.

Jumaat, 13 Januari 2012

'Keselambean' Beto Kusyairy...

(Source pix: Kash Pictures SB)
Iya, ni berkait dengan Beto lagi. So, what??? Ekekeke...!

Cerita pasal nonton drama or filem Melayu ni, aku mmg selektif sikit. Bukan apa, bosan sebab masih ada pengarah dan penerbit yg masih suka bg penonton mkn 'gula2'. Dok sogok cerita2 yg merapu, merepek dan meraban yg membuatkan aku meroyan kalau terus menontonnya. Dipendekkan cerita, mmg aku akan pilih cerita2 yg ada mesej dan plot special jek utk ditonton.

Mungkin jugak kerana aku ada peminat setia drama lakonan Beto Kusyairy, maka teruja menunggu drama ini diulangsiar kat Astro. Siaran kali pertama terlepas sebab sibuk proses bahan kat opis, so kali kedua aku dh siap reminder kat iphone supaya x tertinggal.

Aku suka 'keselambean' Beto dlm Selagi Masih Ada (SMA), yg mengandingkan dia dengan pelakon bersuara romantik Tunku Norhanis. Depa berdua ni pernah dicouplekan dlm ost Uri, so nampak sgt serasi apabila digandingkan sekali lg.

(Source pix: Kash Pictures SB)
SMA mengisahkan Harith (Beto Kusyairy) bertemu Dahlia (Tunku Norhanis) yg bertemu buat kali pertama, dia pasti wanita itulah cinta sejatinya. Namun bagi Dahlia, pertama kali dia bertemu Harith, Harith adalah seorang yang sangat menyakitkan hati.

Bersaksikan sekeping gambar dan kemudiannya terpaut dalam nada cinta yang tidak dapat diungkapkan. Sebuah perhubungan abadi tercipta; perkahwinan berlangsung, alam rumah tangga yang penuh bahagia dilayari, diikuti dengan kehamilan Dahlia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Dahlia disahkan menghidap Alzheimer.

Knp aku suka telefilem ni? Bagi aku, ceritanya simple jek, tp plotnya menarik. Tak terlalu banyak longgokkan pelakon utk memantapkan plot, cukup hero & heroinnya yg bijak menjiwai watak mereka. Dan seperti biasa, Beto selamba melontarkan jiwa sebagai Harith. Dia bukan la hero yg hensem sgt, tp dia layak jd hero la...sgt sesuai. Mcm Rosyam Noor, x lah hensem mana pun tp dia ada karisma utk diletakkan sebagai hero drama/filem Melayu.

Suka scene ni, Beto nampak cute je mengenakan Dahlia ;-) (Source: Kash Pictures SB)
Pink la pulak, jeles dowh ;-P (Source: Kash Pictures SB)
Mengenai Tunku Norhanis pulak, dia mmg x secantik Neelofa (Lofa), tp dia mampu menjiwai watak dgn baik. Paling aku suka mata juga suara gemersiknya...bila ada scene romantik sgt la menangkap jiwa. Ingat lagi tatkala nonton ost Uri, ada satu scene dia dan Beto tgh tgk keindahan pelangi petang...lontaran suaranya kala itu buat aku 'jatuh cinta' (...but sorry, gua bukan lesbi...wakakakaka).

Ok la, cerita banyak pun x guna...nk membuktikan apa yg aku perkatakan ni betul or x korang kena tgk sendiri telefilem ni. Rasanya Astro akan ulangsiar lagi or korang download je. Tanya Mr. Google, tentu ada ;-)

Macam-macam ada...

Kami lepas acara Potluck..segala pinggan mangkuk dok tunggu tu (kalau nk tgk gambar acara Potluck kami, boleh skodeng kat sini)
Mlm td tak lena tido, badan rasa lemau semacam…nk demam agaknya walaupun baru je lepas demam, batuk n selesema. Ikut hati mmg nk sambung tido lg, kalau x kerana pg ni ada xtvt Potluck kat opis mmg aku dh amik EL or MC! Hehehehe…

Pastu, mlm td jugak dah buat rombongan dgn geng opis memborong barang2 kat NSK Jln Kelang Lama. First time p, suasana NSK mmg best cuz besar dan ada mcm2 brg. Rambang mata, nk pulak aku mmg hantu pasar…paling suka dpt tgk ikan…udang…sotong dan mcm2 lg! Pelik ke? X de la pelik pun kan!

Sampai rumah, dh kul 9pm. Mandi dan kuar mkn sat kat Hayaki-bantai Mee Sup n Nes Ais. Mee Sup x luak mana, x tau la kenapa…sama ada kurang sedap or badan yg penat.

Balik terus terkam bahan2 utk masak pg esok. Aku plan nk buat Sambal Tumis Sotong dan Sayur Campur Moden (…gatai bg nama canggih skit). Membersihkan sotong amat lah lengguhnya dibuatnya, nk pulak aku sibuk dok buang kulit sotong tu. Aku x berapa gemar mkn sotong yg ada kulit, nanti melekat2 kat celah gigi. Sotong nk kerjakan sotong sebanyak 1 ½ kg tu bukan ler kerja senang…remeh-temeh betui!

Kemudian potong segala sayur yg nk digoreng sok, ada brokoli, carrot, cendawan jepun, kacang sepat dan cili besar. Bubuh je la, malas nk pk sayur apa yg sedap…sebab byk sayur ada kat NSK tu. Kalau ikut aku, masak lemak pucuk paku or tumis kicap yg the best sekali.
Tgh tumis sambal
Dah jadi sambal
Sayur campur moden
Dekat pukul 1.30am siap proses semua bahan utk dimasak. Bukan apa, senang kerja sikit… bangun pas Subuh tu boleh terus masak. X de la terkial2 nk potong itu ini, cili pun dah siap blend. Jd, senang kerja ;-)

Mula2 buat Sambal Tumis Sotong, amboi kembang kempis hidung menahan pijar cili. Siap je, terus masak sayur pulak. Perghhh lengguh la pg2 dh masuk dpur, sok kalau dh ada anak mcm mn la gayanya ;-(

Jam 8.30 siap masak. Mandi dan bersiap p kerja. Tapi yg x bestnya jalan sikit punya jem…entah apa hal x tau. Yg pasti aku nampak lori DBKL dok kat line paling kanan sibuk siram pokok. Muka pemandu lain x yah ceritalah, x kuasa nk pandang…semua emo semacam je. Biasalah, pg2 kena hadap jem, sapa suka kan!

Masuk opis, rupanya ramai lg yg x sampai. Sibuklah sediakan juadah masing2 agaknya tu. Yang pasti, bila semua masuk pakat bawak bekas masing2.

Syikin (Norashikin Md Nor) bawak Samal Tumis Sardin, Kak Emma (Sarimah Husin) bawak Gulai Lemak Ikan, Kak Zeda (Raja Azeda Raja Uda) bawak Ayam Goreng Special, Izni (Nurul Izni) bawak Sayur Jawa (…hala yg ada tempe, suun n kacang pjg bagai tu) Sambal Belacan n Cup Cake Oren, Ila (Shahila Ahmad) bawak ulam-ulaman, Fred (Mohd Fadzli) bawak Pulasan, Longan, Pisang dan Duku Langsat. Chot (Ridhuan Ramli) pula bawak Longan Dalam Tin utk buat minuman, Ai (Aishah Muhamed Shah) senyum lebar dengan Puding Milo Susu yang kali pertama dibuatnya.

Acara Potluck kami sgtlah sederhana tp meriah dgn tetamu. Alhamdulillah, share rezeki serba sikit. Hujung tahun nanti baru jumpa Potluck lg (biasanya dlm bulan Syawal).
Can't sleep-huh stress ooo
Now, rasa sgt2 lemau n nk tido. Baru perasan, sejak 2/3 menjak ni asyik x lena tido. Mimpi pun pelik2, tp x kuasa la nk pk nanti migraine pulak!!!

Rabu, 11 Januari 2012

Sometimes...

...if you're really my rriend

Selasa, 10 Januari 2012

Ego beremosi...

Mengapa menipu diri sendiri
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mampukah kita bertemu
Menyambung ikatan terlerai
Mengubah sebuah rindu
Yang kian terbiar sepi

Sedangkan di jiwa ini
Dibohongi kesangsian
Yang membunuh keyakinan
Antara kau dan aku

Bertemu lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih

Pada harapan nan kegersangan
Sedangkan kita terlalu jauh
Dipisahkan oleh kebencian
Terpisah oleh kemarau kasih

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Bertemu lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih...



Isnin, 9 Januari 2012

Tahniah juara pertama MasterChef-Ezani

Ezani juara pertama MasterChef (Sumber berita: Mstaronline)
PETALING JAYA: Peserta Ezani Farhana Md Monoto, 26, berjaya menewaskan Wahidan Ag Supain dengan bergelar juara MasterChef Malaysia yang pertama pada pertandingan akhir program Masterchef, malam Ahad.

Kemenangan Ezani melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakan sendiri.

Ezani berkata, usaha gigihnya sehingga terpaksa meninggalkan sementara kerjaya profesional sebagai seorang doktor gigi untuk terlibat dengan program realiti tersebut ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama.

“Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya.

"Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi.

"Bersaing dengan Wahidan pada peringkat akhir merupakan satu penghormatan yang amat besar kerana dia merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan hebat," katanya yang ditemui selepas tamatnya siaran episod terakhir,

Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) di Tapis Rouge, di sini.
Pada permulaan episod 'Santapan Penamat' ini, Ezani dan Wahidan perlu melakukan pemeriksaan bahan di dapur sebelum mencipta menu dan resipi terbaik mereka.

Sebagai kejutan, setiap finalis perlu memilih lima peserta 'Top 24' yang telah tersingkir untuk membantu mereka menyediakan juadah yang perlu mereka siapkan dalam tempoh tiga jam.

Peserta Wahidan telah memilih Amita, Zamir, Danial, Shariah dan Deena manakala Ezani memilih Ary Malik, Brian, Felix Azilah dan Imelda.

Kedua-dua pasukan perlu menyediakan menu lengkap termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamu.

Wahidan memilih untuk menghidangkan Udang dan Kekapis di Perap dengan Citrus (Pembuka Selera), Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (Hidangan Utama) dan Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (Pemanis Mulut).

Manakala Ezani menghidangkan Salad Nusantara dengan Kekapis (Pembuka
Selera), Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (Hidangan Utama) dan Kek Ubi
Bit Berempah (Spiced Beetroot Cake) (Pemanis Mulut).
Tetamu yang hadir pada episod ini sebahagian besar merupakan para chef profesional dan menilai makanan yang disediakan.

Sabtu, 7 Januari 2012

New gajet...

Adik-beradik kembar x seiras si ipad & iphone4s ;-)
Tepi sikit...tepi...aku nak menunjuk-nunjuk nih...ekekeke

Alhamdulillah, awal 2012 ni ada rezeki daripada Allah. Syukur walaupun x le besar mana tp aku sgt menghargainya. Kalau nk bandingkan kehidupan beberapa tahun sebelum ini, apa yg aku lalui skrg lebih baik-syukur Ya Allah atas limpahan kurniaanMu.

Ok, saja nk share mengenai keinginan nak ada phone baru. Aceli aku ni jenis 'setia', sepanjang ada phone ni baru 3 kali aku tukar phone. Pertukaran tu bukan le kerana ikut trend tp sebab masalah teknikal yg melanda penggunaan telefon jd terpaksa tukar.

Nak pulak kerja line aku ni, kalau x ada phone mmg masak le! So, aku dan phone, x de la byk sejarah pertukaran sgt. Itu kategori pengguna setia la khennn! Ok, tp thn ni aku angkat bendera putih awal2, sebabnya aku gatai nk berphonekan iphone 4. Aceli, dah lama teringin nk beli tp keadaan kewangan x mengizinkan. Lagipun, phone lama masih setia berjasa so pk2 x payah la ikut nafsu sgt.

Kendian iphone4s pun keluar. Tetiba hati gediks sgt nk memilikinya walaupun harganya ya ampun...*PENGSAN*...bangun dan *PENGSAN* lagi!!!

Mcm aku ckp awal td, sebagai pengguna setia aku mmg rasa sgt bersalah kalau bazirkan duit kerana nk ikut trend. Bila tgk kengkawan bertukar ganti phone, hati ni mmg x tahan. Tp sabar, hidup ni kena ukur baju dibadan sendiri. Kalau ukur baju kat badan org lain pastu ko nk pakai, x tau la apa rupanye khennn!

Tapi dek krn ada Big Bro yg sudi nk tolong, so aku pun x mo jual mahal. Sesekali guna 'kabel' org apa salahnya khenn...lg pun bukan le x kuar duit langsung cuma x le sebanyak yg sepatutnya harus dikeluarkan. So kira ok la, x leh nk berkira sgt nanti langsung x merasa pakai iphone pulak.

Dalam 3/4 minggu jugak dok mencari, tp x de stock. Cuma hari ni, nasib ada baik sikit. Pg2 Big Bro dah call, katanya iphone4s ada stock, kaler hitam lg! Tgh2 mamai tu, aku bingkas bangun dgn senyum kambing x lengkang2. Alhamdulillah, rezeki. Thanks Big Bro...baik sungguh hati Lu tolong Gua, semoga dimurahkan rezeki...Amin113x.

3jam kemudian, iphone4s dah pun selamat dlm genggamanku. Rasa mcm x percaya dah pakai phone mahal dgn harga yg mampu bayar lg, syukur Alhamdulillah. Pasni senang sikit nk snap gambar bodo utk penuhkan album FB dan blog neh ;-P!

Syukur...syukur...syukur...Alhamdulillah...Amin Ya Allah!!!