.

Sabtu, 3 Mac 2012

Gundah memamah setiap inci kegembiraan...

Nasib nenek kerana ubi kayu...

Sekadar mahu kongsi kisah ini dgn kalian semua. Kala membaca, sayu bergayut di tangkai hati. Semoga apa yg dipaparkan ini menjadi ikhtibar kita bersama. Sharing-caring with luv ;-)


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa s...ebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Apa itu DISLEKSIA?

Taare Zameen-Best!
...mungkin korang mcm aku gak, dah tgk movie ni kat tv td. Mungkin ada yg masih tak faham apa itu Disleksia. Ptg ni aku terlebih rajin sikit, sj google mengenainya. Berikut ini petikan yg aku jumpa drpd pelbagai sumber

Sumber 1: http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Sumber 2 (rajin2 p google k, kalau petik ke sini nanti pjg lak post ni): http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Lain2: Korang taip je DISLEKSIA nanti byk la info mengenainya. tqvm sudi membaca ;-)

Taare Zameen Par-Really make me cry...so touching

Mata mengantuk tp, movie yg tgh tayang kat TV ni tambah best lak. Pernah tgk sikit kat 'rumah' Puan Sri You Tube, tp time tu internet lembab (zaman belum ada Unifi + x taw camna nk download videa dr You tube, tp la ni dah taw la...dh mcm2 video aku 'sedut' kat You Tube tu).

Dek kegigihan (usaha tangga jaya hahaha), selesai nonton movie yg sgt best n touching habis (really make me cry-terus jd hati kapas). Really luv the movie!!!
Yup, setiap kita ada own talent-so jgn buang masa dengki-mendengki or menjatuhkan org lain utk dipandang juga duduk di atas. Kita lahir setia 'sempurna', hargai sebaiknya. Thanks Taare Zameen-mengisi petang ini dgn sgt rasa damai ;-)

Jumaat, 2 Mac 2012

A Rational Reason to Cover my Head?...

Entah, lupa baca kisah ni kat blog mn. Waktu baca, aku terus copy n paste kat notepad. Bila aku baca balik, rasa nk share dgn korang. Moga manfaat drpd cerita ini dpt dikongsi bersama.

Gambar-hasil carian Google ;-)
Kenapa saya bertudung...ada sebab yang rasional?
Tidak pula saya pernah membukanya atas apa sebab jua pun. Saya tidak dapat pandangan yang serong kecuali sedikit dan tidak dapat cemuhan kecuali dari orang yang jahil.. Saya  dapati saya telah dapat, dengan cara berpakaian saya untuk membuktikan bahawa prasangka mereka terhadap Muslimah bertudung adalah palsu kesemuanya. Saya berilmu, berakhlaq baik, mampu berdiskusi dan berdebat, boleh ketawa dan bersikap sederhana, sama sekali tidak terkongkong atau terhalang dengan mengamalkan Islam sebaik mungkin.  Saya adalah Wanita Muslim, yang fundamental tetapi kontemporari memahami hukum hakam di dalam konteks dunia masakini..

Saya ditanya soalan ini oleh seorang sahabat. Bila saya cuba fikirkan untuk menjawab soalannya ini tanpa menyebut dalil Al Quran dan Hadith, nyata saya tidak dapat memberi sebab yang rasional. Saya dapat kemukakan banyak sebab tetapi tidak dapat kemukakan sebab tanpa kaitan dengan Al Quran dan Hadith. Tidak semua perkara yang saya lakukan bersandarkan logik dan rational.  Kerap kali saya lakukan sesuatu sebab hati saya aman dengan melakukannya

Memakai tudung bukanlah sesuatu yang saya lakukan dari kecil, malahan saya telah kesekolah sehingga tamat sekolah dengan skirt dan kemeja. Saya ke Universiti memakai skirt atas paras lutut  . Saya mula memakai tudung pada umur 18 tahun semasa belajar di Mesir.Semasa itu, di Malaysia tudung kepala hampir tidak kelihatan tetapi di Mesir sudah menjadi perkara biasa dikalangan pelajar universiti.

Pada tahun 1976 semasa saya pulang ke Malaysia untuk bercuti seketika, saya telah pun memakai tudung dan pada masa ini, di Malaysia ia masih suatu yang janggal dan tidak diamalkan. Semasa saya berada di Masjid Tanah, kampung suami saya, saya diludahi di muka oleh seorang gila. Ini mungkin disebabkan cara saya berpakaian, dengan tudung kepala , mungkin orang gila ini melihat perkara ini suatu yang pelik dan meludahi muka saya. Suatu pengalaman perit yang tidak dapat saya lupa berkaitan dengan memakai tudung! Semasa ke Pulau Pinang pula, saya terasa saya di negeri asing, suatu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini...kepala manusia berpusing-pusing untuk melihat wajah saya yang bertudung! 

Mengapa saya masih bertudung juga apabila ditimpa berbagai dugaan setelah memakai tudung? Bukan mudah untuk saya membuat keputusan untuk memakai tudung.  Salah seorang guru saya telah mengelar saya sebagai anak nakal sebab kedua-dua rakan serumah  saya telah memakai tudung sedangkan saya masih mempertahankan skirt pendek saya.

"Mengapa perlu tutup kepala ? Saya telah bertanya , "Kalau anda boleh berikan saya sebab yang kukuh bahawa ia adalah hukum di dalam Islam saya akan lakukan ujar saya kepada Tahani, guru  saya yang berbangsa Mesir.Tahani merujuk pada surah An Nur ayat 31 dan juga mengemukakan beberapa hadith Nabi.

Lama juga masa untuk saya memikirkan tentang implikasi memaki tudung sedangkan masyarakat di Malaysia belum dapat memahami atau menerimanya. Namun demikian keimanan saya pada Islam menebal dan keyakinan saya tentang wajibnya menurut perintah Allah sememangnya kuat maka, setelah saya berasa yakin bahwa ada kebenaran di dalam perbuatan mereka yang memakai tudung, maka saya pun memakai tudung!

Zaman itu adalah zaman kereta tiada hawa dingin dan kedai pun tidak berhawa dingin. Saya beruntung melatihkan diri bertudung di Mesir, sebab cuaca Mesir kering dan di musim panas sekalipun, kita  tidak berpeluh walau berapa lapis tudung dan jubah. Tidak begitu di Malaysia! Saya berasa sangat terseksa dengan bertudung dan berjubah , dan setiap perjalanan dengan kereta seolah saya berada di dalam neraka dunia yang begitu panas. Cuma takutkan nerakalah saya masih tidak meningalkan pakaian tersebut! Sampai suatu ketika saya berasa marah kepada Tuhan sebab menyeksa saya sedemikian rupa sehingga saya menjadi letih dan tidak selesa!

Syukurlah saya mulai sedar, bukan Tuhan yang menyeksa saya tetapi saya yang menyeksa diri sendiri sebab tidak pandai menyesuaikan pakaian pada iklim negeri saya. Saya pun buang jubah dan tudung tebal, dan memakai kain yang sesuai dengan iklim. Tidak jarang tetapi nipis dan boleh serap peluh, namun tetap bertudung!

Selepas kesusahan awal yang saya lalui untuk untuk menegakkan Islam di dalam diri, saya dapati saya menjadi lambang kebangkitan Islam dan tingkah laku saya diperhatikan oleh masyarakat! Saya dapati saya perlu berhimmah dalam pertuturan dan perbuatan sebab saya dilihat sebagai seorang yang mencerminkan Islam. Kerap juga saya gagal memenuhi peranan ini. Saya gagal berilmu, saya gagal menunjukkan akhlaq yang sebaiknya, saya gagal mengawal marah dan banyak lagi kegagalan saya.

Namun, demikian setiap kegagalan di ikuti dengan mujahadah untuk perbetulkan yang silap dan berusaha lagi untuk menjuadi Mukminah yang baik. Mujahadah yang saya mulakan dengan memakai tudung berterusan sehingga sekarang. Sudah banyak ide-ide awal yang saya fikirkan benar telah saya buang untuk menerima ide yang lebih mantap, namun demikian tudung tetap saya amalkan.

Ini adalah keyakinan diri saya sendiri namun demikian saya tetap menghormati wanita Islam yang tidak mempunyai keyakinan yang sama. Bagi saya tudung adalah simbol keislaman saya , namun demikian siapalah saya untuk menghukum orang yang tidak mempunyai keyakinan  seperti saya? Biarlah Allah sahaja yang menentukan hal ini di akhirat kelak!

Lama kelamaan saya mulai sedar bahawa apa yang saya mulakan sebagai tanda patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul menjadi lambang dan simbol kebangkitan Islam di dalam jiwa saya. Tudung fokus  mengubah diri saya untuk menjadi insan yang lebih baik

Sekarang saya di dalam usia 46 tahun  dan saya mula bertudung semasa umur 18 tahun pada zaman tujuh puluhan, zaman pop yeye. Yang saya boleh perkatakan semenjak saya bertudung , saya tidak menerima sebarang gangguan atau usikkan dari lelaki. Saya di beri penghormatan kemana jua saya pergi dan saya memang banyak menjelajah dunia. Mesir, Syria, Greece, England, Australia, Indonesia , India, Pakistan, Eropah dan Amerika adalah negara dan benua yang saya kunjungi malahan ke Cina dan Rusia pun sudah saya sampai dengan pakaian bertudung ini.

Tidak pula saya pernah membukanya atas apa sebab jua pun. Saya tidak dapat pandangan yang serong kecuali sedikit dan tidak dapat cemuhan kecuali dari orang yang jahil.. Saya  dapati saya telah dapat, dengan cara berpakaian saya untuk membuktikan bahawa prasangka mereka terhadap Muslimah bertudung adalah palsu kesemuanya. Saya berilmu, berakhlaq baik, mampu berdiskusi dan berdebat, boleh ketawa dan bersikap sederhana, sama sekali tidak terkongkong atau terhalang dengan mengamalkan Islam sebaik mungkin.  Saya adalah Wanita Muslim, yang fundamental tetapi kontemporari memahami hukum hakam di dalam konteks dunia masakini..

Dr Suriyakhatun Osman
2003

Khamis, 1 Mac 2012

The making of dadih mangga...

Dadih? YupS, walaupun x minat sgt makan tp entah kenapa mlm ni teruja nk buat. Aceli brg2 nk buat dadih dh sebulan dok menjanda kat tepi dinding bilik bakery. Cuma mlm ni ada vitamin R nk masuk cooking zone...hihihi

Sok Jumaat, so aku pk cantik gak kalau 'belanja' kengkawan kat opis pencuci mulut buatan sendiri. X kisahlah kalau ada yg x suka, kalau rasa sedap mkn...kalau x sedap bg komen positif sudah. Aku ni jenis x kisah sebenarnya, org je suka pk yg bukan2 pasal aku. Pelik? Aku ke derang? Ah! Abaikan, semua tu tak penting skrg. Skrg yg penting mcm mn nk buat dadih utk kali pertama-x pernah seumur hidup buat dadih sendiri.

Resipinya dah aku 'cilok' awal2 'rumah' Mr. Google & Puan Yahoo, so x de masalah. Masalahnya skrg mcm mn nk mulakan langkah pertama? Oleh krn mlm ni ada sikit angin perasan, so aku pun 'verangan' la buat dadih ikut resipi menggunakan serbuk agar2. Sgt simple, tp x tau la menjadi ke tidak!

Kalau rujuk resipi bahan semua dh lengkap. Apa yg diperlukan? Depa suruh sediakan serbuk agar2, susu cair 1 tin, gula (secukup rasa), air (aku bantai air mineral hahahaha) & perasa (ini pun ikut suka hati nak letak perasa apa janji suka rasa tu la)...oh satu lagi, api drpd dapur gas or dapur kayu hahahahaha

Marilah mendadih wahai member2 blogger sekalian. Jgn dok copy resipi jek, buatnya tidak (mcm aku hahahaha). Dah, tak nk meraban byk2, kita layan gambo2 yg aku snap kat bawah ni ye (bz sungguh, satu tgn nk pegang iphone, 1 tgn lagi utk kerjakan bahan2 dadih ni...demi blog yg dah bersawang nih) hahahaha. Dah JomS!!!

Mula2 kasi potong dadu isi mangga
Lebih kurang mcm ni la bentuk dadu ciptaan aku hahaha
Nyaris tinggal setengah mangkuk sebab mulut sibuk meratah hahahaha
Buat kerja ditemani Yuna ;-)
Tinggal biji jek sapa nk???
X caya Yuna teman aku buat dadih, ini buktinya wakakakaka ;-P
Air, gula n susu sudah terjun dlm periuk
Sudah berubah kaler kuning, ohw i likey
Comel2 susun dlm bekas, bersama isi mangga ...yummy
Tunggu dadih jd pejal n bole la ngap hahahhaa

Rabu, 29 Februari 2012

Neelofa oh Neelofa...

Cantik tak Neelofa dengan persalinan ala2 Saloma?
...ramai orang bercerita mengenai dara cantik ini, biasalah 'bunga' baru pasti menjadi sebutan ramai. Dan Jelita tak ketinggalan mengabadikan wajah pujaan ramai ini di muka depan Jelita. Dengan persalinan gaya lama yg diberi nafas baru, Neelofa nampak begitu menonjol. Nak tahu apa cerita yg dikongsikan Neelofa, kenalah beli Majalah Jelita edisi Mac 2012. Murah jek, RM7. Beli jgn tak beli, sebab Neelofa mmg tgh hangat di pasaran. Jom beli!!!
Bulan ni jd penyelaras fesyen pengantin hehehehe, bulan depan fesyen lain pulak ;-)
Rencana pengakuan yg aku tulis.
Antara rencana mengenai hubungan suami isteri yg aku tulis.