.

Khamis, 5 Januari 2012

Mengusik kenangan (Part 1)...

(#notachentaSnapsqueen …)

Korang pernah tak minat kat seseorang, lepas tu dgn ‘keberanian sembunyi2’ hantar nota cinta kat org tu? Sapa pernah buat angkat tangan! Hahahaha…harus x de yg nk ngaku nih. Awat? Malu???

Aku x sure dgr mana dialog ni, “…kalau nak buat jahat waktu kecik, time tgh sekolah rendah or menengah. Time tu kalau korang buat org x kata ko jahat, tapi orang kata nakal!” Ye ke? Mmg x sure habis la, tapi aku percaya kalau kita ada ‘kenakalan’ sendiri time sekolah maka itulah kenangan ‘manis’ apabila kita meningkat dewasa.

Mcm aku, serius aku pernah ada minat sorang mamat ni. Dia x de lah hensem mana pun, tapi dia kategori Mat Smart. Dgn kemeja putih lengan panjang, bercelana hitam sedondon kasut. Dia berjaya buat jiwa tomboy aku sedikit lemah gemalai.

Waktu tu, aku x surelah sama ada itu cinta or perasaan monyet semata. Ye la perasaan suka lompat2, kejap suka org tu sekejap suka org ni…melompat dan bergayut mcm monyet (…sebab tu ada perumpamaan cinta monyet kot!). Apa yg pasti, rasa suka tu buat aku sentiasa teruja nk p sekolah time2 hari…kalau boleh hari Sabtu pun nk p gak (…konon2 ada kelas tambahan bagai2).

Umur aku time tu? 17 thn…tahun exam der! Berani buat perangai gila bayangkan! Hahahaha…entahlah, bukan aku mintak pun perasaan tu datang…sendiri datang mcm mana nk larikan. Apa? Oh tak lah…Mat Smart tu x taw pun aku minat kat dia (…ye mula2 dia mmg x tau hahahaha).

Dlm diam2 pendam perasaan kantoi gak. Budak kelas aku sorang ni entah mcm mana dia boleh tahu aku minat kat Mat Smart tu. Dia ketua kelas aku ok, sgt malu waktu kantoi tu. Rasa nk sumbat muka dlm almari je time tu. Tapi nasib baik dia x pecah rahsia. Lagi best, dia boleh bagi sokongan moral lak tu. Siap janji nak tolong ‘kenenkan’ aku dgn Mat Smart tu.

Sejak dia tahu rahsia besar tu, aku sentiasa cuak dibuatnya. Apa taknya, tiap kali dia nampak Mat Smart tu mesti dia laung nama aku kuat2. Ok…situasinya mcm ni… kelas aku di tingkat paling atas (tingkat 3), kelas Mat Smart tu pulak kebetulannya di tingkat 2, paling tepatnya betul2 bawah kelas aku. Teori gediknya, konon2 mmg jodoh sgt la kan…hahahahha!

…satu petang, waktu tgh kemas kelas lepas buat study group, ketua kelas aku ni pun bg la cadangan bernasnya. Dia bagi idea supaya aku tulis surat cinta kat Mat Smart tu. Katanya, tulis dlm surat tu yg aku minat gila kat dia. Yang bestnya, aku boleh follow idea kurang nk bernas tu. Agaknya sebab aku minat sgt kot, jd x perasaan apa yg aku buat tu sgtlah kurang cerdik hahahaha!

Sebulan lepas hantar nota cinta tu (aku pos ok, ikut alamat yg ketua kelas bg…x tau mana dia dpt sebab aku sgt sibuk time tu…byk tugasan, sebab cikgu suka suruh aku buat mcm2…urus derma kilat la…catat nama org dtg lambat la…check pintu belakang sekolah time org sibuk belajar dan mcm2 lag…perghhh time tu rasa cam rugi lak jd pengawas sekolah. Ye la mcm2 benda kena buat hahahaha!)

Ok2 berbalik pd kes nota cinta aku tu. Ye lepas sebulan, x de kejadian yg istimewa pun dan Mat Smart tu aku tgk muka dia selamba jek. Mungkin dia x dpt kot surat yg diposkan ketua kelas aku tu. Suatu petang, lepas study group (dlm kelas aku la)…ketua kelas ni sibuk dok tanya pasal respond dingin Mat Smart pada nota cinta yg aku hantar. Time tu entah kenapa aku emo-sebabnya byk nota kena ulang kaji dan banyak tugasan yg cikgu bg belum siap.

Seingat aku, time aku jerit kat ketua kelas tu sebab menyibuk hal aku. Aku ckp kat dia, lantaklah kalau Mat Smart tu x nk bagi respond ke apa…suka hati. Aku minat jek, bukan nk ajak mamat tu kawin pun!

Sumpah, aku x de niat nk marah dia pun. Tgh dilanda ‘mental block’ dia p tanya benda2 x dak faedah tu mmg cari pasal la namanya. Malangnya, sejak kejadian petang tu dia menjauhkan diri daripada aku. Dlm kelas pun x nk bercakap apa2 dgn aku, time study group pun sama. Aku sedih gila time tu sebab kami berdua sgt rapat sebelum tu. Semua aku share kat dia terutama hal Mat Smart dan pelajaran. Pendek kata dialah kawan baik yg aku ada time tu.

Ok, time sekolah dulu mmg aku x campur sgt dgn budak perempuan. Kenapa? Sebab aku x reti nk bergaul dengan depa ni. Pernah jugak la aku try, tapi sumpah …aku boleh pengsan kalau terus layan depa. Asyik2 layan pasal hero TV & majalah (time tu rumah aku x de TV, apa lagi nk beli majalah hiburan tiap2 bulan). Pasal getah rambut baru, makanan yg depa makan time keluar dgn famili dan yg sewaktu dgnnyer.

Betul, mmg aku jeles. So, lebih baik aku jauhkan diri. Jd aku berkawan dgn lelaki jek sebab depa ni sempoi, kalau bercakap pun benda2 yg biasa je bukan tahap nk menunjuk2. Pantang aku kalau jumpa manusia ‘over’ ni. Mcm dlm dunia ni dia sorg je mampu ada!

Berbalik kes ketua kelas aku td, kami x bercakap sampai la hari pertama nk masuk dewan exam (SPM). Pagi tu, dgn muka selamba dia ucap perkataan keramat ni kat aku… “Selamat maju jaya, aku sayang engkau. Jadi, kau mesti lulus SPM dgn baik!” Oh Tuhan, sgt2 terkesima aku dibuatnya. Nasib baik boleh kontrol sampai last paper.

Last paper exam, aku nekad nk selesaikan masalah antara kami. Jadi, dgn gaya mcm hero…aku heret ketua kelas ku ke belakang sekolah…ingat lagi, bangunan tu dekat dgn padang sekolah dan rumah org. Dan kat situ jugaklah aku meraung sambil marah dia hahahaha!

Tgh2 air mata dan hingus meleleh tu, dia boleh ckp… “Kau tau x, kau ni cute sgt bila nangis. Nampak mcm perempuan sikit. Sayangnya kau tak minat kat aku tp minat kat F***** tu. Mmg la dia senior kita…ramai peminat, tp dia x sesuai utk kau la. Tapi x pe, lepas ni kau ada byk peluang untuk bercinta. Kalau kau tetap x dpt apa kau nak, aku sentiasa ada untuk kau. Aku akan tunggu!” PENGSAN!!!

Serius, aku nyaris2 pengsan time tu! Ini yg dinamakan buah durian jd cempedak…hahahaha! Di pendekkan cerita (penat la nk taip, sebab panjang lg kalau nk tulis semua part kan…), kami berbaik semula tp tetap x jd couple. Sebenarnya, sejak kes Mat Smart tu, aku mmg insaf habis. Aku bersyukur sebab sedar awal dan aku sempat buat persediaan utk SPM sebaik mungkin. Kalaulah aku dok layan angau time tu, ke lautlah jawabnya khennn.

Ketua kelas aku? Aku x sure dia ada kat mana skrg. Lepas habis SPM, mmg kami ada hantar2 surat. Tapi x pernah jumpa. Berita terakhir aku dpt daripada dia masa dia menuntut di Mesir. Maklumlah dia pelajar pandai + warak, tapi entah kenapa aku x pulak sangkut kat dia…macam2, sgt pelik pun ada hahahaha!

Bila tulis hal2 lama ni, aku jadi perindu sgt. Mcm2 yg aku rindu, walaupun kehidupan aku masa tu serba kurang tp perasaan dan penerimaan aku sgt jujur. Skrg, susah nk ckp. Oh ya, kesan drpd ‘kesenyapan’ antara aku dgn ketua kelas tu membuat aku x berani ‘keluar suara’ bila aku tgh emo.

Skrg bila emo tgh x betul, aku jd pendiam. Diam bukan sebab malas nk bercakap tp nk elak berlaku hal mcm dulu. Tapi peliknya, bila aku pendam…satu persatu kawan hilang. Sebab, mereka x boleh terima cara aku kot. Pernah la jugak sekali dua aku berterus-terang, wah kesannya sgt2 la negatif. Jadi aku kompius, x tak nk react mcm mana.

Apa pun aku percaya, esok2 kalau derang nk sedar derang akan fahamlah aku mcm mana…kalau nk sedarlah. Nk sedar bahawasanya aku ni sgt la simple. Tp kalau derang x nak paham, biarkan saja. Biar masa merawat dan menerangkan segalanya. Janji, aku x jentik buah pinggang derang sudah!

Oklah…ADIOS!!!


Rabu, 4 Januari 2012

Suara hati Yuna kepada buah hatinya...

Yuna cukup berbakat dan diminati luahan muziknya.
Qi-Yuna saling memberi inspirasi dalam kerjaya mereka
“Terukir Di Bintang” adalah taruhan terbaru penyanyi bersuara unik, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai, selepas album Decorate yang dilancarkan pada tahun 2010 lalu.

Dilancarkan di bawah label Yuna Room Records, 8 lagu berjudul Sparkle, Photo Of You, Memo, KL Kita, Terukir Di Bintang, Coffee, Someone Out Of Town dan Fears And Frustration menggabungkan versi Inggeris & Melayu cukup menangkap di telinga juga menyuntik momen gembira dan ketenangan minda

Kata Yuna, “Berbanding dengan album Decorate, Terukir Di Bintang membawa pendengar bagaikan dilamun cinta, hati berbunga-bunga. Makalala Decorate, lebih pada mood berunsurkan kekecewaan dan pasrah.

Lebih menarik, Yuna berkata lagu berjudul Terukir Di Bintang memang ditujukan khas buat buah hatinya itu (siapa lagi kalau bukan Qi, jejaka comel dan sweet yang bertahta di hatinya kini). Malah, ikon fesyen muslimah ini juga mengakui  Qi sangat menyukai lagu itu.

*...ala2 luahan perasaan versi lagu gitew, so sweet Yuna. Hope jodoh pasangan ini membawa mereka ke jenjang pelamin dan kekal ke akhir hayat.

Selasa, 3 Januari 2012

Romantiknya Aaron Aziz a.k.a Abang Besar...;-)


Diyana Halik, isteri juga PA Aaron Aziz
Ada sapa2 yg berbulu or hangin satu badan tgk gambar (...sumber gambar adalah dari carian di Google hokey) kat atas tu??? Jangan nk hover ! Tak yah la nk kepoci2, 'Abang Besar' kita ni bukan berkucupan dgn org lain...org yd diciumnya tu HALAL baginya hokey!

Aku tempek kat sini saja je, nk kasi cantik skit blog ni asyik2 gambar posing, gambar kek, gambar Beto, gambar kasut...sesekali kasi korang layan gambar versi romantik camni apa salahnya ye tak.

Aceli aku respek abis la dgn couple ni. Walaupun dah kawin dan beranak-pinak still loving... romantiknya masih 'segar'...sgt jeles ok...kalau korang ada hubby pastikan dia juga romantik jd korang x de la jeles kan hahahaha.

Kat Mr. Google aku jumpa 2 keping gambar bahagia hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik.

Berlatar belakangkan Menara Eiffel, Paris, pasangan bahagia berkucupan. So sweetkan dpt jd mcm derang ni. Aaron walaupun fofuler dan selalu bergandingan dgn aktress cun tp dia tetap x lupa diri. Masih setiap pada yg satu, manakala Diyana pulak sporting habis.

Sebenarnya, kalau korang kaki skodeng blog terutama blog gosip sure jumpa gak gambar ni versi x blur skit pun kat kawasan terbabit (daerah ciuman berlaku...wah gitu). Kat blog ni, aku saja blur kan cuz nanti anak2 buah tgk kang PENGSAN pulak....hahahaha. Derang tgk gambar gini dah kata Umie nye ni lucah wakakakaka. So, sebaiknya aku kasi blur sikit lah kan.

Isnin, 2 Januari 2012

Heel @ Flat...???

Rona2 pilihan utk heel idamanku
Aku suka heel walaupun jarang benar memakainya. Kalau tgk heel kat butik2 kasut mmg teruja nk membelinya. Malah, ada 3/4 pasang yg aku 'terbeli' atas alasan heel itew sgt la menawan kalbu. Ibaratnya, kalau x beli sure mandi tak basah...tido x lena. Jadi, baek aku beli jek!!!

Bwh seat dalam kete aku mmg ada 2/3 heel 'spare' kot2 dtg angin nk berheel bagai, or kena p event yg memerlukan aku pakai heel (...walaupun jarang2 sekali aku berheel bagai bila p event). Sampaikan time nk cuci kereta, terpaksa la budak2 cuci kete berkemas dulu hehehe nasib la cuci kereta pempuan mmg byk ujiannya.

Knp aku jarang2 pakai heel? Sebab utama, payah nk berjalan + x kuasa nk layan sakit kaki. Serius mmg potong mood bila pakai heel. Rasa mcm, aku bukan aku...aku adalah perempuan 'verangan' cantik yg x sedar diri x sesuai berheel bagai hahahaha!!!

Flat shoes yg sgt selesa dan variasi ronanya juga memikat hati
Flat?
Flat shoes-yesss!!! Pilihan terbaik terutama pada waktu2 penuh kecederaan. Memandangkan aku bercelana jeans hampir setiap hari x kira ke mana aku p kecuali majlis rasmi la dik non...khennn! Mmg aku selesai pakai flat shoes. Selesa, senang nk sarung n lincah je bila bukak langkah...pendek kata nk berlari pun senang der.

Jadi jgn pelik kalau bwh seat kete aku jugak mmg byk koleksi flat shoes 'cadangan'. Kebiasaannya aku selesa beli kaler hitam, kelabu, cokelet or merah. Tp skrg ni ada berani sikit beli kaler putih, keemasan dan oren. Hehehe...sampai soulmate kata aku mcm 'kanak-kanak' riang yg entah bila nk membesar! Hish...susahkan, x pe lah janji aku x kacau org...x mintak duit sesiapa utk beli barang2 yg berkenan di hati. Kalau rasa x berkenan nk tgk...tutup mata...apa susah sgt khen!!!

...heel or flat shoes, apa pilihan korang pulak? Dan kenapakah?

Baking time...

Alhamdulillah Butter Cake naik cantik dan x merekah ala2 gunung berapi, sgt senang hati ;-)
Serius, dlm tempoh 3-4 tahun ni cukup gemar membaking. Pantang jumpa resipi baru (...yg penting mudah n nampak sedap) mesti teruja nk cuba membakingnya sendiri. Apabila berjaya, dari segi rupa bentuk dan rasanya, senyum sampai ke mlm.

Iya, membaking itulah xtvt yg mengkhayalkan terutama apabila sedang emo dan diasak problemo! Kek apa yg aku dah berjaya buat sendiri? Tak lah byk variasinya, tp kek yg aku suka mkn dan dpt permintaan daripada kengkawan dan famili. Kek Coklat Moist, Kek Pelangi, Butter Cake, Kek Gula Hangus, Kek Mocha, Kek Coklat Gebus dan byk lg...semuanya versi simple-sukat pakai cawan jek!

Hari ni, mood mcm rojak! Tak tahu apa yg x kena sgt sampai semangat nk ketuk story pun ke laut. Padahal, niat di hati time cuti gini nk pulun proses bahan sebelum melanggar diet line. Tp, apa la daya bekerja dlm line kreatif ni...xde mood je mmg idea x keluar...makin dipaksa makin mereng dibuatnya.

Org yg gemo membaking kena simpan stock kat umah, teringin nk membaking senang. Gambar:Google
Masuk dapur, tgk bahan2 utk buat Butter Cake semua cukup lengkap. Satu persatu disusun atas meja baking. Sambil layan lagu nyanyian Mus May, startlah kerja2 membaking. 30 minit leka main tepung, butter, telur bagai2...alhamdulillah, siap sudah prosesnya. Tak mcm time mula2 cuba dulu, terkial2 mengatur bahan. Skrg, semua data bahan dan cara2 membuatnya dlm kepala! Syukurlah, ada jugak xtvt berfaedah yg boleh dibuat drpd keluar window shopping khennn!

Sambil tunggu kek masak, layan Ost Geng Surau. Dah byk kali layan pun masih boleh gelak tgk kelaku pelakonnya. Mcm2 hal...storynya simple jek, tp padat mesej. Pelakonnya walaupun muka biasa2, tp mutu lakonan mantop!

Masa 40 minit berlalu, kek masak dgn rupa yg sgt cun...baunya makai semerbak seisi rumah sampai masuk bilik air pun ada bau butter + telur hahahaha. Lepas disejukkan, potong kecik2, masuk dlm dua bekas. Satu utk Kak Emma dan sebekas besar lg utk budak opis. Jd lah, kongsi rezeki apa yg ada...kalau derang suka mkn jek, x suka jgn nk kutuk2 k...gua x paksa pun lu mkn hahahaha!
Akhirnya, bertemu jodoh juga pelakon cantik dan kecil molek, Sherry Merlis. Dah lama aku tunggu dia 'berdua' sejak hubungannya dgn aktor Rusdy Ramli tak menjadi (Rusdy pun dah bahagia dgn pasangannya skrg).

Memandangkan Sherry ni agak low profile jd x byk berita terkini mengenainya. Tup2 ada gosip mengatakan dia menjalinkan hubungan intim dengan bekas suami pengacara Melodi, Dira Abu Zahar, Ash (juga vokalis kumpulan Gabba Gabba). Dan beberapa hari ni keluar berita katanya mereka sudah pun selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah!

Aceli, x sangka pulak pilihan hati Sherry org muzik. Apa pun, aku tumpang gembira dgn berita perkahwinan Sherry kali ini. Semoga pasangan ini beroleh kebahagiaan yang berkekalan dunia akhirat. Amin. So, xmo gebang panjang2, korang layan la petikan berita kat bawah ni. Adios....!!!

Saat manis ketika diijabkabulkan-gambar Rotikaya
Sumber berita: Mstaronline
PETALING JAYA: Selepas enam bulan bercinta, akhirnya vokalis kumpulan Gabba Gabba iaitu Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, akhirnya sah bergelar suami kepada pelakon Sherry Merlis, pada pagi Ahad.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilakukan untuk kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry iaitu Wan Zainal Abidin kira-kira pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 100 orang tetamu.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan dan mas kahwin berjumlah RM200 beserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan.
Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Menurut Ash, 29, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

"Saya berdoa hubungan kami kekal selamanya. memandangkan ini merupakan perkahwinan kedua saya dan Sherry, kami memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang resepsi, sebaliknya hanya majlis nikah diikuti dengan jamuan kecil-kecilan.

"Walaupun jarak usia kami agak jauh, Alhamdulillah, masing-masing boleh memahami sesama sendiri. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Sherry ialah keperibadiannya dan paling penting, matanya," kata Ash yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Sherry &  Ash-gambar Gua.Com.My
Tambah Ash, selain mengusahakan syarikat rakamannya sendiri, Babugusto Records, dia dan Sherry turut merancang untuk membuka sebuah perniagaan produksi.

Pada majlis nikah itu, pasangan merpati sejoli itu mengenakan busana rekaan Lagenda Dan Rizal inspiration manakal wajah Sherry disolek oleh Asmara Andaman.

Pasangan ini mula berkenalan apabila sama-sama terlibat dalam produksi drama Cita dan Cinta, arahan Azma Aizal Yusoof yang diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Sebelum ini Ash pernah mendirikan rumahtangga dengan pengacara Melodi, Khaidirah Abu Zahar atau Dira, 28, dan telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra, 3.

Begitu juga dengan Sherry, 40, yang pernah berumah tangga sebelum ini dan memiliki dua orang anak iaitu Habib Daniel, 18, dan Harith Daniel, 17, hasil perkahwinannya dengan Esma Daniel.

Ahad, 1 Januari 2012

Ewah2 Yusry & Lisa...

Wah2 semakin dekat nk naik pelamin, semakin terbuka pasangan so sweet ni bercakap soal hati dan perasaan. Hehehe...wanita2 dan lelaki2 di luar sana jgn jeles ye...kedua2 selebriti hot ni mmg tgh hot dan sudah dicop!

Tadi, skodeng Utusan Online, ada cerita baru mengenai pasangan yg bakal jd raja sehari Februari 2012 ni. Ewah2...bukan main ye couple ni sembang dan bergambar mesra. Sememangnya, pengakuan terbuka pasangan ini lama dinanti ramai. Apabila sudah buka mulut, bukan saja buat pengakuan mereka mmg in love...malah pengumuman bakal jd pasangan suami isteri pada bulan romantik tahun ini.

Alhamdulillah, Yusry dan Lisa didekatkan jodoh, semoga perkahwinan mereka kekal bahagia selamanya. Adoyai, x sabar tgk anak depa...sure cute khenn...maklumlah mak ayah pun so sweet sgt. Tahniah Lisa dan Yusry. 

Eh...dgr2 org kepoci pasal ex Yusry, siapa lg kalau bukan bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira. Kononnya, rumah tangga Erra sedang bergolak ketika ini...oppsss...!!! Hmmm...Harap2 apa yg kita dgr2 tu hanya khabar angin saja. Ye lah, rumah tangga mana yg tak diduga...semoga Erra dan Emran tabah serta kuat semangat menempuh dugaan itu. Kita sama2 doakan yg terbaik untuk mereka hokeyyy!!! 

Sudah2 la tu bergosip ye cik bedah, cik limah dan abg uda...meh kita baca berita sweet mengenai pasangan so sweet ni...versi kutip kat Utusan Online ;-)

Yusry & Lisa semakin terbuka bercakap soal perasaan (Gambar Mstaronline)
BERLAYARLAH ke tujuh lautan sekali pun, kalau sudah dinamakan jodoh di depan mata, maka tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang ketentuan-Nya. Begitulah ibaratnya pencarian Yusry Abdul Halim, 37, dalam mencari suri di hati setelah lima tahun menjalani hidup tanpa sang kekasih penyeri jiwa.

Siapa sangka, jodoh Yusry sebenarnya adalah orang yang cukup dekat dan berkongsi industri yang sama.

Setahun mengulit cinta, Yusry tanpa ragu-ragu membuat keputusan untuk menyunting Lisa Surihani, 25, wanita yang punya tempat istimewa dalam hati lelaki ini.

Mengatur perjalanan beralaskan adat, Yusry datang bersama rombongannya pada 23 Disember lalu untuk merisik dan menyarungkan cincin tanda di jari si jantung hati.

Bimbang gadis idaman disambar orang barangkali, maka langkah dipanjang lekas dengan menetapkan 23 Februari sebagai tarikh perkahwinan mereka.

Kini kedua-duanya menunggu masa sahaja untuk diijabkabulkan sekali gus menamatkan segala teka-teki mengenai hubungan yang disorok selama ini.

Berkongsi rasa tentang cinta yang tercipta di antara mereka, cerita anak kedua daripada empat beradik berpengaruh ini, dia yakin Lisa adalah anugerah terbaik yang datang kepadanya ketika usianya kini sudah semakin menginjak ke angka 40.

Menyelami jiwa lelakinya, kata Yusry, dia tidak boleh berbohong kerana selama hidup menyendiri, jiwanya sunyi lantaran tiada teman hidup.

“Sebagai manusia, siapa yang mahu hidup bersendiri dan menghadapi dunia ini berseorangan.

“Sesiapa pun akan cakap perkara yang serupa. Datanglah wanita paling cantik di dunia sekali pun, kalau tak ada keserasian tidak boleh bersama.

“Saya percaya, kecantikan luar lama kelamaan akan pudar. Jadi lihatlah pada kecantikan dalaman. Bagi saya Lisa ada kedua-duanya dan itu yang membuatkan saya tertawan pada dia,” katanya.

Menganggap dirinya kini lebih matang, kata Yusry, dia lebih suka menyaksikan transformasi dirinya sekarang berbanding 12 tahun lalu.

“Terus terang, kalau sekarang ni saya berusia 25 tahun, mungkin saya bukan Yusry yang sekarang dari pelbagai sudut.