur.

Ada sekali ketika peperiksaan berlangsung, Badi membawa June melawat universiti untuk memberi semangat kepada Jane.

Melihat anaknya berdiri di pintu kaca luar kelas sambil memberikan isyarat kepadanya untuk melakukan yang terbaik, mata Jane kemerahan menahan air mata kegembiraan.

Demi June, segalanya berbaloi.

Setelah beberapa bulan dan telah menjadi rapat dengan Jane, ketika Jane menunggu June keluar dari kelas, Badi akhirnya bertanya…

“Mengapa Jane tidak mahu menceritakan perkara sebenar pada rakan-rakan di universiti? Mereka tengah bercakap di belakang kamu, dan kata-kata mereka sangat tidak sedap didengar?”

Jane melihat pada Badi.

“5 tahun lalu, saya ingat lagi pada 6 Februari 2014, waktu itu petang. Saya baru habis ulangkaji dan ingin keluar mencari makan. Saya berjalan ke McDonald dan membeli nuggets dan air dan makan sambil berjalan ke taman.

Tiba di satu simpang tempat perbuangan sampah, Saya mendekati untuk buang air yang telah habis diminum. Kawasan itu cukup busuk. Tetiba Saya melihat ada gerakan di dalam sebuah beg usang yang terbuang di situ.

Saya  ingatkan kucing. Lalu Jane membuka beg. Di situlah Saya terjumpa June yang masih bayi..,” kata Jane.

Badi tidak berkata apa-apa.

“Oleh itu, Saya lebih rela mereka mengumpat Saya daripada mereka mengumpat mengenai June,” kata Jane lagi.

Tetiba, June keluar dari kelas dengan membawa sesuatu di tangannya yang disembunyikan di belakang.

“Mak, June sayang mak. Ini kad hari jadi June buat sendiri,” kata June sambil mencium pipi Jane. Jane tersenyum manis puas.

Melihat ini, Badi cukup terharu. Jane adalah wanita yang paling cantik di dunia baginya.

Mungkin yang terlintas difikiran anda, Jane ini seorang yang tidak berakhlak ketika awal cerita ini? Lumrah. Manusia, yang suka membuat kesimpulan melulu tanpa bersangka baik terlebih dahulu.
 

Jangan suka dan terlalu cepat buat ‘judgment’ pada orang lain atau situasi tanpa maklumat yang cukup. Apa yang nampak di depan mata dan terfikir di minda bukan selalunya betul, malah kamu kena awasi kerana biasanya ia lebih cenderung ke arah bersangka buruk.

Isnin, 27 Januari 2014

'Projek gila' - Inspirasi Dapur...

Jumaat yang penuh berkah, syukur Alhamdulillah. Sebulan bersengkang mata, fikiran sarat dengan macam-macam agenda untuk menzahirkan impian menjadi kenyataan.

Syukur ya Allah, pada 25 Januari 2014 kawan aku dan team INSPIRASI MAGAZINE berjaya merealisasikan 'projek gila' mereka yang diberitahu sebelum ini (terima kasih kerana sudi menggunakan pakai buah fikiran aku, ye). 

Allah telah mempermudah usaha mereka untuk menzahirkan e-Magazine (digital magazine) yang diberi nama INSPIRASI DAPUR. Majalah versi digital ini boleh dilayari menerusi laman web www.inspirasimagazine.com

www.inspirasidapur.com

Konsep e-Magazine ini gaya hidup dengan fokus utamanya dunia masakan. Pelbagai tip kesihatan, kecantikan, kekeluargaan dan semestinya masakan dipaparkan di laman ini. Jadi, dengan rendah hatinya mereka menjemput kalian semua untuk 'melawat kawasan'.

Caranya mudah saja, login ke link laman web itu dan daftar masuk (pendaftaran percuma ye). Sebarang maklum balas amat dialu-alukan. Boleh pm mereka di fanpage facebook/InspirasiMagazine.Com Silakan dan terima kasih.*_*

*p/s: Khabarnya,web portal Inspirasi Magazine juga bakal menyusul. Bila? Aku akan sampaikan di sini apabila diberitahu kelak.

Rabu, 15 Januari 2014

15 Reasons to Date a Reporter...

Pix frm Google
Assuming you’re not being currently investigated for a story, there’s no need to fear a reporter’s interest.

Here are 15 reasons to date a reporter:

1. Reporters have great “B.S. radar.” They expect honesty and transparency — and know how to find out the truth if it’s not being told.

2. Reporters are usually self-employed and have flexible schedules. If you’re free for lunch on a Wednesday, your significant other might be able to join you.

3. You’ll be getting a great Scrabble partner. (Don’t try to use fake words. He/she will know.)

4. Reporters meet deadlines. If punctuality is your thing, a reporter won’t let you down.

5. Feeling out of touch? Your date will be up on all the local news and current affairs.

6. Successful reporters (like the one you’re dating) are ambitious and aren’t afraid to take risks.

7. Related to #6, your date might even make the first move. (Or ask you why you haven’t.)

8. Reporters make great dates to parties and family events, as they’re great at asking questions and engaging others in conversation.

9. Your date will always have interesting stories to tell.

10. Remember that time your ex forgot your birthday? Reporters pay attention to important details. Your date will remember your birthday, the way you like your coffee, and that promise you made her last week. Your words will matter.

11. Reporters are passionate communicators, excited to share stories with a wider audience. They also want to hear others’ stories.

12. Reporters are trustworthy. And when you’re in a relationship with one, everything is off the record.

13. Reporters can act fast, redirect questions and problem-solve on the fly. If you like smart guys/girls, a reporter will keep you on your toes.

14. Reporters get invitations to swanky events. If you’ve ever wanted to hobnob with the mayor and other local celebrities, dating a reporter helps.

15. Clark Kent. Enough said.

Why else should one date a reporter?

*By eHarmony

Isnin, 13 Januari 2014

Rasulullah SAW teladan tiada taranya...

Malam ini ramai yang mengalunkan selawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Jadi, aku mahu menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi riwayat hidup Baginda (secara ringkasnya) yang dipetik daripada pelbagai sumber (sengaja aku tidak mengeditnya sebagai menghormati sumber perolehan dan kerana agak kesuntukan masa, insyaAllah kalau berkelapangan nanti aku cuba edit ye).  Sebelum membacanya, jom kita selawat dulu ^_^




1. Masa Kelahiran Nabi Muhammad SAW dan Kebiasaan Masyarakat Jahiliyah
Pada masa kelahiran Nabi Muhammad SAW terdapat kejadian yang luar biasa yaitu ada serombongan pasukan Gajah yang dipimpin Raja Abrahah (Gubernur kerajaan Habsyi di Yaman) hendak menghancurkan Kakbah karena negeri Makkah semakin ramai dan bangsa Quraisy semakin terhormat dan setiap tahunnya selalu padat umat manusia untuk haji.

Ini membuat Abrahah iri dan Abrahah berusaha membelokkan umat manusia agar tidak lagi ke Makkah. Abrahah mendirikan gereja besar di Shan’a yang bernama Al-Qulles. Namun tak seorang pun mau datang ke gereja Al Qulles itu. Abrahah marah besar dan akhirnya mengerahkan tentara bergajah untuk menyerang Kakbah. Didekat Makkah pasukan bergajah merampas harta benda penduduk termasuk 100 ekor Unta Abdul Muthalib

Dengan tak disangka Abdul Munthalib kedatangan utusan Abrahah supaya menghadap ke Abrahah. Yang pada akhirnya Abdul Munthalib meminta Untanya untuk dikembalikan dan bersedia mengungsi bersama penduduk dan Abdul Munthalib berdo’a kepada Allah supaya Kakbah diselamatkan.

Keadaan kota Makkah sepi tentara Abrahah dengan leluasa masuk Makkah dan siap untuk menghancurkan Kakbah. Allah SWT mengutus burung Ababil untuk membawa kerikil Sijjil dengan paruhnya. Kerikil itu dijatuhkan tepat mengenai kepala masing-masing pasukan bergajah tersebut hingga tembus ke badan sampai mati. Peristiwa ini diabadikan dalam Al-Qur’an surat Al Fiil ayat 1-5. (QS 105 :1-5). Pasukan bergajah hancur lebur mendapat adzab dari Allah SWT.

Pada masa itu lahir bayi yang diberi nama Muhammad dari kandungan ibu Aminah dan yang ber-ayahkan Abdullah. Muhammad lahir sudah yatim karena saat nabi Muhammad SAW masih dalam kandungan ayahnya sudah meninggal dunia. Nabi Muhammad SAW lahir pada hari Senin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah dan bertepatan tanggal 22 April 571 M.

2. Kebiasaan Masyarakat Jahiliyah
Pada zaman kelahiran nabi Muhammad SAW masyarakat Makkah mempunyai kebiasaan jahiliyah yaitu kebiasaan menyembah patung atau berhala. Jahiliyah artinya zaman kebodohan. Yang disembah bukan Allah tetapi patung atau berhala dan kebiasaannya sangat buruk yaitu mabuk, berjudi, maksiat dan merendahkan derajat wanita. Mereka hidup berpindah-pindah dan terpecah dalam suku-suku yang disebut kabilah. Hidup serba bebas tidak ada aturan dalam bermasyarakat. Sehingga kehidupan sangat kacau balau.

Di saat kacau bilaunya masyarakat Makkah itu, lahir Nabi Muhammad SAW sebagai Rahmat bagi seluruh alam.