.

Jumaat, 12 November 2010

Gementar perasaanku...

Berlari menuju ke muka pintu
Seakan pasti suaramu
Yang terdengar
Sayup-sayup mesranya memanggilku

Berabad tak mendengar suaramu
Berbisik manja kepadaku
Yang terdengar
Cumalah hanya kalimah pemutus cinta

Gementar perasaanku
Menyahut panggilanmu
Dan demi pintuku buka
Dihadapanku seorang wanita

Airmata bertitisan ke pipinya
Yang cengkung dan layu tak bermaya

Terharu ku mendengarkan nasibmu
Semenjak kau meniggalkanku
Apalah.. daya diri
Tiada kekosongan lagi...

Khamis, 11 November 2010

Cukuplah...

Biarkan gelora melanda hati
Biarkan tangisan merintih
Begitulah pedihnya
Jiwa oh kasih

Kiranya panas yang kuharapkan
Tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup
Insan bercinta

Dulu aku pernah menderita
Bila hatiku kau lukakan
Oh... oh... kini kau pula merasakan
Bersama dia yang kau puja

Padaku usah kau merayu
Hatiku telah dimilikki
Cukuplah yang kurasa duka
Derita cinta

Jumaat, 5 November 2010

Layan stress...

Hari ni ntah knp aku rasa mcm nk sgt jd org kaya, duit guna x habis2 malah makin beranak-pinak dlm akaun. Tu le apa yg aku rasa sebaik je bgn tido, hehehehe betapa sengalnya aku pagi2 ari lagi 'kan?

Cuti, tp dok terperuk kat umah. Bukan sbb x de duit sgt, tp malasnyer nk ke mana2, lg pun plan nk rembat anak2 kakak aku n bwk p berjimba bersama-sure seronok ni, lg pun dah lama nk bawak depa jenjalan sesuka hati.

Asal cuti jek, mesti aku tersedar awal-tension tol! Lepas mandi, terus layan dvd 'Personal Taste'. Aceli dh 2 kali layan, tp ntah bila nk bosan x tau la...cuz citer ni boleh dilayan berkali2. Dvdnya kengkawan pinjam, tp aku sempat copy sbb aku tahun 8thn lg pun belum tentu aku dpt balik harta aku tuh...hahahahaa

Lepas solat Zohor, masak meggi n sambung tgk dvd...lebam rasa mata dok melayan citer ni-nasib baik best. Kul 4pm, baru teringat plan nk angkut kanak-kanak riang kat Kepong. Automatik jd lipas kudung, bersiap n terus pecut En Omme ke sana. Anak buah aku yg sulung (Amni) kuat merajuk, kalau lupa janji dgn dia mmg masak le nk memujuk...yg dua lagi ok jek. Nasib Cheq Mian kecik lg, kalau x dgn si kecil tu sekali aku rembat...hahahahaha

Khamis, 4 November 2010

Kenapalah ungkit lagi...

Kat opis ptg td chat dgn member lama kat fb, mulanya seronok je la menyembang sampai aku sengih sorang2. Tetiba beliau bukak kitab lama yg mmg berkurun zaman aku tutup-x nk bukak2 lagik.

Nk mrh tp takut dia kecik hati, so aku layan je la dgn harapan dia x sentuh byk hal yg aku nk lupakan n x nk cuba ingat2 lagik...lg pun bukan best pun nk dikenang2 mcm tu kan, buat aku rasa mcm org bodoh jek-cuz skrg dh pandai n x nk wat keje x berbaloi!

Tp dia mcm tambah seronok dok belek kitab lama tu, so nk x nk aku melayan je la...sambil mintak jantung bertahan jgn dok berdegup kencang sgt nanti aku gol dpn fb ni wat malu jek.

"Dulu mmg sy ada hati kat awak, tp kelu lidah nk berkata2...sy pun tahu awk mcm tu gak, dari renungan mata awk pun sy dah tau...betul tak?" Ha, mcm tu la intronya-yg buat sengih aku bertukar jd muram. Dlm hati dh jerik sekuatnya, tp x mungkin la dia dgr kan.

Alah citer zaman dunia remaja aku, bukan best mana pun tp aku tetap x suka bila diungkit sbb rasa mcm sakit hati bila ingat balik. Dulu punya citer, mmg la aku suka tgk dia pasal dia cute...dia x tinggi mana tp cute-suka tgk dia senyum. Kalau dia tampal note kat papan kenyataan, kebetulan jugak aku lalu time tu. Selalu sgt jd gitu, sampai aku selalu doa dlm hati (time tu la...) jgn la mamat tu ada kat sekitar2 papan tanda area kampus tu time aku lalu...hahahaha

Tp time tu, dia minat kat kawan aku...cun la budaknya n kalau nk banding dgn aku mmg mcm langit n bumi. Dan kawan aku ni cukup suka share citer hati dia kat mamat tu pada aku, kiranya aku ni tukang dgr x bergaji la setiap masa. Tp kawan aku ni dh ada bf + dia mengaku tunang dia pun, so time tu aku pelik gak nape dia still melayan mamat tu. Hmmm...tp aku ni jenis malas nk tanya byk2, lg pun aku tgk si mamat ni sakan dok layan dia...mana ada kawan aku tu..situ gak ada dia!

Kiranya hubungan depa mmg menjadi antara bahan gosip kami kat kampus, pernah ada satu kejadian (masa tu kami buat bengkel luar KL)...kejadian berkait kebetulan + terancang =kesengajaan! Dan aku tak lupa sampai bila2 lah, sekali ingat nk gelak pun ada n buat aku terfikir mcm2 org sanggup buat bila hati dah terpaut.

Jd bila beliau ungkit balik bab2 perasaan yg dah berkurun zaman tu, mmg rasa nk debik org hahahaha...apa pun x kisahlah, sebab itu antara kenangan yg mematangkan aku dan skrg aku lebih pandai menilai org. Hmmm...paling penting, aku dh tahu betapa bahayanya memandang org sebab org leh buat mcm2 andaian! Dari kerana mata katanya...hahahaha tp x mengena lah utk aku!

Isnin, 18 Oktober 2010

Terkenang kamuh...

Tersentuh hati kala kau tersenyum padaku
Lirik matamu menggugat hati naluriku
Ramah mesramu menjadikan aku tersipu
Membuatkan aku gelisah tidak menentu

Kehadiranmu mencabar perasaanku
Kini ku rindu mencari bayanganmu
Tetapi aku malu untuk bertemu ohh ohh

Apa yang ada
Kisah yang bermula
Bawa bahagia
Kini kuterasa terpenjara
Dalam ceritera kisah cinta

Hati bertanya adakah kau begitu jua
Mungkinkah hanya mainan dirimu sahaja

Aku rindu belaian kasihmu
Senyumanmu menggugat rinduku
Lirik matamu mendebarkan daku
Kehadiranmu menggugat daku.

Isnin, 11 Oktober 2010

Insaf...















Allah tak memberi apa yg kita harapkan,tetapi DIA memberi apa yg kita perlukan.Kadangkala kita sedih,kecewa,terluka.Tetapi, ketahuilah bahawa Dia telah mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita. Maka, bersangka baiklah kepada Yang Maha Pencipta lagi Agung itu.

Isnin, 4 Oktober 2010