.

Rabu, 19 Disember 2012

Isnin, 17 Disember 2012

Cover Jelita Januari 2013...Zarina Zainoordin

Huhuhu akhirnya hasil penat lelah sudah 'keluar', walaupun aku berkenankan pose lain utk dijadikan cover tp ikut pilihan majoriti terima la kan. Apa yg dah keluar? Haruslah Majalah Jelita, utk New Year isu...aku ditugaskan setup utk cover Jelita.

Zarina Zainoordin (ala bintang AF2 tu) menjadi pilihan, sebabnya? Sebab bakat lakonannya semakin menyerlah (hey ramai org suka watak dia sebagai Miss Lorna dlm ost Mimpi Cinderella tau ^_^) dan utk mendapatkannya walaupun dia bz tp hasil kerjasama baik yg diberikan semuanya berjalan lancar.

Shooting cover kali ni dibuat di Hotel Sunway Putra (dulunya Legend Hotel). Eh lupa la, aku ada citer sikit pasal proses pembikinan cover ni, cuba tgk kat sini 

Now, dah keluar printing dan bersedia jumpa pembacanya. Nak tahu apa yag Zarina sembangkan, sila la beli ye dan korang jugak bole tgk gambar2 disebalik tabir foografinya di sini

Ini utuk korang tgk hehehehe:-
Majalah Jelita Januari 2013-Zarina Zainoordin. Hot tak...

Ahad, 16 Disember 2012

Curang? Awas Lu!!!

Ada member emel info ni kat gua, hehehe tqvm la 'Kak Senah' ye. So aku pun saja2 lah share kat sini utk bacaan bersama. 
Curang? Awas Lu!!!

Tanda-tanda Suami Curang
Lelaki ni dia tak ada sikap teliti macam wanita, sebab itulah banyak kes kecurangan suami dapat dikesan si isteri dengan mudah. Andaian saja ...

TELEFON BIMBIT SUAMI
Tidak dibenarkan memegang sama sekali telefon bimbit suami. Jika dahulu dia letak saja dimana-mana telefon bimbit tu, dan tak kisah pun kalau si isteri cuba mengangkat telefon tu bila berdering. Tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak benarkan si isteri menyentuhnya dan si isteri langsung tak nampak pun telefon bimbit suami seperti sebelum ni. Senang cakap dah disembunyikan dari mata si isteri. Haaa maka lakukan lah siasatan lanjut.

GAYA BERUBAH
Jika suami dulu tak kisah pun pasal penampilan atau gaya-gaya sekarang, tapi sejak dua menjak ni dia mula berubah sikap. Dulu tidak pun sembur minyak wangi tapi sekarang aroma minyak wangi setiap hari. Sebabnya jika seseorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut, kuku atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain.

SERING MENGHILANGKAN DIRI
Mula keluar awal ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah atau sering ke luar daerah. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya. dan yang parah bila tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari kita.

PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah 'sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tak masuk di akal, seperti penginapan di hotel atau membeli keperluan yang mahal-mahal, nak kena selidik juga ni.

CARA LAYANAN BERUBAH
Dulu suami layan isteri bukan main baik sekali. Peramah , penyayang dan bila di tanya suami kan melayan dengan baik ketika berbual tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah. Silap-silap isteri kena kritik dengan suami tak pandai bergaya, tak pandai berbicara, masak pun dah tak sedap. Mulalah mudah bertengkar dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin dia membanding-bandingkan anda dengan teman barunya.

Tapi ada juga sebaliknya, suami bersikap manis dan lembut, berbeza perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana ingin menutupi kesalahannya atas perbuatannya yang bermain kayu tiga..

KATA HATI SEORANG ISTERI
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih menyakinkan lagi daripada perasaan wanita sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya.

PERINGATAN: Suami kalau dpt isteri yg Soleha jgn cuba2 selingkuh. Isteri kalau sudah sayang suami, dia sayang hingga ke akhir hayat. Tapi kalau sudah dicurangi, bermakna tiada lagi sedikit ruang untuk ada meminta belas kasihani. Jawapannya....GET LOST!!

Rabu, 12 Disember 2012

La Senza + Spageti Seafood Olio + Durian = PENGSAN!!!

Ptg tad ada launch koleksi baru La Senza kat The Apartment, KLCC. Horeyyy...akhirnya dpt keluar dari 'zone beku' gara-gara dateline. Tapi, sebelum dpt keluar tu gigih la pulun proses bahan sampai nak sengal otak dibuatnya.

Event start jam 5pm, tp 4.40pm baru dpt keluar opis. Merempet la jawapnya dlm Smart tunnel hehehe (dah biasa buat mcm ni, jgn takut la paling pecut pun 130 je) dan hasilnya, jam 5pm aku dah sampai kat dalam perut KLCC.

Wah heaven rasanya, sebab lama x dtg jenjalan kat KLCC (padahal bukan jauh mana pun, x time je ^_^). Tp x leh la nak buat sesi melawat kawasan sebab kena kejar p event dulu, tapi sampai kat tempat event derang buat sesi mkn2 dulu. Nampak jugak kat satu sudut, model2 minah salleh tgh dimakeup. Hmmm...ada fashion show kah? OMG...terpaksa tgk model 'tayang badan' la ptg ni...hukhukhuk!

Byk mknan (semuanya sweet, aku cuma minat snap gambarnya je...oh ye aku ada cuit aiskrim buah-buahan dan kek pelangi, sebab nampak mcm sedap...nasib baik sedap noks hahahaha). Dekat 1 jam jugak lah menunggu, baru la event start diikuti dgn 'fashion show'.

Dekat2 kul 7pm, event selesai dan aku terus cabut. Perut lapar dan takut jam sebab nampak mcm hujan je kat luar (pandangan dari dalam The Apartment). Tapi syukurlah, kuat tempat parking jln clear...jem skit je masa nak masuk area Jelatek.

Dek terbaca perbualan kengkawan dlm whatsapp pasal spageti, tetiba teringin lak nk makan. Maka gigih la aku melencong ke Giant, Taman Permata (Hulu Kelang) utk beli bahan2nya. Ye...ye...ini semua gara si Yuse! Pandai2 sebut nak masak spageti utk mkn mlm dia...Sgt jahat uolls!!!

Ok barang2 dah beli, balik terus...bukak tudung terus kejar dapur. Perghhh...mcm mak beranak lima lak gigih masak makanan malam hahahahaha. Tak sampai 1 jam, semuanya siap terhidang atas meja. Syioknya dpt mkn Spageti Seafood Olio hasil air tangan sendiri yg super hot & spicy.

Hemmm...apa rupanya? Jom layan gambar (termasuk gambar2 waktu di La Senza td ^_^), juga gambar2 aku mkn durian yg gigih dibeli dlm hujan lebat lepas mkn spageti sepinggan. OMH (Oh Mak Hang hahaha)...*PENGSAN*!!!
Deko di 'pentas' La Senza
Comelnya kerusi pink tu
Hamik ko...pink lagi
Meriah kaler noks...
Pengacara majlis pun pakai koleksi baru La Senza
Sejuk dan sedap
Sedap tp sweet
Teringin nak wat balik hahahaha

Penat balik assg tak hilang gigih masak Spageti Olio
Taraaaaa...
2 biji je beli...padahal gigih redah ujan neh (lepas mkn spageti td)
Suka yg isi nipis mcm ni, x muak sgt
Pastu tempek la relaxing mask kat muka...kunun2 jaga kecantikan (mask free je dpt time assg hehehehe)
Hah...buat apa tu? Ngumpat aku eh hahahaha!!!
Pastu layan ost Korea...OMG...bila kalanya aku tido kan!!!

p/s: ni gambar 'rahsia' kita tau hahahaha
Huhuhu...saja kasi yg blur hahahaha



Sabtu, 1 Disember 2012

Hasil kerja - Jelita Januari 2012

Malajah Jelita edisi Januari 2013 akhirnya siap print, dah sampai pun atas meja di workstation aku. Wah semangat tgk, sebab kali ni aku yg menjadi penyelaras covernya.

Sebenarnya, ada beberapa hal aku nak share kat sini, tapi memandangkan skrg ni aku tgh gigih proses bahan utk dateline Jelita yg seterusnya. So, kita sembang takat ni dulu ye. Hari ni korang layan gambar dulu eh, nanti senang2 nanti aku 'muncul' balik kat sini ^_^

Dapat interview Abg Nuar...hehehehe
Tiap2 bulan inilah ruangan yg aku kena jaga
Interview utk cover story
Jangan tak tahu, aku pun menulis utk ruangan fesyen ye puan2 huhuhu
Rencana khas bulan ini...Aku ingin berubah
Masuk awal tahun, ada peluang la tampal muka sendiri dlm majalah...(tp x suka pix ni nampak mcm makcik sgt, waaaaa)


Rendu bertenda...


aku suka di sini
tidak terlalu ramai
tidak terlalu sepi
walaupun ada bibit-bibit kesedihan di sini
aura gembiranya masih berbayang
sendu bersulam senyum
wajah mesra menyambut rindu
 
tatkala mata bertemu bintang di dada langit
ada rindu bertenda di situ
ramah dan ceria
wahai bulan

tatkala melihat langit membiru
aku mencari senyunmu di situ
entah di mana
lesap ghaib lenyap
sepi...